Star Fitness International Yoga Day 2022

Star Fitness logo

Star Fitness International Yoga Day 2022 | Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga “Star Fitness International Yoga Day 2022” bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022, Sabtu lepas. Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal Atilia Haron.

Star Fitness Yoga Day - Atilis Haron

Objektif utama penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 adalah bersempena sambutan Hari Yoga Sedunia 2022 pada 21 Jun 2022 selain mempromosikan yoga sebagai salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal. “Ada pelbagai gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan tubuh anda lebih sihat,” kata Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness.

Star Fitness International Yoga Day 2022

Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno “Yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan. Ia adalah sejenis senaman berasaskan tiga perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi. Dengan mengamalkan yoga secara konsisten, ianya dapat membantu menangani stress, mengurangkan berat badan, meningkatkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti termasuk tidur yang lebih berkualiti.

Sesi yoga selama dua jam yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Sesi 1 bersama Atilia Haron dan Sesi 2 bersama Harrison Jub. Setiap sesi berlangsung selama satu jam dan telah disertai seramai hampir 80 orang terdiri dari ahli kelab Star Fitness dan orang awam. Selain itu, kehadiran selebriti terkenal tanah air dan pempengaruh seperti Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022, El-Umar, Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad turut memeriahkan sesi tersebut.

Ditubuhkan pada Mac 2020, pusat gim dan kecergasan ini yakin penganjuran program kesihatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan Star Fitness akan terus berusaha memberikan pengalaman kecergasan berkualiti tinggi, terbaik dan menyeronokkan. Selain mempunyai 4 kelab beroperasi di lokasi seperti Aeon Big Subang Jaya, Aeon Big Wangsa Maju, Viva Shopping Mall dan Centro Mall Klang, orang ramai khususnya warga Pulau Pinang boleh menjangkakan beberapa kelab bakal dibuka tidak lama lagi di Aeon Big Seberang Jaya, Prai Penang dan Aeon Big Bukit Minyak Pulau Pinang.

Star Fitness Yoga Day - Raden Zaharatul, Saidah Kamarudin, influencer Chan Khye serta finalis Mr World Malaysia 2022, El-Umar, Jack Kho, Parvin, Zaim dan Raja Irshad

Selain Star Fitness, penganjuran Star Fitness International Yoga Day 2022 ini turut ditaja Under Armour, Yogood, Gramps Asia dan AA Naturals. Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my .


Mengenai Five Star Fitness Sdn Bhd

Five Star Fitness Sdn Bhd menawarkan penilaian individu, bersepadu, prosedur susulan dan platform serta prosedur kejurulatihan yang direka bentuk secara profesional. Bertujuan untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti anda, Five Star Fitness Sdn Bhd menghimpunkan teknologi, kesihatan dan kegembiraan dalam menawarkan penyelesaian kesihatan bersepadu secara sepenuhnya dan holistik yang mudah diakses, berpatutan dan direka bentuk untuk memberi tumpuan kepada keperluan khusus individu dalam usaha memperkasakan mereka menjadi lebih baik.

Mengenai Atilia Haron

Atilia Haron merupakan seorang penyanyi, Guru Yoga Berdaftar (200 RYT) dan juga Oracle di Yogaonethatiwant Studios. Gaya pengajarannya adalah pelbagai daripada Vikasa Flow (Sekolah Yoga yang dihadirinya di Koh Samui Thailand) kepada aliran kuasa dan gaya yoganya tersendiri iaitu Aliran Gila Cowabangga Chatturanga. Seorang yang menghiburkan, berjiwa muda dan sentiasa mengukir senyuman. Beliau merupakan pilihan anda sekiranya ingin mendalami pelbagai jenis tarian termasuk tarian robot.

Mengenai Harrison Jub

Pengasas bersama Pure Events dan RESET Wellness on the Wheel adalah merupakan Guru Yoga Kanan (YA) dengan rekod lebih 1000 jam waktu mengajar. Beliau telah berlatih & mengajar Yoga sejak 2005 dan juga merupakan Jurulatih Peribadi Persendirian, Jurulatih CrossFit, Jurulatih Kekuatan & Pengkondisian, Pakar Pemulihan & TitTar, Pengajar Capoeira dan adakalanya turut melakukan Zumba. Menerusi Yoga, beliau mengajar aliran Kuasa & Dinamik menggunakan prinsip Hatha, Ashtanga dan Vinyasa Yoga untuk semua peringkat daripada pelajar Permulaan sehingga ke peringkat Lanjutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.