Family Friendly di TGV Cinemas

Family Friendly

Family Friendly di TGV Cinemas | Baru-baru ini TGV Cinemas telah menjemput NaZ sekeluarga ke Chill*X TGV Cinemas 1 Utama. Jemputan ini adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada para tetamu tentang konsep terbaru mereka iaitu ‘Family Friendly’ atau ‘Mesra Keluarga’.

Family Friendly Invitation
Best dapat couple seat…..
Family Friendly Expanding
Konsep Family Friendly kini diperluaskan…

Apa itu konsep Family Friendly?

Konsep “Family Friendly” ini adalah bagi ibu bapa yang ingin berkongsi minat mereka tentang menonton filem serta memperkenalkan dunia pawagam kepada anak-anak mereka, di pawagam mesra kanak-kanak TGV Cinemas. Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, justeru itu pihak TGV Cinemas kini meluaskan lagi konsep ini ke 10 cawangan mereka di Lembah Klang.

amily Friendly-2 Locations
10 lagi lokasi Family Friendly…

Kebiasaannya ibu bapa tidak akan membawa anak-anak ke pawagam kerana risau anak-anak mereka akan menggangu pengunjung pawagam yang lain. Dengan pemasalahan ini, timbul idea bernas untuk pihak TGV Cinemas memperkenalkan konsep Family Friendly, yang menawarkan persekitaran yang kondusif kepada anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak bebas bergerak sekitar dewan tanpa halangan dan ibu bapa tidak perlu risau semasa menonton filem.

Konsep ini datang dengan pelbagai pembaharuan kepada dunia pawagam yang mana lampu dewan akan dinyalakan sepanjang tayangan dan audio suara akan diperlahankan sedikit bagi keselesaan anak-anak. Tempat penyalinan lampin juga disediakan di dalam dewan bagi memudahkan ibu bapa supaya tidak perlu keluar dari dewan. Di pawagam Family Friendly ini kanak-kanak bebas bergerak ke  mana sahaja di dalam dewan, atau bermain, atau bertanya soalan, atau buat apa sahaja yang mereka terfikir…. mungkin juga akan dapat kawan baru di sini.

Sesi ini adalah peluang yang terbaik bagi ibu bapa untuk meluangkan masa hujung minggu mereka bersama anak-anak dengan menonton wayang. Pelbagai pilihan tayangan dari filem blockbuster hingga ke cerita klasik kanak-kanak disediakan, ujar Celesta Koay, selaku Ketua Perkhidmatan Pemasaran.

 

Di mana pawagam Family Friendly?

Bermula 2 Julai 2016, pawagam mesra kanak-kanak ini akan ditambah di TGV Cinemas Kepong, Mines, Cheras Sentral, 1 Shamelin, Suria KLCC, Sunway Putra, Wangsa Walk Mall, Setia Walk dan Bukit Tinggi.

Selain cawagan tambaha di atas, ibu bapa boleh juga ke TGV Cinemas Encorp Strand Mall, Jaya Shopping Mall, Cheras Selatan, Sunway Pyramid, AEON AU2 Setiawangsa, AEON Bukit Raja, Aeon Rawang, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Kulaijaya, Mesra Mall, AEON Seremban 2, AEON Kepong dan D’pulze.

 

Berapa harga tiket Family Friendly?

Harga tiket sangat berpatutan, RM10/tiket bagi dewasa dan RM5/tiket untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma.

Tickets Price-Family Friendly
Harga yang sungguh menarik bagi seisi keluarga…

Tiket-tiket boleh dibeli melalui laman web TGV Cinema www.tgv.com.my atau terus beli di kaunter TGV Cinemas yang terpilih.

 

Pelancaran Family Friendly

Bagi meraikan sambutan ini, pihak TGV Cinemas telah berkolobrasi dengan pihak Twentieth Century Fox dengan menganjurkan Ice Age: Collision Course Premiere Party. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti face painting, photo booth, permainan kuiz dan lain-lain lagi sebelum tayangan perdana Ice Age: Collision Course ditayangkan.

DD at ChillX
Dania & Daris tiba di Premiere Party
Ice Age - Collision Course
Bersedia untuk mengikuti pengembaraan Ice Age di Chill*X
Games and activities
Antara aktiviti yang dijalankan untuk kanak-kanak…
Goodies from Family Friendly
Terima kasih TGV Cinemas untuk goodies ini…

Matlamat TGV Cinemas adalah senantiasa membuatkan pelangan gembira dengan memahami keperluan mereka serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *