Ubat Gigi Fresh & White Beri Tiga Kali Perlindungan Kaviti

Fresh & White Logo

Ubat Gigi Fresh & White Beri Tiga Kali Perlindungan Kaviti |  Adakah gigi anda cukup kuat untuk menggigit makanan keras dan rangup? Adakah gigi anda mendapat florida yang mencukupi untuk mencegah kaviti gigi? Jika anda ragu-ragu mengenai perkara-perkara berkenaan, pertimbangkan semula pilihan ubat gigi anda.

Ubat Gigi Fresh & White

Fresh & White telah berada di Malaysia berhampiran 25 tahun yang lepas. Formulasinya dirumuskan oleh syarikat penjagaan mulut nombor satu di Jepun, Lion Corporation Japan yang mempunyai 125 tahun pengalaman dalam pembangunan dan inovasi penjagaan mulut. Fresh & White ketika ini berada dalam kalangan tiga jenama ubat gigi teratas di Malaysia. Ia amat dikenali dengan sensasi kesegaran dan menyamankan yang diwakili dengan logo beruang kutub tersenyum.

Fresh & White telah memperbaiki ramuannya dengan memasukkan dua jenis florida bagi memberikan tiga kali perlindungan kaviti termasuklah perlindungan formulasi tanpa gula terhadap asid gula, bagi mencegah pereputan serta memperkuatkan enamel gigi untuk menangani masalah-masalah utama pergigian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia

Ia mencerminkan betapa Fresh & White membawakan penjagaan mulut berkualiti yang boleh diperolehi oleh lebih ramai pengguna dengan menawarkan nilai yang lebi baik melalui penawaran harganya yang mampu milik.

Enam varian yang menyegarkan dalam rangkaian produk berasaskan pudina ini adalah Fresh Cool Mint, Extra Cool Mint dan Fresh Applemint; barisan herba semulajadi Kayu Sugi; serta gel anti nafas busuk Fresh Blast Extra Fresh Gel dan Whitening Gel.

6 varian kesegaran Fresh & White

Rangkaian produk utama Fresh Cool Mint dan Extra Cool Mint mempunyai peminat dan pengikut setia yang gemar untuk memulakan hari mereka dengan mulut yang bersih dan nyaman, nafas yang segar serta gigi yang lebih kuat.

 Ubat Gigi Fresh & White Fresh Cool Mint

Rasa pudina yang menyejukkan dan keselesaan mulut yang dibawakan oleh Fresh & White Fresh Cool Mint memberikan kesegaran yang menakjubkan kepada mulut anda dan dalam masa sama memperkuatkan gigi serta menyegarkan nafas.

Ubat Gigi Fresh & White Extra Cool Mint

Varian ini mengandungi lebih pudina bagi memberikan anda lebih kesegaran yang boleh dinikmati dan dirasai.

Ramai dalam kalangan pengguna Fresh & White Extra Cool Mint mengatakan ia merupakan ubat gigi paling sejuk dan berpudina dalam pasaran.

Ubat gigi Fresh & White memberikan anda lebih daripada perasaan dan rasa hebat. Rumusan dua jenis florida untuk tiga kali perlindungan kaviti menjadikan gigi lebih kuat serta memberikan kesihatan gigi yang lebih baik.

Kenapa Dua Jenis Florida Untuk Tiga Kali Perlindungan Kaviti

 Semua ubat gigi Fresh & White dirumuskan dengan dua jenis Florida untuk memberikan tiga kali perlindungan kaviti.

Gigi terdedah kepada bakteria setiap hari dan tanpa pemberusan yang kerap, bakteria berkenaan akan membentuk satu lapisan nipis plak pada gigi.

Diet yang kaya dengan kanji dan manisan membekalkan bekalan makanan yang mencukupi untuk bakteria-bakteria berkenaan dan menjadikannya bertumbuh dengan cepat serta menghasilkan asid yang boleh menghakis enamel gigi. Jika hakisan ini mencecah lapisan lembut di dalam gigi, kadar pereputan gigi akan dipercepatkan.

Florida adalah mineral yang wujud secara semulajadi yang boleh didapati di dalam tanah, makanan dan sumber air.

Peringkat pertama perlindungan florida ialah menghalang dan mengurangkan pembentukan kaviti dengan mengurangkan keupayaan bakteria kaviti untuk menguraikan gula dan menghasilkan asid. Pengurangan asid ini akan mengurangkan kerosakan kepada enamel.

Peringkat kedua perlindungan florida ialah menghalang serta menggantikan kehilangan mineral. Ia boleh membantu memperbaiki kaviti melalui proses penambahan mineral yang berlaku secara semulajadi.

Peringkat ketiga, florida memperkuatkan enamel gigi serta meningkatkan ketahanannya terhadap serangan asid.

Penggunaan Fresh & White yang mengandungi dua jenis florida memberikan tiga kali perlindungan kaviti seterusnya memperkuatkan gigi untuk kesihatan gigi yang lebih baik.

Semua varian ubat gigi Fresh & White disahkan Halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), menjadikannya selamat untuk digunakan oleh umat Islam.

Menurut Cik Loo Mei Fong, Pengurus Kanan Jenama, Penjagaan Mulut, Bahagian Pemasaran, Southern Lion Sdn Bhd., Formulasi Fresh & White yang mengandungi dua jenis florida untuk tiga kali perlindungan kaviti yang berinovatif dapat menangani permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk nilai yang lebih baik, lebih nilai untuk wang, pengukuhan gigi, ubat gigi yang menyegarkan nafas dan disahkan Halal.

“Fresh & White dikenali di Malaysia sebagai ubat gigi yang menguatkan gigi serta mengekalkan mulut nyaman dan segar dengan rasa pudina, sambil menawarkan tawaran nilai yang terbaik. Jumlah pengguna yang memilih Fresh & White semakin meningkat,” kata Cik Mei Fong.

Ubat gigi Fresh & White boleh diperolehi di seluruh negara dalam pek 70g, 100g,160g, 225g dan pek berkembar 225g pada harga antara RM3.30 hingga RM14.95.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *