Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menyumbang Komputer RibaDan Barang Kelengkapan Rumah Kepada 5 Buah NGO

Tokio Marine Life

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menyumbang Komputer RibaDan Barang Kelengkapan Rumah Kepada 5 Buah NGO | Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (TMLM) terus berpegang kepada prinsip panduan syarikatnya iaitu “Look Beyond Profit” dengan sumbangan kepada lima  buah organisasi kebajikan di Malaysia yang amat memerlukan. TMLM telah menderma beberapa unit komputer riba dan CPU milik syarikat yang telah dibaik pulih semula berserta barang kelengkapan rumah kepada beberapa organisasi kebajikan di Malaysia baru-baru ini.

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Menyumbang Komputer RibaDan Barang Kelengkapan Rumah Kepada 5 Buah NGO

Sumbangan ini merangkumi 10 unit komputer riba, 10 unit CPU berserta dengan 10 unit skrin monitor baru, dan barang kelengkapan rumah yang bernilai RM5,000 kepada Good Shepherd Service, GT Community Centre, Suriana Welfare Society Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia dan Yayasan Sunbeams Homes.

Setiap NGO yang menerima sumbangan ini menjalankan program kebajikan yang berbeza – GT Community Centre menjalankan perkhidmatan bank makanan dan tuisyen percuma kepada kanak-kanak. Sementara itu, Good Shepherd menyediakan tempat perlindungan kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan asrama untuk kanak-kanak yang bersekolah. Walaupun setiap pertubuhan menjalankan aktiviti yang berbeza, mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sebagai organisasi-organisasi bukan kerajaan dan tidak berorientasikan keuntungan, badan-badan seperti ini amat memerlukan sokongan untuk meneruskan program mereka. Keperluan ini merangkumi kelengkapan teknologi terutamanya untuk pembelajaran kanak-kanak, serta untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran IT yang semakin meningkat.

Keperluan untuk peranti sedemikan semakin ketara ketika wabak COVID-19 merebak, sekolah ditutup dan kanak-kanak diarahkan belajar dari rumah secara dalam talian. Kini, walaupun sekolah telah dibuka semula, kaedah pembelajaran dalam talian masih terus diteruskan dan berkembang pesat.

“Tujuan kami adalah untuk menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Pada masa yang sama, ia dapat membantu wanita dari rumah kebajikan untuk terus mencari pendapatan dan membantu mereka yang telah terjejas oleh COVID-19. TMLM juga akan menuju ke arah untuk mencapai matlamat “paperless” iaitu “tanpa kertas” pada akhir tahun 2020. Sumbangan ini meluaskan inisiatif digitalisasi kami lebih sekadar amalan dalaman syarikat dan menggalakkan badan kebajikan yang menerima sumbangan ini agar terus mengikut perkembangan semasa dan teknologi,” kata   Timbalan Ketua Eksekutif TMLM, Encik Yoshiaki Okabe.

“Selain daripada komputer riba, CPU and skrin monitor, barang kelengkapan asas rumah seperti makanan kering, pelitup muka, produk pembersih tangan hingga perkakas rumah seperti kipas siling dan dinding turut disumbangkan. Kami berbesar hati untuk memberi sedikit bantuan dan sumbagan yang diperlukan mereka,” Okabe menambah.

Sumbangan komputer riba dan CPU yang telah dibaik pulih juga dalam masa yang sama dapat membantu menyelamatkan barang tersebut dari dilupuskan secara tidak beretika – pilihan mesra alam sekitar dan selaras dengan prinsip menghormati dan memelihara alam sekitar TMLM. Syarikat TMLM juga telah memuat naik computer riba dan CPU yang disumbangkan dengan beberapa perisian untuk memudahkan penggunaannya oleh penerima.  

Good Shepherd menerima dua kipas siling dan satu kipas dinding dengan harga keseluruhan bernilai RM 1,000 untuk pusat perkhidmatan mereka yang terletak di Ipoh bersama dengan 4 komputer riba terpakai kepada pekerja mereka. Selain daripada program berasaskan kediaman, Good Shepherd juga mempunyai program berasaskan komuniti untuk membantu mengurangkan kemiskinan dan melindungi keganasan berdasarkan jantina.

“Kami amat menghargai usaha TMLM dalam memberi kemudahan dan keselesaan terhadap persekitaran kanak-kanak yang hadir di pusat kami untuk mendapatkan bantuan pembelajaran. Disamping itu juga, komputer riba yang disumbangkan akan menjadi kemudahan kepada anggota pasukan kami untuk berkerja dengan lebih mobil,” kata Chin Poh Choo, Pengarah Eksekutif Good Shepherd Services.

“GT Community Centre adalah pusat kebajikan ketiga yang telah menerima 4 buah CPU terpakai yang telah dibaik pulih sebagai sebahagian kemudahan pusat tuisyen percuma mereka berserta dengan sumbangan keperluan isi rumah yang bernilai RM 1,000. Sumbangan dari TMLM sangat bermakna kepada kumpulan sasaran ini dan komuniti miskin sekitar Klang dan Kapar yang cuba kami bantu,” kata jurucakapnya, Encik Roy Tan.

“Tanpa peralatan kelengkapan ini, ia amat menyukarkan kami untuk membantu kanak-kanak supaya terus maju dengan menggunakan teknologi semasa. Oleh itu, sumbangan seperti ini sangat bermakna bagi kami,” tambah Roy.

Suriana Welfare Society Malaysia yang mengusahakan pusat mereka di Desa Mentari menampung 51 orang kanak-kanak berusia di antara 6 hingga 13 tahun. Lebih daripada 60% keluarga dalam komuniti Desa Mentari tidak mempunyai komputer di rumah sebagai kemudahan pembelajaran dalam talian untuk anak mereka. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ramai pelajar yang ketinggalan pembelajaran mereka. Sumbangan 2 unit komputer riba dan 2 unit CPU terpakai dari TMLM, sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada NGO untuk membantu kanak-kanak meneruskan pembelajaran dan mempelajari kemahiran penggunaan IT.

“IT dan digitalisasi tidak dapat dielakkan dari kehidupan sekarang. Untuk membantu kanak-kanak mengikuti perkembangannya, kita perlu melengkapkan mereka dengan pengetahuan IT. Jadi sumbangan seperti ini tepat pada masanya dan sangat diperlukan. Kami  berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dari TMLM,” kata jurucakapnya, Rachel Ho. Suriana Welfare Society yang juga menerima sumbangan keperluan rumah bernilai RM 1,000 dari TMLM yang akan diedarkan kepada 21 keluarga kurang mampu di Desa Mentari.

 Ti-Ratana Welfare Society Malaysia dan Yayasan Sunbeams Home masing-masing pula menerima 2 komputer riba terpakai dan 2 desktop terpakai yang telah dibaik pulih bersama kelengkapan rumah bernilai RM 1,000.

“Komputer riba dan desktop ini menjadi keperluan penting sebagai kemudahan pembelajaran dalam talian kanak-kanak di pusat kami. Kami amat berterima kasih atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh komuniti dan TMLM,” kata pengasas Ti-Ratana Welfare Society, Datuk K. Sri Dhammaratana.

“Wabak yang melanda ini benar-benar telah membawa pulang ke kenyataan bahawa kami kini hidup di dalam senario masa yang tidak dijangka sebelum ini. Kami tidak boleh meneruskan kehidupan yang sama . Kami mempertimbangkan mereka yang kurang bernasib baik dan kami sangat bersyukur Tokio Marine Life Insurance Malaysia mempunyai pendapat yang sama. Kami berharap, di masa hadapan usaha kami akan terus mendapat sokongan dari komuniti seperti mereka ini,” Kata Ps. Victor Maniam, Pengurus Yayasan Sunbeams Home.

Sekiranya anda berminat untuk membantu, sila hubungi NGO ini:-

OrganisationEmailContact Number
Good Shepherd Servicespcchin@goodshepherd.my 012-2326101
GT Community Centreroykh_tan@yahoo.com 012-661 0650
Suriana Welfare Society Malaysiaenquiry@suriana.org 1300-88-2200 03-7955 6000
Ti-Ratana Welfare Society Malaysiainfo@ti-ratana.com 03-7988 1888
Yayasan Sunbeams Homesunbeamshome95@gmail.com012-636 8229

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *