WeWork Tembusi Pasaran Malaysia Menerusi Kerjasama Daman Land

WeWork logo

WeWork Tembusi Pasaran Malaysia Menerusi Kerjasama Daman Land |  WeWork – sebuah platform bagi para creator yang menyediakan ruangan, komuniti dan perkhidmatan untuk mendukung para profesional menciptakan kehidupan, tidak hanya penghidupan hari ini mengumumkan perkembangannya ke pasaran Malaysia dengan lokasi pertamanya di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur. Sidang media ini dirasmikan oleh Dato’ Douglas Cheng, Pengarah Daman Land GPL Group, Turochas “T” Fuad, Pengarah Urusan, WeWork Asia Tenggara dan Beverly Dolor, Pengarah Teknologi, WeWork Asia Tenggara. Lokasi baru ini akan menampung 1,900 ahli di 5 tingkat bila dibuka pada awal 2019.

WeWork

Bertempat di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, atau dikenali sebagai ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur, WeWork Equatorial Plaza adalah lokasi terbesar WeWork diAsia Tenggara. Lokasi strategik Equatorial Plaza berdekatan dengan pusatmembeli-belah, hiburan dan perdagangan ibu kota Malaysia. Malah, berbekalkan akses mudah kepada sistem kereta api awam dan laluan bas utama, serta makanan, perkhidmatan perniagaan dan hiburan, WeWork Equatorial Plaza bakal memberi nafas baharu kepada suasana pejabat konvensional dan merancakkan masa depan kerja di Malaysia.

WeWork Equatorial Plaza

Perkembangan WeWork ke Kuala Lumpur adalah sejajar dengan pelan perkembangan syarikat ini di Asia Tenggara. Dalam hanya masa satu tahun,WeWork telah menubuhkan 16 lokasi dengan lebih 11,000 ahli di seluruh AsiaTenggara. Di samping pelancaran WeWork di Malaysia, syarikat ini juga bakal memasuki pasaran-pasaran lain, seperti beberapa lokasi baru di Bangkok, Thailand pada hujung tahun 2018.

Beverly Dolor, Director of Engineering (Technology)

“Kemasukan kami ke pasaran Malaysia didorong oleh pasaran Malaysia yang kukuh dan ramalan pertumbuhan ekonomi Asia yang stabil. Tambahan lagi, Malaysia mempunyai persekitaran perniagaan yang rancak serta kedudukan yang unik di Asia Tenggara. Kerjasama kami dengan Daman Land hanyalah titik permulaan bagi pertumbuhan kami di Malaysia. Sebagai pusat sehenti dari segi rekaan, pembangunan hartanah serta pengurusan, kami boleh menyediakan ruangan yang penuh dengan ciri-ciri keistimewaan WeWork. Memandangkan Malaysia ialah pintu ke ekonomi ASEAN, kehadiran kami di sini membuka peluang untuk ahli-ahli kami berhubung, beroperasi dan bertumbuh tanpa batasan sempadan,” demikian kata Turochas “T” Fuad, Pengarah Urusan, WeWork Asia Tenggara. “Dengan memanfaatkan nilai jenama, jejak global serta rangkaian ahli kami di seluruh dunia, kamiberharap untuk bekerjasama dengan pemilik-pemilik bangunan bagi merungkai kerumitan pasaran melalui kepakaran kami dalam pasaran Malaysia serta pasaran-pasaranlain. Oleh itu, kami berazam untuk mentransformasikan masa depan kerja, dalam usaha berterusan kami untuk memberi sentuhan kemanusiaan kepada kerja, kehidupan dan hiburan dan mentransformasikan bangunan kepada persekitaran perniagaan yang dinamik untuk memupuk kreativiti, fokus, dan perhubungan. Kami ingin membina ruangan di mana syarikat dan individu boleh bertumbuh bersama-sama dan kamikomited dan teruja untuk merealisasikan impian ini di Malaysia.”

WeWork Equatorial Plaza akan menjadi ruangan untuk ahli-ahli dari pelbagai sector perniagaan seperti sektor kreatif dan rekaan, pelbagai syarikat permulaan dan agensi pemasaran. Syarikat seperti Stash Awaydari WeWork City House Singapura juga akan menubuhkan pejabat barunya di lokasiini dan ia adalah salah satu contoh bagaimana WeWork juga dapat menyokong syarikat perusahaan yang ingin mencontohi ketangkasan syarikat permulaan bagi kekal relevan pada zaman ini.

Menggabungkan kepakaran WeWork dengan rekaan, teknologi, dan komuniti untuk memperkasa ahli-ahli tempatan dan serantau

Ruangan kubikel di pejabat tradisional telah semakin ditelan zaman – model WeWork yangterbukti berkesan kini sedang mentransformasikan ruangan terbuka, sekaligus membolehkan perniagaan kecil ataupun besar berkembang serta membina satu budaya yang diingini oleh tenaga kerja yang akan datang. Menurut satu kajian bertajuk Tomorrow’sProfessionals: Generation Z, oleh Asian Institute of Finance (AIF), dua per tiga daripada Generasi Z yang celik teknologi beraspirasi untuk memulakan perniagaan sendiri. Memandangkan generasi ini cenderung menggunakan teknologi digital bagi menjana perubahan dalam kerja, WeWork dapat menyediakan ruangan kerja yang peka terhadap keperluan profesional dan gaya pilihan tenaga kerja masa depan – satu generasi yang dikuasakan oleh pendidikan, teknologi mudah alih dan ekonomi perkongsian.

Rangkaian Ahli WeWork (MemberNetwork - MENA)

Melalui sebuah perjanjian perkongsian pendapatan (revenue share agreement) dengan Daman Land, WeWork mendapat manfaat daripada kepakaran tempatan rakan kongsinya. Daman Land sendiri dapat berkongsi dalam keuntungan yang akan wujud di lokasi WeWork serta mengekalkan hubungan yang baik dengan semua pengewa. Kerjasama sebegini dapat terjalin disebabkan cara WeWork membina perniagaan serta menarik penyewa pada kadar yang pantas dan merupakan model yang disahkan berkesan setelah berjaya dilaksanakan di pasaran-pasaran lain di peringkat antarabangsa.

“Berbekalkan ekosistem Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), syarikat permulaan, dan perusahaan Malaysia yang pesat membangun, kami teruja untuk melakar fasa pertumbuhan Malaysia yang seterusnya bersama WeWork bagi memperbaharui ekosistem tempatan, serta membawa masuk lebih banyak perniagaan ke Malaysia,” kata Dato’ Douglas Cheng, Pengarah Daman Land GPL Group. “Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memanfaatkan kemampuan WeWork bagi mencipta nilai bagi bangunan, serta pendekatannya yang bukan sahaja mampu membina komuniti, malah memberi impak positif kepada bandar ini dan kawasan sekelilingnya. Kini, Malaysia sedang memasuki era baru, dan saya amat yakin kerjasama ini akan memainkan peranan penting dalam meletakkan Malaysia sebagai perintis masa depan kerja.”

Struktur WeWork yang bersepadu secara keseluruhan jarang ditemui dalam industri bangunan dan reka bentuk. Justeru itu, ia meletakkan syarikat ini di barisan hadapan industri dengan memberikan fokus kepada keperluan dan peluang yang unik di setiap pasaran. Selain itu, WeWork akan menjalankan kajian teliti sebelum memasuki sebuah pasaran kerana ia menitikberatkan pemahaman budaya tempatan. Malah, penerapan teknologi ke dalam setiap ruangan dan aspeknya – seperti aplikasi Rangkaian Ahli WeWork (MemberNetwork – MENA)  -membolehkan ahli-ahlinya menggunakan ruangan mereka secara lebih berkesan serta mengurus pengalaman tempat kerja masing-masing. Lebih penting lagi, teknologi WeWork mengoptimumkan kemampuan untuk mencari sumber, mereka dan membina perniagaan dengan pantas lagi tepat.

Dengan mengutamakan pengalaman, WeWork Equatorial Plaza akan membekalkan ahli-ahlinya dengan ruangan pejabat penuh inspirasi serta kelengkapan yang sempurna termasuk kawasan umum, pondok telefon serta ruang mesyuarat yang ditempatkan dalam ruangan kolaboratif yang indah. Pejabat tersebut turut menerapkan unsur cahaya semula jadi dan kaca bagi memberikan persepsi ketelusan dan memupuk semangat komuniti di antara ahlinya. Maka, lokasi tersebut akan memperlihatkan gabungan pelbagai bahan binaan serta seni dan grafik yang memaparkan sentuhan budaya Malaysia yang unik.

Berikutan pengumuman pelbagai insentif dan inisiatif dalam Bajet Malaysia 2019 bagi merancakkan ekonomi, pertumbuhan WeWork yang berterusan adalah penting untuk memperkasakan syarikat permulaan, usahawan, syarikat perusahaan dan perniagaan tempatan tanpa mengira saiz. Selanjutnya, komuniti global WeWork dapat memperkasa ahli-ahlinya melalui jalinan hubungan di tanah air dan di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *