5 Ciri Menarik Aplikasi Snapchat Yang Anda Perlu Cuba | Terdapat pelbagai cara untuk berbual, bermain, dan berinteraksi dengan rakan-rakan anda di Snapchat. Kami di Snap sentiasa mereka cara baru untuk membantu pengguna Snapchat terus berkomunikasi, berhubung dan menjadikan saat-saat perkongsian kenangan lebih menyeronokkan. Dari Augmented Reality Lenses, ke Snap Games hinggalah ke ciri Scan, Snapchat menjadikannya lebih mudah dan menyeronokkan untuk berkomunikasi dengan cepat.

#1 Jejak kaki ke alam baru dengan Snapchat Lens


Sebagai tambahan kepada pengalaman AR yang mengubah penampilan anda, aplikasi Snapchat juga menawarkan pelbagai cara untuk menyeronokkan realiti dan menghidupkan persekitaran anda! Anda boleh mengubah persekitaran anda menjadi tema laut dan juga bergaul dengan dinosaur T-Rex dengan World Lenses, tingkatkan video anda dengan Full-body Lenses, bahkan sertakan haiwan peliharaan anda dalam keseronokan ini dengan Pet Lenses.

#2 Tingkatkan Keseronokkan Stories dan Snaps dengan Cameo Stickers

Cameo Stickers adalah cara baharu yang menyeronokkan dan peribadi untuk mengekspresi diri anda semasa berbual dengan rakan-rakan tersayang. Terdapat pelbagai Stickers yang ekspresif, lucu dan berulang yang boleh dilapisi pada Snap atau Story yang anda tangkap. Sama ada anda teruja, menjatuh cinta, kecewa atau hanya ingin menghidupkan Snap anda – anda juga boleh menggunakan Stickers ini dengan wajah anda sendiri untuk sesuakannya dengan mood anda.
Inilah cara untuk memulakan dan mengakses Cameo Stickers anda:
- Lancarkan aplikasi Snapchat dan tangkap Snap
- Klik butang Sticker Picker pada bar alat sebelah kanan dalam preview
- Pergi ke tab Cameo Stickers terbaharu
- Pilih Sticker yang paling sesuai dengan mood anda, dan mulailah mengambil Snap!
- Tidak mempunyai selfie Cameo? Pergi ke tab Cameo Stickers dan ketik “Create My Cameo.”
#3 Scan Keingintahuan Anda
Dengan lebih dari 1 juta Lensa AR di platform kami, pengguna Snapchat perlukan kaedah yang mudah dan intuitif untuk mencari Lens terbaik untuk setiap saat. Dari mencari Lens menyeronokkan yang dapat meluahkan perasaan anda dengan tepat, untuk mengetahui lagu yang sedang dimainkan, membeli produk, bahkan belajar menyelesaikan masalah matematik, kamera kami adalah titik permulaan untuk membantu Snapchatters mengekspresikan diri dan belajar tentang dunia luar.
Dengan kerjasama rangkaian pengalaman rakan kongsi yang semakin meningkat, kamera Snapchat terus menjadi lebih pintar. Snapchat telah bekerjasama dengan PlantSnap . PlantSnap telah mengembangkan kemampuan untuk mengenal pasti 90% daripada semua tanaman dan pokok yang diketahui, dengan lebih daripada 600,000 jenis tanaman dalam pangkalan data mereka. Oleh itu, apabila anda melihat pokok yang anda rasa akan kelihatan hebat di ruang tamu anda, anda boleh menggunakan kamera kami untuk mengetahui nama, asal-usul pokok tersebut dan juga cara menjaganya.
Bagaimana ia berfungsi:
- Lancarkan Snapchat dan arahkan kamera ke arah item yang ingin anda imbas
- Ketuk pada skrin dan tahan
- Ia akan mengimbas dan maklumat pokok tersebut akan muncul
- Sebagai alternatif, tekan dan tahan pada skrin kamera untuk mengakses ciri ini
#4 Alami Cara Baharu Menonton Siri Rancangan



Sebuah siri original di mana setiap episod menggambarkan kisah orang muda yang berduka dan sedang pulih daripada masalah kesihatan mental. Siri ini memberi harapan kepada anak-anak muda yang menghadapi masalah sama. 
Sebuah kisah komedi romantic tentang pasangan muda yang menjalani kehidupan biasa mereka untuk #vanlife, hanya untuk belajar gaya hidup glamor yang mereka jalani melalui hashtag itu tidak seberapa hebat.
Adakah anda tahu bahawa anda boleh menonton siri rancangan di Snapchat? Snap Originals adalah rancangan premium yang dirangka secara eksklusif untuk Snapchat oleh beberapa pencerita terhebat di dunia dan digambarkan untuk tayangan unik telefon pintar. Setiap episod menggambarkan cerita yang sangat terperinci: biasanya selama lima minit. Siri-siri ini berasaskan ciri menegak, yang sesuai untuk mudah alih dan hiper visual. Barisan siri-siri ini terdiri daripada komedi, seram dan docuseries realiti – pasti ada cerita untuk semua orang.
#5 Bermeditasi

Pada saat ketika ramai yang mengalami peningkatan kegelisahan yang disebabkan oleh wabak ini, Snap melancarkan ciri meditasi dalam aplikasi bersama Headspace untuk memberikan kelegaan kepada Snapchatters ketika situasi menjadi terlalu berat untuk mereka tangani. Dengan hanya satu nafas per satu nafas, ini adalah pengalaman yang melegakan yang boleh anda lakukan sendiri atau bersama rakan-rakan.
Untuk melancarkan Headspace Minis:
- Buka Snapchat dan swipe ke kanan untuk membuka skrin Chat
- Pilih rakan untuk menyertai anda atau pilih untuk mengalamikanya sendiri
- Klik ikon roket di sudut kanan bawah skrin anda
- Cari Headspace dan mulakan pengalaman meditasi dalam aplikasi anda

