XES Luncheon Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

XES Private Event

XES Luncheon Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Seperti tahun yang lepas, XES tidak ketinggalan untuk meraikan setiap perayaan di Malaysia. Memulakan tahun 2015, XES mengadakan luncheon sempena sambutan Tahun Baru Cina bersama rakan media dan blogger di cawangan mereka di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

XES Signing Book

Kali ini, XES telah menyediakan beberapa aktiviti seperti mana dilakukan pada sambutan XES Christmas yang lalu. Kali ini menepati tema mereka “BE STYLISH WITH XES”, XES telah mengadakan sesi ‘make-up’ dan dandanan rambut yang ditaja oleh Sense & Style Beauty Academy. Rakan media dan blogger wanita berpusu-pusu untuk mendapatkan perkhidmatan percuma dari pakar-pakar dandanan ini. Menarik sungguh bila menyaksikan bagaimana wajah mereka dihiasi dengan tona warna yang menarik serta rambut mereka dibentuk mengikut kesesuaian paras rupa mereka.

yu & Nisa Kay & Fauzi Aryaan
Apa la agaknya si abam FA tu tengah perhatikan…mungkin campuran make-up tu kot….atau pun menanti giliran dia hehehehe
Pretty Ladies of XES
Inilah wajah-wajah yang telah di make-up serta rambut yang telah di dandan oleh Sense & Style Beauty Academy. Mico Pun pun kelihatan’WoW’!

Be Stylish with XES posterApabila selesai dandanan, mereka boleh mengambil foto di photo booth yang disediakan sambil memperagakan barangan keluaran XES. Yang menariknya, gambar mereka ini akan dicetak ala-ala penghias muka depan majalah… dan tidak berhenti setakat itu, mereka juga akan berpeluang memasuki kontes XES Chinese New Year Facebook Contest, yang akan berlansung dari 17 Febuari 2015 sehingga 17 Mac 2015. Cara-cara memasuki kontes “BE STYLISH WITH XES” adalah seperti berikut:-

Langkah 01          :  ‘LIKE’ XES Shoes facebook page di https://www.facebook.com/xesshoes

Langkah 02          :  Tag foto anda kepada famili dan rakan anda

Langkah 03          :  Ajak famili dan rakan anda untuk UNDI foto anda dengan klik ‘LIKE’ (dari 17 Febuari sehingga 17 Mac 2015)

Langkah 04          :  Pemenang akan ditentukan dengan jumlah ‘LIKE’ terbanyak dan akan dihubungi melalui emel atau telefon. Pemenang akan diumumkan dan penyerahan hadiah akan di lakukan pada bulan Mac 2015 di event XES Signature Exclusive Preview nanti.

Be Stylish with XES Leaderboard
Inilah leaderboard Minggu Pertama…siapalah yang bakal di nobatkan sebagai Pemenang nya? Siapa belum undi lagi boleh klik pada gambar ini untuk mengundi!

Acara dimulakan dengan pelancaran majlis yang di emcee oleh Ms. Charming Sabrina Quigley Chin. Acara diteruskan dengan lambungan Yee Sang atau Loo Sang yang mesti dilakukan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sabrina MCeeing
Ms. Charming Sabrina Quigley dengan riang ria memulakan majlis pada hari tersebut…sambil diperhatikan oleh Choy San Yeh
Yee Sang Tossing
‘Yee Sang Tossing’ dilakukan oleh Mr. Simpson Wong, Sabrina, Mico Pun dan rakan media serta rakan blogger.

Sebaik sahaja habis upacara Loo Sang, kami dikejutkan dengan pemberian Ang Pow dari Big Boss XES, Mr. Simpson Wong dan juga satu lagi Ang Pow dari Choy San Yeh berupa baucer diskaun… so boleh pergi shopping lagi pas ni.

XES Ang Pow
Ang Pow dari Mr. Simpson Wong
Double Ang Pow
2 Ang Pow yang berbeza isinya….

Kami disajikan dengan makan tengahari yang menarik sambil meyaksikan 10 minit demonstrasi dandanan rambut sempena perayaan Tahun Baru Cina ini oleh Sense & Style Beauty Academy. Antara aktiviti lain yang disediakan seperti sudut ‘Make A Wish’, photo shoot untuk Facebook kontes dan bermacam lagi.

Cik Lily dan KP
Apa saja yang di belek oleh Cik Lily dan KP tu…..mungkin cuba membezakan yang mana satu kambing dan yang mana satu biri-biri 🙂
XES Prosperity Tree
XES Prosperity Tree

 

Seperti biasa acara memilih hadiah sumbangan dar XES menjadi acara kemuncak dan kami berpusu-pusu memilih kasut dan beg yang menjadi pilihan untuk dipakai sendiri mahupun diberi sebagai buah tangan untuk yang tersayang.

XES Shoes Collection 1
Koleksi XES

NaZ ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” “Gong Xi Fa Cai” kepada XES dan seluruh rakyat Malaysia!

Year of Goat
“Selamat Tahun Baru Cina”
Mico & NaZ
Be Stylish with XES – so berstylish la sekejap dengan Mico Pun 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *