Wiko Kini di Malaysia | Wiko adalah satu jenama telefon pintar yang sudah pun berusia 5 tahun dan berasal dari Marseille Perancis. Kini Wiko mengembangkan sayap mereka dengan memasuki pasaran Asia dan pasaran Malaysia adalah salah satu destinasi mereka. Mungkin tagline mereka, “Game changer.” akan membawa kelainan yang di cari oleh pengguna telefon pintar di Malaysia.

Kenapa dinamakan Wiko?
Pada mula NaZ dengar nama Wiko dah terbayang tanah besar China. Maklum la sekarang telefon pintar banyak datang dari sana. Tapi bila dah buat siasatan rupanya satu jenama dari Perancis. Wiko adalah singkatan dari “We & The Community” dan dipermudahkan dengan ejaan “Wiko”.

Satu jenama yang akan bersaing dengan jenama besar dalam industri telefon pintar. Menawarkan telefon pintar pada harga bajet tapi dengan spesifikasi yang baik / tinggi. Membawakan atau memperkenalkan teknologi terkini kepada pengguna mereka.

Telefon pintar Wiko di Malaysia
Buat masa ini Wiko hanya memperkenalkan model atau koleksi terhad buat pasaran Malaysia. Wiko membahagikan telefon pintar mereka kepada 3 klasifikasi iaitu ‘Performance & Design’, ‘Useful & Trendy’ dan ‘Easy & Fun’.
Performance & Design

Useful & Trendy

Easy & Fun

Baru-baru ini NaZ telah diberi peluang untuk membuat review terhadap salah satu telefon pintar Wiko iaitu ‘U Feel‘ atau kalau nak “di Malaysia kan” akan berbunyi ‘Kau Rasa’….hahahaha saja gurau-gurau….. nantikan review tersebut ya!
Apa ada dalam kotak set Wiko U Feel?
Rekaan grafik kotak Wiko ni cukup menarik dengan mainan warna warni. Ini mungkin jadi tarikan kepada golongan muda-mudi. Dalam setiap kotak set Wiko U Feel terdapat…
- 1 x Telefon pintar model U Feel (beserta bateri yang tak boleh dikeluarkan)
- 1 x AC Adapter (2-pin)
- 1 x Mikro USB kabel
- 1 x set kad SIM penyesuai
- 1 x Headset
- 1 x Buku panduan
- 1 x TPU Kelongsong (Cover)
- 1 x pelindung skrin

Harga pasaran untuk Wiko U Feel ini adalah RM699 dan boleh didapati di Flagship Store mereka di:-
- Kuala Lumpur – Plaza Low Yat
- Pulau Pinang – Kompleks Megamall
- Johor – Plaza Angsana & U Mall
Ok setakat ini dulu dan nantikan review dari NaZ tak lama lagi….
Untuk maklumat lanjut tentang Wiko, sila ke:
Laman Web: http://my-en.wikomobile.com/
Facebook: https://www.facebook.com/wikomy/
Instagram: https://www.instagram.com/wikomobilemy/