Diperkaya dengan ekstrak botani mesra alam dari pantai Mediterraneandandiuji dan terbukti secara dermatologi
Manjakan Diri dengan Kenikmatan Harian Rangkaian Mandian dan Penjagaan Badan Guardian Les Tentations Méditerranéennes Baru | Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan rangkaian mandian dan penjagaan badan Les Tentations Méditerranéennes di The Canvas Damansara Perdana, telah berlansung majlis bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap produk premium mampu milik yang memberi rahsia kecantikan Mediterranean kepada semua, di sebuah majlis yang bertemakan Mediterranean dengan penuh kemeriahan.
Alami budaya dan amalan kecantikan Mediterranean dengan rangkaian mandian dan penjagaan badan Les Tentations Méditerranéennes terbaru daripada Guardian untuk kecantikan harian yang mewah dan mampu milik.
Negara-negara Mediterranean terkenal dengan kecantikan penduduknya – kulit cerah, rambut yang lebat dan wajah penuh sihat berseri-seri yang dikaitkan dengan kemantapan amalan kecantikan dimanfaatkan daripada pelbagai rahsia kecantikan semulajadi botani di sana.
Diperkaya dengan ekstrak botani yang terbukti dari kepulauan Mediterranean, rangkaian ini terdiri daripadakrim mandian, skrub badan, losyen badan, krim badan dan krim tangan boleh didapati dalam tiga variasi iaitu Rose Water, Grape Seed Oil dan Mimosa Water. Rangkaian ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti parabens, sabun dan lanolin serta telah diuji dan terbukti secara dermatologi.
Rangkaian mandian dan penjagaan badan Les Tentations Méditerranéennes amat sesuai untuk lapisan haruman bermula dengan krim mandian untuk membersih, diikuti skrub badan untuk pengelupasan dan seterusnya produk badan untuk mengekalkan kelembapan, memanjangkan manfaat kepada kulit dan mengekalkan haruman lebih lama dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Variasi Rose Water untuk Memutihkan dan Melembapkan Kulit
Menampilkan Alpine Apple dari Itali, Pink Rockrose dari Greece dan Rose Water dari Perancis, variasi ini baik untuk memutih dan melembapkan kulit kerana Rose Water Perancis merupakan emolien terbaik untuk melembap dan menjaga kulit yang matang dan kering, Alpine Apple Itali mengandungi asid lemak oleik dan linoleik bagi melembap, menyubur dan menyegarkan kulit dengan berkesan manakala Pink Rockrose Greece membantu mencerahkan kulit.
Gabungan haruman Rose, Mimosa dan Sandalwood memberikan kepuasan eksotik Mediterranean untuk kehalusan kulit anda.
Rose Water
Variasi Grape Seed Oil untuk Antipenuaan dan Pemulihan Kulit
Dengan Barli Malt dari Perancis, Sweet Violet dari Albania dan Mediterranean Grape Seed Oil dengan pengesahan eko, variasi ini mempunyai ciri-ciri antipenuaan dengan kandungan antioksidan yang tinggi iaitu Resveratrol, yang ditemui di dalam grape seed oil. Resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan luaran dan melambatkan proses penuaan. Malt Barli Perancis juga kaya dengan antioksidan dan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pada masa yang sama menyuburkan kulit. Menambahkan lagi manfaat perlindungan adalah Sweet Violet Albania untuk melembap, menyucikan dan meremajakan kulit.
Digabungkan dengan haruman Cassis, Woody dan Vanilla segar dapat memberikan kepuasan eksotik Mediterranean untuk kehalusan kulit anda.
Grape Oil Seed
Variasi Mimosa Water untuk Menyegarkan dan Melembapkan Kulit
Dengan Saffron dari Perancis, Licorice dari Sepanyol dan Air Mimosa dengan pengesahan eko dari Perancis,variasi ini mengandungi antioksidan untuk meyegarkan kulit. Air Mimosa Perancis di dalam variasi ini telah digunakan berabad lamanya kerana sifatnya yang menyegarkan dan membantu memperbaiki kulit. Saffron Perancis, rempah paling mahal di dunia, kaya dengan flavonoid. Ia juga menambahkan keserian kulit dan membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan manakala Licorice Sepanyol telah digunakan sejak turun-temurun untuk mencerah, menenang, melegakan dan menyegarkan kulit.
Gabungan haruman menyegarkan Bergamot, Magnolia dan Freesia dapat memberikan kepuasan eksotik Mediterranean untuk kehalusan kulit anda.
Mimosa Water
Menurut Cik Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau di The Dairy Farm Company Limited, “Pengguna kini lebih bijak dan berpengetahuan. Mereka sedar bahawa harga bukan penanda kualiti. Kami berbesar hati dapat memperkenal rangkaian mandian dan penjagaan badanLes Tentations Méditerranéennes bagi memenuhi permintaan mereka terhadap produk kecantikan premium yang diperkaya dengan ekstrak botani semulajadi dan mampu milik serta telah diuji dan terbukti secara dermatologi. Kecantikan dan kemewahan kini boleh dimiliki sesiapa sahaja.”
Cik Elyse Lee, Pengurus Kanan Serantau, The Dairy Farm Company
Demo pemakaian Les Tentations Mediterraneennes
Di majlis ini juga, pelbagai acara telah di atur bagi para media dan hadirin seperti permainan Charade, Heads Up dan juga pakaian tema terbaik.
Permainan Charade… teka jangan tak teka
Pakaian terbaik mengikut tema…
Bagi meraikan pelancaran rangkaian mandian dan penjagaan badanLes Tentations Méditerranéennes, Guardian akan menganjurkan peraduan ‘Greece Getaway’ dengan hadiah utama tiket penerbangan untuk dua orang ke Greece, bernilai lebih daripada RM10,000! Di samping itu, terdapat 20 hadiah sagu hati berupa baucar RM100 Guardian untuk dimenangi. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah, pengguna hanya perlu membeli mana-mana produk daripada rangkaian mandian dan penjagaan badan Les Tentations Méditerranéennes dan layariwww.greecegetaway.com.my. Peraduan bermula dari 27 Mei dan berakhir pada 31 Julai 2015.
Peraduan “Greece Get Away”
Harga dan Lokasi Jualan
Les Tentations Méditerranéennes boleh didapati di seluruh negara di semua kedai Guardian dan e-kedai Guardian dihttps://online.guardian.com.my.
Krim Mandian 470ml pada harga RM10.90, Skrub Badan 200g pada harga RM19.90, Losyen Badan 300ml pada harga RM19.90, Krim Badan 250ml pada harga RM19.90, Krim Tangan 65ml pada harga RM10.90 dan Set Hadiah penjagaan Badan (Krim Mandian 60ml, Skrub Badan 50g dan Losyen Badan 60ml) pada harga RM18.90.