Produk Sedia-DiMakan Ayamas Kitchen Enak Pada Harga Berpatutan

RTE Ayamas Kitchen Bloggers Party

Produk Sedia-DiMakan Ayamas Kitchen Enak Pada Harga Berpatutan |  Baru 2 bulan lepas Ayamas Kitchen lancarkan Aneka Pes dan Sos Segera, kini mereka kembali lagi melancarkan produk “sedia-dimakan” (ready-to-eat atau RTE) yang enak pada harga yang sungguh berpatutan.

Ayamas Kitchen Bloggers Party

Ramai antara kita yang terlalu sibuk sehinggakan tak sempat nak keluar makan tengahari ataupun nak masak pada malam hari selepas balik kerja. Segala kesulitan ini dijadikan sebagai peluang bagi Ayamas Kitchen untuk melahirkan produk sedia-dimakan untuk golongan ini. Maka terlahirlah 3 produk sedia-dimakan yang menawarkan hidangan berkualiti kepada pelanggan yang inginkan sajian makanan lengkap dan segera iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega.

RTE Nasi Kandar Ayam Masala
RTE Nasi Kandar Ayam Masala
RTE Briyani Bukhara Ayam
RTE Briyani Bukhara Ayam
RTE Nasi Pilaf Ayam Mentega
RTE Nasi Pilaf Ayam Mentega

“Produk sedia-dimakan telah lama mendapat tempat di hati pelanggan, khususnya generasi muda. Pihak Ayamas menerusi R&D dalamannya telah mencipta 3 pek sedia-dimakan ini dalam bentuk hidangan yang berkualiti”, kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas.

En Rafiq Moosa
Ada beberapa lagi produk akan diperkenalkan dan masih dalam proses R&D, kata En Rafiq Moosa

Cara Penyediaan Produk Sedia-DiMakan

  1. Keluarkan dari peti sejuk, biarkan ia seketika dalam 2 minit.
  2. Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik.
  3. Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit.
  4. Keluarkan dan terus sajikan.

Memang mudah dan semestinya lazat.

QSR Brands Upstream & Ayamas Kitchen team
Team QSR Brands Upstream & Ayamas Kitchen pun berkebolehan berlakon short drama tau….

Pada sesi Ayamas Kitchen Bloggers Party sabtu lalu, Naz dah mencuba ketiga-tiga sajian ini dan Naz paling suka Briyani Bukhara Ayam. Komposisi nasi dengan kari ayam serta acar buahnya memang just nice untuk Naz. Memang sesuai untuk dijadikan lunch pack kalau malas nak keluar makan tengahari.

Briyani Bukhara Ayam
Briyani Bukhara Ayam RM8.50

Mesti anda ingin tahu berapa harga produk Ayamas Kitchen sedia-dimakan ini kan? Bukan RM15, bukan RM10 tapi….

  1. Nasi Kandar Ayam Masala – RM7.90
  2. Briyani Bukhasa Ayam – RM8.50
  3. Nasi Pilaf Ayam Mentega – RM8.50
Nasi Pilaf Ayam Mentega RM8.50
Nasi Pilaf Ayam Mentega RM8.50

Masa bercerita dengan salah seorang staff Ayamas Kitchen, QSR Trading pun membuka booth di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017 (HPPNK 2017) yang lalu. 3 sajian ini memang laku keras dan antara yang paling banyak terjual, samada untuk dibawa pulang mahupun makan di situ.

Nasi Kandar Ayam Masala RM7.90
Nasi Kandar Ayam Masala RM7.90
Minion pun suka Ayamas Kitchen RTE
Minion pun suka Ayamas Kitchen RTE

Produk sedia-dimakan ini boleh didapati di semua kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, anda boleh lawait www.kedaiayamas.my ataupun ke www.facebook.com/AyamasRoasters/

Leave a Reply