Supreme Grill Dalam Pinggan Besar Daya Penarik Besito’s Survival

Besito's Survival

Supreme Grill Dalam Pinggan Besar Daya Penarik Besito’s Survival |  Jika anda ke Shah Alam dan inginkan pelbagai makanan di satu tempat seperti makanan Barat dan hidangan makanan Malaysia (Melayu, Cina dan India)…. maka Besito’s Survival adalah jawapannya.

Restoran Besito's Survival Shah Alam Sek 23
No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor

Restoran Besito’s Survival ini terletak di Seksyen 23, Shah Alam (mengadap Bulatan Jubli Perak) berhampiran dengan Aeon Big Seksyen 23, Shah Alam.

Besito's Survival Map

 

Permulaan Restoran Besito’s Survival

Restoran Besito’s Survival di kendalikan oleh Megat Mohd. Azhar Megat Ismail bersama dua rakannya iaitu Mohd Hazlan Dahlan dan Mohd. Firdaus M. Ali. Bermula dengan hanya beberapa meja membakar otak-otak di restoran-restoran sekitar Shah Alam, tiga sekawan ini terus gigih berusaha untuk mencapai cita-cita mereka membuka sebuah restoran mereka sendiri. Pada 18 Mei 2016, Restoran Besito’s Survival telah dilahirkan.

 

Menurut Megat, nama Besito’ Survival ini ada maksud yang tersendiri… Besito’s bermaksud senyum kecil (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dengan harapan para pelanggan yang datang akan berpuas hati serta tersenyum selepas menikmati hidangan dari dapur yang disediakan secara fresh oleh chef yang amatur. Survival bermaksud “pelengkapan ikhtiar hidup” dengan menjurus kepada definisi makanan yang dihidangkan sihat dan terbaik.

 

Naz dan rakan-rakan di jemput untuk membuat food review this restoran ini dan yang amat menarik perhatian Naz adalah hidangan Supreme Grill mereka.

 

Supreme Grill

Supreme Grill RM75
Supreme Grill RM75

Supreme Grill ini merupakan signature dish di Besito’s Survival yang menampilkan hidangan daging rusuk lembu dengan sos barbeku (beef rib with barbeque sauce), daging kambing digrill dengan sos pudina (grill lamb with mint sauce) dan ayam perap digrill dengan sos lada hitam (grill chicken with black pepper sauce). Kentang lecek (mashed potato) atau kentang wedges dengan sos keju (cheesszy sauce) berserta sayur broccoli dan salad segar melengkapkan set ini. Harus diingatkan, set ini sesuai untuk 2 orang yang berselera besar atau 5-6 orang yang berselera normal. Memang unik dan mengenyangkan!

 

Pengemar daging kambing boleh try lamb shank dia, daging yang lembut dan kenteng lecek memang mengenyangkan.

Lamb Shank RM26.90
Lamb Shank RM26.90

 

Lebih 30 hidangan makanan barat dan fusion Malaysia

Terdapat lebih dari 30 hidangan makanan terdapat di Besito’s Survival ini dan hidangan lain yang disajikan pada food review kali ini adalah…

Abalone Mee Kasar RM12.9 (S) RM24.9 (L)
Abalone Mee Kasar RM12.90 (S) RM24.90 (L)

Abalone Mee Kasar ni sedap dan memang sesuai untuk kanak-kanak. Rasa kuahnya ala-ala mee sup campur Cantonese mee. Dipenuhi dengan seafood yang banyak dan kalau ada cili hijau jeruk atau cili api kicap memang terbaek…. Set ini sesuai untuk hidangan 2 orang.

 

Hidangan lain berasaskan mee atau pasta yang dicuba ialah…

Garlic Butter Noodle Chicken Chop RM12.9 (S) RM15.9 (L)
Garlic Butter Noodle Chicken Chop RM12.90 (S) RM15.90 (L)
Arrabiata Beef Pepperoni Meatball Pasta RM14.9 (S) RM27.5 (L)
Arrabiata Beef Pepperoni Meatball Pasta RM14.90 (S) RM27.50 (L)

 

Chilli Crab & Mantou Bun RM19.90
Chilli Crab & Mantou Bun RM19.90

Ketam Bercili dan Mantou Bun (Chili Crab with Mantou Bun) ini memang sedap kalau dimakan masa ia panas. Bun yang garing tetapi lembut di dalam memang ngam dicicah dengan kuah cili tersebut. Manakala ketam tu ratah pun sodap.

 

Bagi pengemar nasi jangan risau, pelbagai jenis nasi goreng ada…

Nasi Goreng Ayam Pandan RM9.9 (S) RM13.9 (L)
Nasi Goreng Ayam Pandan RM9.90 (S) RM13.90 (L)
Nasi Goreng TomYam Seafood RM9.9 (S) RM13.9 (L)
Nasi Goreng TomYam Seafood RM9.90 (S) RM13.90 (L)

 

Yang suka roti boleh cuba Cheese Beef Pepperoni Nan dia….yang ni memang best sebab cheese dia boleh tarik-tarik…

Cheese Beef Pepperoni Nan RM12
Cheese Beef Pepperoni Nan RM12

 

Kami dikejutkan dengan hidangan terbaru mereka Mee Raja Tomyam.

Mee Raja TomYam
Mee Raja TomYam (akan datang)

 

Kami juga disajikan dengan minuman pelbagai perisa dan warna yang sedap dan menarik.

Minuman Special Besito's RM7
dari kiri: pure banana juice – I love u – virgin mojito – virgin colada – shirley temple – hulk besito’s – RM7

 

Blogger
Antara blogger yang menghabiskan makanan yang disajikan…

 

Restoran Besito’s Survival ini sungguh sesuai untuk seisi sekeluarga kerana tempat yang bersih, luas dan kondusif. Apa lagi jemput la datang ke Restoran Besito’s Survivall di Seksyen 23 Shah Alam…

 

Nama Restoran: Besito’s Survival

Facebook: www.facebook.com/BesitosSurvivalSA

Instagram: www.instagram.com/besitossurvival23

Waktu operasi:

  • Sabtu & Ahad (4.00 pm – 3.00 am)
  • Isnin (Cuti)
  • Selasa – Jumaat (4.00 pm – 2.00 am)

 

Alamat Restoran: No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor

Konsep: Western & Malaysia Fusion Foods (Mixed Malay, Chinese, Indian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *