NESCAFÉ Raikan Bulan Kopi Antarabangsa

Nescafe 1938 logo

NESCAFÉ Raikan Bulan Kopi Antarabangsa | Sempena Bulan Kopi sedunia, jenama kopi kegemaran ramai di dunia, NESCAFÉ, menekankan komitmen kukuh terhadap kelestarian dalam kempen terbaharunya, “NESCAFÉ Disemai dengan kasih, dinikmati sepenuh hati”.

Memaparkan perjalanan lestari biji kopi ‘dari ladang ke cawan’, kempen ini menampilkan perhatian teliti yang diberikan oleh NESCAFÉ untuk menjamin kualiti setiap biji kopi yang digunakan dalam produk keluarannya demi memenuhi selera penggemar kopi. Bukan sekadar menyajikan secawan kopi yang lazat kepada pengguna, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen jenama untuk membina sebuah ekosistem kopi yang lestari, bertunjangkan rasa hormat kepada masyarakat petani dan juga bumi kita.

NESCAFÉ telah beralih sepenuhnya hanya kepada penggunaan 100% produk kopi bersijil 4C pada 2020 bagi semua produknya yang dibuat di Malaysia. Kod 4C ialah piawaian kelestarian diiktiraf antarabangsa untuk seluruh sektor kopi, yang bertujuan mendorong kelestarian dalam rantaian bekalan kopi. Pada hari ini, semua biji kopi NESCAFÉ dibeli secara beretika dan mematuhi 28 prinsip yang digariskan di bawah 4C.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Matlamat Nestlé adalah untuk merungkai kuasa makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Sejajar dengan sambutan Bulan Kopi Antarabangsa, kami berbesar hati untuk meraikan kemajuan berterusan NESCAFÉ ke arah kelestarian. Di Malaysia, kesemua biji kopi kami diperoleh secara lestari dan bertanggungjawab dari kawasan penanaman kopi terbaik di dunia. Kami komited untuk membekalkan kopi yang lazat dan penuh nikmat untuk rakyat Malaysia sambil memastikan penjagaan teliti dengan sepenuh hati di seluruh rantaian bekalan kami, bermula dari para petani.”

Di samping itu, NESCAFÉ juga memainkan peranan aktif menambah baik kelestarian di seluruh rantaian bekalannya. Pada 2019, NESCAFÉ Malaysia melancarkan program NESCAFÉ Grown Respectfully (Disemai dengan kasih) pada 2019 yang bertujuan memulihkan sektor penanaman kopi di Malaysia, bermula dengan Kedah. Sehingga kini, program ini telah memanfaatkan lebih daripada 100 petani dan beberapa usaha telah disusun atur untuk mempercepatkan perkembangan dalam beberapa tahun yang akan datang.

En. Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, menambah, “Objektif kami adalah untuk menjamin masa depan lestari bagi kopi bermutu tinggi sambil meningkatkan pendapatan petani tempatan dan masyarakat luar bandar. Daripada usaha membantu petani mengerjakan tanaman dengan lebih baik kepada perlindungan alam sekitar menerusi perkongsian amalan pertanian terbaik, kempen terbaharu kami sempena Bulan Kopi Antarabangsa menunjukkan bagaimana NESCAFÉ disemai dengan kasih, untuk dinikmati dengan sepenuh hati oleh rakyat Malaysia.” Mulai Julai 2020, semua bungkusan produk NESCAFÉ Malaysia memaparkan logo ‘Disemai dengan kasih,’ yang memperlihatkan


Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *