Rempah Ratus Adunan Khas di Batu Pahat | Batu Pahat sudah terkenal dengan hidangan-hidangan enak seperti Mee Racun, Asam Pedas, Nasi Briyani dan lain-lain lagi. Keenakan itu mungkin disebabkan resepi rahsia ditambah pula rempah ratus yang special, mungkin.

Kali ini Naz ke Batu Pahat sebab bekerja dan kebetulan Bos Mcaole datang menjenguk Naz….sebab dia buat QC test kat budak-budak promoter. Bos Mcaole memang kaki menyakat. Lebih kurang jam 1 tengahari Bos Mcaole ajak makan asam pedas, ia bagai pucuk di cita ulam mendatang, apabila saya turutkan. Tetapi sebelum pergi makan Bos Mcaole nak singgah di kedai rempah ratus untuk membeli stok buat masakan hari raya nanti.
Pasar Awam Batu Pahat
Tak perasan melalui jalan apa tadi tapi kedai yang sepatutnya dituju tak buka pula hari Sabtu. Jadi kami menghala ke Pasar Awam Batu Pahat ke kedai Abdul Aziz bin Daud yang terletak di kedai nombor 12.

Kedai No 12 Pasar Awam Batu Pahat
Yang menariknya ialah rempah yang kita mahukan diadun atau dicampurkan dengan beberapa jenis rempah seperti serbuk buah keras, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, ibu briyani dan lain-lain lagi.


Nah Naz belanja skit macam mana Uncle ni hasilkan rempah-rempah tersebut….
Naz ikut apa yang Bos Mcaole order iaitu rempah Sup, rempah Soto, rempah Briyani dan rempah Bistik. Lihat macam mana Uncle ni mengadun rempah yang di order.

Harga amat berpatutan… untuk 500 gram rempah tersebut harganya antara RM9 hingga RM15 bergantung kepada jenis rempah yang dikehendaki.

Jadi bagi sesiapa yang nak membeli boleh lah ke Pasar Awam Batu Pahat dan pergi ke kedai nombor 12 untuk mendapatkan rempah ratus yang special ni.