vivo Lancarkan X5Pro di Malaysia

vivo Grand Launch Logo

vivo Lancarkan X5Pro di Malaysia  |  vivo merupakan jenama telefon bimbit terkemuka di China telah melancarkan model telefon pintar terbaru mereka, vivo X5pro yang juga di kenali dengan “Touched by Beauty” di Malaysia pada 25 Jun 2015 bertempat di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur.

X5Pro- vivo Grand Launch Malaysia 2015
Jemputan e-Digital ke vivo Grand Launch Malaysia 2015 [ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]

Acara tersebut telah dilancarkan oleh Mr. Alex Feng (Naib Presiden vivo Global) dan Mr. Lewis Zeng (CEO vivo Malaysia) dengan penuh gilang gemilang yang di hadiri lebih dari 1,500 jemputan yang terdiri dari selebriti, para media cetak dan elektronik, wakil pengedar dan juga peminat-peminat vivo.

02 Alex Feng
Mr. Alex Feng, Naib Presiden vivo Global, mengalu-alukan kedatangan hadirin sekalian ke acara vivo terbesar di Malaysia.

Ini merupakan acara terbesar vivo di Malaysia dan menunjukkan komitmen vivo untuk memperluaskan lagi pasaran mereka di sini.

01 vivo stage
vivo X5Pro akan dilancarkan…..

Setelah berjaya melancarkan telefon pintar vivo pertama pada 2012 iaitu vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berjaya memecahkan rekod telefon pintar yang ternipis di dunia tetapi juga dari segi kualiti bunyi Hi-Fi nya. Dengan moto “Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, vivo terus menghasilkan telefon pintar dengan skrin 2k vivoXplay3S pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula menghasilkan aperture F1.6 besar dan optic penstabilan imej Xshot. Kini pada tahun 2015, vivo mempersembahkan vivo X5Pro yang juga dikenali dengan “Touched by Beauty”!

20 X5Pro
vivo X5pro juga di kenali dengan “Touched by Beauty” [ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]

Setelah berjaya melancarkan telefon pintar vivo pertama pada 2012 iaitu vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berjaya memecahkan rekod telefon pintar yang ternipis di dunia tetapi juga dari segi kualiti bunyi Hi-Fi nya. Dengan moto “Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, vivo terus menghasilkan telefon pintar dengan skrin 2k vivoXplay3S pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula menghasilkan aperture F1.6 besar dan optic penstabilan imej Xshot. Kini pada tahun 2015, vivo mempersembahkan vivo X5Pro yang juga dikenali dengan “Touched by Beauty”!

Keistimewaan vivo X5Pro

X5Pro ini diilhamkan oleh alam semulajadi, permukaan telefon yang menyerupai setitik air, kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dengan kemasan yang menakjubkan, semua ini dikompakkan ke dalam badan yang hanya berketebalan 6.44 mm.

07 Beauty Curve Frame
Rekacipta yang diilhamkan dari alam semulajadi…sungguh menarik

Fungsi-fungsi utama yang menarik perhatian Naz adalah:-

24 Smart Wake
Fungsi Smart Wake 2.0 [ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]

Smart Wake 2.0 – fungsi ini membolehkan pemilik mengawal telefon pintar ini dengan isyarat tangan. Pemilik juga boleh membuat ‘pattern’ tersendiri untuk menghidupkan applikasi kamera, media atau lain-lain applikasi.

20 PDAF features
Fungsi PDAF yang menjadikan gambar yang bergerak mudah di ambil. [ foto kredit lama sesawang vivo dot my ]

PDAF (Phase-detection Auto Focus) – fungsi yang menyerupai mata manusia yang dapat memfokus dengan lebih cepat, dan imej lebih jelas untuk diambil. Di tambah pula ‘flash’ berkelajuan tinggi dan ini membuatkan vivo mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas.

21 Smart Beauty Mode
Fungsi Smart Beauty Mode dapat mengenalpasti antara lelaki dan wanita. [ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]

Smart Beauty Mode – dapat mengenal pasti jantina serta individu melalui gaya tersendiri, secara automatik.

23 Classic Hi-Fi
Sistem bunyi Hi-Fi yang sungguh dinamik [ foto kredit laman sesewang vivo dot my ]

Standard Hi-Fi – dikuasakan dengan cip AKM4375 dan gabungan pengalam vivo telah menghasilkan bunyi Hi-Fi yang terbaik.

Spesifikasi vivo X5Pro

25 Basic Parameters X5Pro
Spesifikasi yang setanding dengan jenama besar…
[ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]

Dengan spesifikasi yang mantap ini, vivo X5Pro diperkenalkan pada harga RM1,599 (RRP)… memang harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jenama besar yang mempunyai spesifikasi yang sama. Sungguh berbaloi untuk dimiliki!

09 vivo price
RM1,599 harga yang sungguh berbaloi

Sebaik sahaja pelancaran selesai, semua VIP dan duta vivo bergambar di atas pentas…

10 vivo vvip
VIP vivo dan selebriti undangan vivo

Majlis tak terhenti setakat di situ sahaja, pentas pelancaran telah terbuka dan kami dijemput untuk ke Hall bersebelahan bagi mencuba sendiri set vivo X5Pro…

11 X5Pro Showcase area
X5Pro demo set untuk di cuba oleh para hadirin

Naz tak lepaskan peluang untuk membelek dan mencuba set vivo X5Pro….apa yang boleh Naz simpulkan “Terbaek Sungguh”!

14 vivo X5Pro Phone
vivo X5Pro sungguh ringan dan nipis
13 FunTouchOS
Dikuasakan dengan Funtouch OS Based pada Android 5.0 Lollipop

Untuk maklumat lanjut tentang vivo X5Pro, anda boleh layari http://www.vivo.my/x5pro-details

Naz sempat juga mengambil gambar hadiah cabutan bertuah vivo X5pro dalam casing khas…

12 Lucky Draw Prize
Casing khas yang menempatkan vivo X5pro buat pemenang cabutan bertuah
12 Lucky Draw Prize2
Intai sikit apa ada di dalam….

Bagi yang masih tercari-cari telefon pintar apa yang harus di beli, Naz rekomenkan anda untuk beli vivo X5Pro ini… sungguh nipis, padat spesifikasi menarik, dikuasakan applikasi hebat pada harga yang berpatutan.

03 vivo brand means
“vivo” berasal dari istilah Latin Kuno, yang pada asalnya digunakan oleh orang Rom semasa memberi sorakan kepada Caesar, Ottawa, Victoria serta tokoh-tokoh lain sezaman. Dengan aliran masa, istilah “vivo” digunakan untuk mengambarkan kekaguman terhadap karya-karya terkemuka, dan menjadi sejenis ekspresi untuk menggambarkan hasil seni yang luar biasa. Kini, “vivo” merujuk kepada golongan muda serta bertenaga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *