5 Sebab Hartanah di Malaysia Sesuai di Beli oleh Pengembara

Property in Malaysia

5 Sebab Hartanah di Malaysia Sesuai di Beli oleh Pengembara |  Jika anda seorang pengembara tegar, adalah kebiasaan memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan pada keperluan penginapan di hotel jika dibandingkan dengan pelancong biasa. Dalam jangka masa panjang jika anda selalu berada di Malaysia, mendapatkan tempat penginapan tetap selain hotel adalah cara yang terbaik untuk berjimat dan membuat perancangan perjalanan yang lebih menyeronokkan. Membeli hartanah di Malaysia bukan sahaja senang, tetapi jauh lebih mudah dan kompetitif jika dibandingkan dengan negara-negara jiran terdekat seperti Singapura yang hartanahnya begitu mahal dan padat dengan penduduk. Walaupun Malaysia pesat dengan pembangunan moden serta mengekalkan kehijauan alam sekitar, namun hartanahnya tidak semahal seperti negara jiran. Berikut adalah lima sebab mengapa membeli hartanah di Malaysia adalah sesuai untuk pengembara.

Property Investment In Malaysia
Pelbagai pilihanan hartanah di Malaysia

  1. Kemudahan perjalanan ke negara lain

Salah satu tarikan pelancong asing ke Malaysia setiap tahun adalah kemudahan perjalanan ke negara-negara lain. Sebagai contoh, menurut The Malay Mail Online, projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) yang bertujuan menghubungkan Malaysia dengan Singapura, adalah sama seperti bandar-bandar antarabangsa yang lain yang mempunyai sambungan transit cepat. Mereka menggunakan Paris ke London atau Tokyo ke Osaka sebagai model perbandingan. Ini merupakan jenis perkhidmatan yang terkini sebagai penyelesaian masalah transit di negara ini. Mod pengangkutan akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa, anda akan dapati ia akan menjadi lebih mudah mendapatkan pengangkutan dengan harga berpatutan untuk perjalanan ke destinasi berhampiran. Perkembangan ini menunjukkan komitmen dari pihak Kerajaan bagi meningkatkan pelancongan serantau dan mengangkat projek-projek pengangkutan awam ke tahap yang seterusnya.

 

  1. Seleksi yang luas bagi memenuhi keperluan anda

Jika anda membuat carian di PropertyGuru Malaysia bagi kategori tanah untuk dijual di Malaysia, anda akan dapat gambaran jelas apa yang ada di luar sana. Menggunakan portal dalam talian adalah salah satu cara terbaik untuk mencari apa yang anda inginkan berdasarkan kepada harga, kedudukan geografi, kemudahan yang ada, dan faktor-faktor lain. Apabila anda membuat carian, anda akan dapat pelbagai maklumat hartanah yang tidak terkira banyaknya. Anda perlu menggunakan saringan yang disediakan di laman web untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan sahaja. Sentiasa lihat paparan yang mempunyai gambar-gambar yang baik, dan cuba elakkan paparan yang tidak mempunyai apa-apa gambar. Jika pemaju berurusan melalui ejen hartanah, selepas melihat senarai hartanah tersebut maka anda perlu membuat kajian tentang kelayakan dan cadangan mereka. Walaupun harga hartanah turun naik tahun-tahun kebelakangan ini, htetapi hakikat pasaran hartanah di rantau Asia ini cukup panas. Tak kira jika anda warga Singapura mencari hartanah di Malaysia, atau dari United Kingdom mencari rumah kedua, terdapat banyak pilihan yang berbeza dalam pasaran semasa untuk setiap orang.

 

  1. Bagaimana menentukan samada membeli hartanah adalah pilihan betul bagi anda

Pada permulaan membeli hartanah boleh menjadi pengalaman yang menakutkan,  bahkan menyewa pun sudah menjadi komitmen dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ada cara terbaik dalam proses membuat keputusan pembelian dalam mencari hartanah yang memenuhi citarasa anda tanpa melakukan kesilapan. Sebagai contoh, sepasang suami isteri yang berasal dari Ireland yang kembali bekerja semula di Malaysia mencadangkan untuk menyewa dahulu sebelum membeli, merupakan idea yang baik, menurut majalah XPOSE. Jika anda seorang ekspatriat yang datang dari budaya yang sama sekali berbeza, seperti dari negara Barat, maka adalah kemestian untuk membiasakan diri di tempat kediaman yang anda pilih.

 

  1. Apa yang perlu anda tahu

Walaupun ada banyak hartanah terpilih di Malaysia, terdapat beberapa isu asas untuk anda guna pakai dalam mana-mana negara. Sebagai contoh, sentiasa pastikan anda berurusan dengan pemaju, ejen, atau laman web yang boleh dipercayai. Pada dasarnya, jika tawaran perjanjian seolah-olah terlalu bagus atau terlalu baik untuk menjadi kenyataan, kadang-kadang mungkin juga ia benar. Jadi tidak salah untuk mendapatkan pengesahan pengenalan jika tawaran itu datang dari ejen, sebagai langkah berjaga-jaga.

Satu lagi isu yang anda perlu ambil berat ialah sama ada hartanah bersebelahan adalah untuk pembangunan. Jika anda tidak pasti tentang apa yang akan dibangunkan, maka berhati-hatilah, kerana ia boleh menjadi apa-apa sahaja. Membeli hartanah berdekatan mana-mana kawasan yang tidak mempunyai perancangan pembangunan ibarat seperti anda mengambil risiko seperti berjudi.

 

  1. Mempertimbangkan pembiayaan hartanah

Walaupun ia bukanlah mustahil untuk warga asing mendapatkan pembiayaan hartanah di Malaysia, namun anda perlu memikirkannya dengan sebaik mungkin. Menggunakan duit tabungan untuk pembelian hartanah adalah lebih baik, sama ada anda berminat untuk menetap selama-lamanya, atau anda hanya berniat untuk menggunakan kediaman baru anda sebagai tempat untuk menginap semasa berada di Malaysia. Pada dasarnya, setiap individu mempunyai keperluan dan matlamat masing-masing. Opsyen ini memang sudah tersaji, dengan kadar faedah pinjaman semasa menyebelahi pembeli semenjak sektor hartanah di Asia mula tenang. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan, ini adalah masa yang terbaik dan jika anda mampu. Ia merupakan komitmen yang besar, tetapi tidak semestinya anda semua kena menjadi kaya dahulu baru boleh memiliki hartanah di Malaysia.

Malaysia kaya dengan pelbagai budaya, menawarkan kehidupan masa kini, dan berfungsi sebagai gerbang penghubung dengan negara jiran bersebelahan. Ia adalah sebuah negara pesat membangun, dengan penaiktaraf infrastruktur berterusan, dengan pelaburan yang memberangsangkan, dan peluang pemilikan perumahan untuk penduduk, ekspatriat dan pengembara. Sama ada anda berminat untuk menetap sepenuh masa, atau anda hanya menjadikan syurga anda apabila melancong ke negara ini, pelaburan dalam hartanah adalah satu idea yang baik untuk tahun 2016.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *