Nostalgia Ramadhan di Restoran Kites Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Nostalgia Ramadhan

Nostalgia Ramadhan di Restoran Kites Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie |  Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie menyambut semangat muhibah dengan menawarkan pengalaman yang unik buat pengunjung sempena bulan Ramadhan ini. Restoran Kites akan menyajikan sajian autentik tempatan dan hidangan khas dari negeri di Malaysia sepanjang Ramadhan ini.

Restoran Kites Holiday Inn KL

Menu menarik telah disediakan oleh Chef Rahim, yang mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang hospitaliti dan katering. Restoran Kites akan menawarkan hidangan bufet yang terdiri dari sajian autentik tempatan yang disedaikan di gerai-gerai yang mengimbau kenangan silam. Terdapat 22 gerai yang akan menyajikan hidangan seperti Nasi Arab dengan kambing, pelbagai ikan bakar, Mamak corner, Satay, hidangan BBQ, Mongolian Teppan dan bermacam-macam lagi.

Arabic Stall
Stall Arab yang menyajikan nasi arab dan kambing
Sup Gearbox Stall
Stall Sup Gearbox
Sup Gearbox
Gearbox yang dipamerkan
Satay stall
Stall satay memang antara yang menjadi tumpuan…
Pulut Kuning stall
Stall Pulut Kuning pun ada…

Selain dari itu, tahun ini Restoran Kites akan memperkenalkan hidangan yang terkenal yang diminati oleh Allahyarham Sudirman dan Allahyarham P.Ramlee seperti Gulai Ikan Patin Tempoyak, Kurma Kambing, Sambal Hitam, Gulai Siput Sedut, Sup Gearbox, Puyuh Goreng, Sambal Belacan….kalau nak tahu ada apa lagi, harus lah ke Restoran Kites di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie.

Sudirman's Favourite
Menyajikan hidangan kegemaran Allahyarham Sudirman
P Ramlee's Favourite
Tak ketinggalan masakan kegemaran Allahyarham P. Ramlee
Chef The Kites Restaurant
Chef-Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu Nostalgia Ramadhan Holiday Inn KL Glenmarie

Untuk tempahan ‘Early Bird’, Holiday Inn menawarkan harga promosi iaitu RM95 net. Harga pada hari berikutnya adalah seperti di bawah:

Hari Pertama hingga ke-7 Ramadhan

Dewasa                                   :  RM115 net

Warga Emas/Kanak-Kanak    :  RM  85 net

 

Kari Ke-8 ke atas

Dewasa                                   :  RM125 net

Warga Emas/Kanak-Kanak    :  RM  95 net

 

4 Julai Cuti Am Nuzul Al Quran dan Hari Ahad

Dewasa                                   :  RM115 net

Warga Emas/Kanak-Kanak    :  RM   85 net

 

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi nombor +603 7802 5245 atau boleh emel ke Ramadhan@holidayinnkl.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *