Char Koay Teow Marvelicious Di Kota Damansara

Banner CKTSDPM

NaZ nak habaq mai ada restoran baru di Encorp Strand Kota Damansara, Petaling Jaya yang juai Char Koay Teow Marvelicious (marvelous + delicious)… nama restoran dia panjang sikit:

Restoran Char Koay Teow

Simply Delicious Penang Mai

Banner Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai

 

Lokasi

Nak senang tahu lokasi Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai (CKTSDPM) ini, ia mengadap Tune Hotels Kota Damansara…sure tak sesat punya.

Kota Damansara Map

Pada 5 Januari, NaZ dapat jemputan dari Sis Nora untuk sertai team makan-makan ke restoran milik Serina Datuk Redzuawan (Chef Wan). Restoran ini baru dibuka dan belum dibuat pelancaran rasmi lagi. Maklum la Serina ni sibuk menguruskan 4 bisnesnya serentak iaitu Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai (Pemilik), YKS Film Maker Sdn Bhd (Pengarah Eksekutif), Produk Anggun Serina (Pengasas) serta Farmasi Cosway (Pemilik). Jadi kami antara yang terawal dapat mencuba makanan di sini.

Tepat jam 8 malam NaZ tiba dan kelihatan beberapa blogger sudah sampai antaranya Shakiddo, DeqNoor, Nannie, Sohoque, Hazman, Jamar, Mawardi, Ahmad Fauzi dan Anarm. Semua dah tak sabar lagi…yang masih dalam perjalanan Izzati, Sis Nora, , Leeza dan Nizam Ijam (rajin berlakon sekarang).

Rakan Blogger
…semua tengah sibuk bersosial tu hehehehe

Bila semua dah sampai termasuklah Serina, acara pun dimulakan. Encik Mazlan (rakan kongsi perniagaan Serina) memula bicara dengan kata-kata aluan kepada kami dan disusuli dengan ucapan dari Serina. Seperti yang kita ketahui Serina ni memang sporting dan talkative jadi tak lah sunyi sepi pertemuan ini.

Serina Chef Wan

Konsep Restoran

Restoran ini bercirikan butik tetapi dengan mood santai dan relak. Dan menggunakan warna merah jambu (pink) sebagai warna asas…jadi anda tahu sekarang Serina suka warna apa kan. Terdapat 2 ruang makan; di dalam restoran dan di luar restoran (tempat terbuka). Jadi bagi yang datang dengan famili biasanya akan memilih ruang di dalam manakala di luar restoran kebiasaannya yang datang dengan rakan-rakan.

Ruang Dalam

Bahagian Luar

Restoran ini yang bestnya menyediakan capaian wifi (boleh tahan laju) dan juga ruang solat. Jadi memudahkan lagi buat pelanggan yang datang.

wifi dan surau

Menu Ringkas & Harga Berpatutan

Specialty di restoran ini dah tentu Char Kaoy Teow dia…tak ketinggalan pemanis mulut yang enak lazat berkrim disukai ramai….boleh dikatakan sajian alternatif yang patut dicuba. Harga pun kira berpatutan jadi boleh bawa keluarga dan rakan-rakan datang ke sini.

Menu Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai

 Acara Makan-Makan Bermula…

Kami mula membuat pesanan dan semestinya mencuba Char Koay Teow Istimewa (ada udang, kerang dan telur mata kerbau). Ini Char Kaoy Teow basah yang sedap di makan panas-panas, kata Serina. Kalau abang dia Chef Riz datang, 2 pinggan sure tak miss punya… mesti sedap sebab Chef pun makan 2 pinggan.

Char Koay Teow Istimewa

Bagi yang tak suka basah-basah ni, ada Koay Teow Goreng sebagai ganti. NaZ pun try juga (thanks Nannie bagi rasa) tapi lebih prefer Char Koay Teow.

Koay Teow Goreng
kredit kepada Izzati untuk foto ini

Jangan risau bagi yang sukakan nasi….ada 3 pilihan disediakan Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Udang.

Nasi Goreng Udang

Tak cukup dengan yang telah dipesan, Serina menambahkan Satay Ayam dan Daging ke meja kami….pucuk di cita ulam mendatang…kami pun makan dengan penuh berselaranya.

Satay Ayam dan Daging

Memang sedap dan berpuas hati dengan rasa hidangan yang dijamah… selesai sahaja hidangan utama big boss datang ke meja kami dan dia sendiri angkat pinggan mangkuk untuk dibawa ke dapur. Memang Serina ni mengutamakan kebersihan dan keselesaan pelanggan. Bila meja kemas barulah senang pelanggan nak pesan makanan seterusnya, katanya.

Big Boss Buat Kerja

Kini giliran pemanis mulut (atau dessert kata omputih). Memang sangat mengiurkan bila pemanis mulut seperti Durian Crepe, Red Velvet, Mini Pavlova (favourite ni), Tiramisu dan Kek Coklat disajikan di atas meja. Berkelip-kelip flash kamera masing-masing merakamkan foto-foto yang hendak dikongsikan. Tak perlu berkata apa-apa… Tak perlu berkata apa-apa… untuk menceritakan kesedapan pemanis mulut ini…

Durian Crepe Sedap

Dessert

Murtabak
Belum sempat nak ambil gambar, beberapa keping telah disambar…

Tiba-tiba Sofi Jikan muncul dan terus ke meja kami bersalaman. Memang dia seorang yang low-profile tapi berisi. Sekarang ni dia akan mengarahkan filem berjudul Gangster Rock Kasi Sengat di bawah syarikat Serina iaitu YKS Film Maker Sdn Bhd.

Sofi Jikan In The House

Serina ni memang suka bercerita dan dia berkongsi pengalaman memulakan perniagaannya. Memang Serina ni berhati kental dan sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan…moto dia senang saja “Just Do It”. Memang kagum dengan semangat Serina ni.

Cepat sungguh masa berlalu dan kami harus mengucapkan selamat malam. Sebelum tu kami bergambar kenang-kenangan bersama Serina.

Bergambar bersama Serina Chef Wan
kredit kepada Jamar untuk foto berkumpulan

NaZ memang rekomen anda untuk ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai ini dan rasai sendiri kelazatan hidangan di sini. NaZ sertakan maklumat penuh restoran ini:

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03 61514112
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 1 pagi (Setiap Hari)

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #charkoayteowsimplydelicious bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan terkini tentang Serina Chef Wan anda boleh follow:

fb fanpage: Serina Redzuawan

instagram: @serinaredzuawan

twitter: @serinaredzuawan

Untuk Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai ini, NaZ bagi rating:

4 Star rating

20 thoughts on “Char Koay Teow Marvelicious Di Kota Damansara

  1. Salam,Terima kasih Naz sudi kasi food review u yg begitu ikhlas,i terharu u all sudi dtg beramai ramai.Syukur semua berpuas hati dengan hidangan malam itu.kepada penggemar char koay teow penang takyah nak ke penang jauh now di kota damansara pun boleh dapat! Hope to see new people mencuba menu di Restoran Serina.

    1. Your most welcome Serina and thank you for having us…fuh terus cakap omputih sebab lidah dah kena Char Koay Teow Special hari tu hehehe

Leave a Reply