XES Ada DUTA Baru! | XES Memang Selesa Baru-baru ini bertempat di salah sebuah rangkaian XES Premium telah berlangsung acara mentandatangani kontrak Duta dan Jurucakap baru bagi XES Shoes. Duta baru tersebut memegang gelaran Miss XES Elegant 2014/2015, merupakan finalis pertandingan ratu cantik Miss Global International Malaysia 2014.

Duta baru yang dimaksudkan adalah si cantik manis Mico Pun Chiew Yoek, finalis pertandingan ratu cantik yang telah menambat XES Shoes kerana personalitinya yang mesra serta kecantikannya yang memikat.

Dahsyat juga jadi Duta… dapat habuan yang besar selama setahun. Kontrak tersebut bernilai RM16,000 serta mendapat bekalan kasut dan beg dari XES Shoes selama tempoh kontrak tersebut yang bernilai RM3,600. Best kan! Lepas ini kita akan selalu nampak Mico dalam setiap iklan cetak dan iklan tv komersil XES Shoes.

Pada majlis tersebut, Mr. Simpson selaku Pengarah Urusan mewakili Shellys Marketing menandatangani kontrak tersebut bersama Mico – Duta Miss XES Elegant 2014/2015. Bak kata blogger kitepunye… rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang siapa yang tahu. Pada usia 22 tahun, gadis kelahiran dari Johor Bahru ini terus mengukir namanya sebagai Duta pertama XES Shoes.

Kini XES Shoes menawarkan pelbagai jenis kasut dan beg pada harga yang sangat berpatutan untuk kegunaan harian seisi sekeluarga. Bertepatan dengan tagline mereka iaitu “Superior Comfort for Happy Feet“, kasut-kasut dari XES Shoes ini memang selesa dipakai.

Selesai sahaja majlis tersebut, para hadiran semua dihadiahkan sepasang kasut dari XES Shoes. Apalagi geng-geng blogger semua terus sibuk mencari kasut idaman hati mereka…

NaZ terpaut pada kasut ini sebab nampak ‘rugged‘ dan ringan jadi tak la berat melangkah nanti…

Di akhir majlis ini semua blogger berkumpul dan bergambar bersama Ratu Mico dan Sabrina. Ucapan terima kasih kepada Sabrina atas jemputan ini dan juga XES Shoes kerana menghadiahkan sepasang kasut yang menarik kepada kami.

Ingat kasut Ingat XES Shoes… #XES #XESShoes #XESPremium #XESSignature