Steamboat dan Grill di D’Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre

Steamboat dan Grill di D Atap Gazebo promo

Steamboat dan Grill di D’Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre |  Bila sebut Steamboat terbayang 2 jenis sup untuk mencelurkan bahan-bahan seperti mee, sayuran dan cendawan. Bila sebut Grill pula terbayang potongan daging perapan, samada daging lembu, kambing atau ayam, yang disaluti perapan barbeque, kari, sos teriyaki, sos tiram dan bermacam lagi. Dah terlior plak rasanya. Jadi kalau nak rasa kedua-duanya, Steamboat dan Grill, Naz rekomenkan anda mencubanya di D’Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara KL.

Steamboat dan Grill di D Atap Gazebo promo

Ini merupakan tarikan terbaru dari Sime Darby Convention Centre dan dibuat di tingkat atas (bumbung) yang dinamakan D’Atap Gazebo. Bayangkan makan steamboat dan grill (All You Can Eat) di atas bumbung sambil bertemankan bulan dan bintang…. Menarik kan! Anda boleh nikmati setiap hari, dari Isnin hingga ke Ahad dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

tempat yang lapang dan selesa

tempat yang lapang dan selesa3

tempat yang lapang dan selesa2

Yang lagi menariknya, harga promosi dia amat-amat berpatutan iaitu RM39 net seorang. Ini merupakan harga pengenalan dari 16 Mac sehingga 15 Mei 2018. Selepas itu, harga akan menjadi RM50 net untuk dewasa, RM30 net untuk kanak-kanak.

Ada lebih dari 100 bahan untuk dipilih samada untuk steamboat mahupun untuk di gril. Bahan-bahan yang disediakan adalah segar dan jangan risau jika berkurangan, chef-chef bertugas akan top-up balik supaya anda makan sepuas-puanya. Lihat saja barisan bufet yang meriah ini.

bahan-bahan perapan

Bahan-bahan kering

mushroom

Hidangan lain 1

hidangan lain 2

Naz memang sukakan seafood dan kambing, jadi sangat berbaloi makan di D’Atap Gazebo dari pukul 6.30 petang sehingga ke 10.30 malam. Antara yang Naz dan keluarga cuba seperti udang, sotong, lala, kepah, daging kambing, daging lembu dan isi ayam.

pakar mengrill

Dalam sibuk menjala seafood kat barisan bufet, sekali terserempak pulak dengan Chef Jo, apa lagi terus la minta nak bergambar. Nasib baik Chef Jo sporting, walaupun dah pegang mangkuk nak ambil makanan.

Chef Jo and Naz

Memang seronok dapat berkumpul dengan keluarga menikmati makan malam bersama. Lepas ni nak plan bawa ayah dan mama serta keluarga adik-beradik yang lain.

Happy Family

Apa tunggu lagi, jom kita ke D’Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre untuk menikmati hidangan Steamboat dan Grill – All You Can Eat! Untuk tempahan, anda boleh hubungi 03-2089 3688 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproperty.com

 

#dAtapGazebo #SimeDarbyConventionCentre #Steamboat #Grill #AllYouCanEat #Buffet #foodporn #foodgasm #foodhunt #kakimakan #nazlannasirdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *