Sushi Tei Hidangkan Menu Segar Dan Sihat | Naz memang mengemari makanan Jepun yang raw di mana gabungan ikan segar dicicah dengan sos soya dan wasabi memberi kenikmati pada selera Naz. Bila bercakap pasal makanan Jepun pastinya Sushi yang terbit dibenak fikiran…ya Naz nak kongsikan menu terbaru dari Sushi Tei yang segar dan menyihatkan iaitu Fresh Poke Bowl dan Healthy Vegetarian.

Poke Bowl Sushi Tei ini mengekalkan hidangan yang menyihatkan yang mengandungi ikakn segar, sayur-sayuran serta bijian dan kekacang. Ditambah pula dengan nasi daripada beras perang Akita premium dari Jepun.
Terdapat 4 pilihan Poke Bowl iaitu…

Maguro Poke Bowl (RM23.80) mengandungi ketulan ikan tuna segar yang dilengkapi dengan bijian chia dan tembikai yang berkhasiat, badam tanpa gluten, jejari ketam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.

Salmon Poke Bowl (RM21.80) mengandungi ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang dihiris tebal dan dihidangkan bersama bijian chia dan tembikai, badam, kacang hitam, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.

Ebi Poke Bowl (RM27.80) mengandungi udang harimau segar yang dihidangkan bersama bijian chia dan bunga matahari yang kaya dengan vitamin E, badam, hirisan telur dadar, sayuran campur dan nasi beras perang Akita.

Chicken Teri Poke Bowl (RM18.80) mengandungi ayam panggang dengan nasi beras perang Akita, bersama bijian chia dan bunga matahari, badam dan sayuran campur.

Untuk menikmati Poke Bowl ini, ada 3 pilihan sos iaitu Japanese style wafuu onion sauce, Wasabina sauce dan Apple sauce. Setiap satunya direka untuk melengkapi kesegaran bahan-bahannya dan memberikan kelainan yang menyelerakan kepada setiap mangkuk. Naz suka Apple sauce dia.
Kalau anda nak tahu, ke empat-empat Poke Bowl ini mempunyai kandungan kalori kurang dari 500 kcal untuk setiap hidangan. Ia bukan sahaja sedap tetapi segar dan berkhasiat.

Menurut En. Cameron Cheah, Pengarah Urusan ST-Taikem, Sushi Tei berpegang kepada kepercayaan untuk menyediakan hidangan yang segar dan menyihatkan untuk para pelanggan mereka. Ia merupakan komitmen berterusan Sushi Tei dan digambarkan dalam menu terbaru ini dan akan menjadi menu tetap mereka. Kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan diimport dari luar Malaysia.

Bagi yang Vegetarian, Sushi Tei tidak melupakan anda. Anda ada pilihan seperti…


Avocado Yasai Roll (RM13.80) dan Inari Yasai Roll (RM13.80), diperbuat daripada kulit tauhu. Memang sedap dan Naz rasa sajian ini macam pembuka selera tapi tidak begitu mengenyangkan.

Namako Yasai (RM21.80), sajian ini lebih mengenyangkan yang disediakan dengan sup berasaskan kitano miso dan pilihan udon, soba atau ramen serta dilengkankan dengan timun laut vegetarian, cendawan butang, labu dan ubi keledek Jepun
Kinoko Chahan (RM16.80) ialah nasi goreng cendawan dan Nasu To Zulgini Pasta (RM17.80) ialah pasta goreng dan disajikan bersama terung, zukini dan telur separuh masak.


Selain daripada itu, ada juga sajian sampingan vegetarian yang enak boleh dinikmati seperti Homemade Potato Gyoza (RM9.80). Satsuma Imo To Kabocha Salad (RM7.80) yang diperbuat daripada ubi keledek Jepun bersama labu, yang kaya dengan antioksidan dan serat. Okura Natto To Yamaimo Senggiri (RM6.80) hidangan keladi Jepun dengan hirisan bendi, rumpai laut, kacang soya yang dicampur dengan telur burung puyuh separuh masak.

Pilihan lain yang boleh dinikmati termasuklah akar bunga teratai goreng Renkon Agedashi (RM6.80), sungguh ranggup atau kroket ubi keledek, edamame dan labu (RM8.80 – RM9.80).
Jadi apa lagi, semua sajian Poke Bowl dan Vegetarian yang segar dan menyihatkan ini boleh didapati di semua restoran Sushi Tei di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Ipoh. Untuk mengikuti perkembangan terbaru dan promosi terbaru mereka, boleh follow www.facebook.com/SushiTeiMalaysia
Selepas menikmati sajian yang enak lagi berkhasiat ini, kami telah mengikuti pula acara pemotongan ikan tuna segar untuk acara Lou Sang Reunion by Sushi Tei.


