vivo Lancarkan X5Pro di Malaysia | vivo merupakan jenama telefon bimbit terkemuka di China telah melancarkan model telefon pintar terbaru mereka, vivo X5pro yang juga di kenali dengan “Touched by Beauty” di Malaysia pada 25 Jun 2015 bertempat di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur.

Acara tersebut telah dilancarkan oleh Mr. Alex Feng (Naib Presiden vivo Global) dan Mr. Lewis Zeng (CEO vivo Malaysia) dengan penuh gilang gemilang yang di hadiri lebih dari 1,500 jemputan yang terdiri dari selebriti, para media cetak dan elektronik, wakil pengedar dan juga peminat-peminat vivo.

Ini merupakan acara terbesar vivo di Malaysia dan menunjukkan komitmen vivo untuk memperluaskan lagi pasaran mereka di sini.

Setelah berjaya melancarkan telefon pintar vivo pertama pada 2012 iaitu vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berjaya memecahkan rekod telefon pintar yang ternipis di dunia tetapi juga dari segi kualiti bunyi Hi-Fi nya. Dengan moto “Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, vivo terus menghasilkan telefon pintar dengan skrin 2k vivoXplay3S pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula menghasilkan aperture F1.6 besar dan optic penstabilan imej Xshot. Kini pada tahun 2015, vivo mempersembahkan vivo X5Pro yang juga dikenali dengan “Touched by Beauty”!

Setelah berjaya melancarkan telefon pintar vivo pertama pada 2012 iaitu vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berjaya memecahkan rekod telefon pintar yang ternipis di dunia tetapi juga dari segi kualiti bunyi Hi-Fi nya. Dengan moto “Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, vivo terus menghasilkan telefon pintar dengan skrin 2k vivoXplay3S pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula menghasilkan aperture F1.6 besar dan optic penstabilan imej Xshot. Kini pada tahun 2015, vivo mempersembahkan vivo X5Pro yang juga dikenali dengan “Touched by Beauty”!
Keistimewaan vivo X5Pro
X5Pro ini diilhamkan oleh alam semulajadi, permukaan telefon yang menyerupai setitik air, kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dengan kemasan yang menakjubkan, semua ini dikompakkan ke dalam badan yang hanya berketebalan 6.44 mm.

Fungsi-fungsi utama yang menarik perhatian Naz adalah:-

Smart Wake 2.0 – fungsi ini membolehkan pemilik mengawal telefon pintar ini dengan isyarat tangan. Pemilik juga boleh membuat ‘pattern’ tersendiri untuk menghidupkan applikasi kamera, media atau lain-lain applikasi.

PDAF (Phase-detection Auto Focus) – fungsi yang menyerupai mata manusia yang dapat memfokus dengan lebih cepat, dan imej lebih jelas untuk diambil. Di tambah pula ‘flash’ berkelajuan tinggi dan ini membuatkan vivo mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas.

Smart Beauty Mode – dapat mengenal pasti jantina serta individu melalui gaya tersendiri, secara automatik.

Standard Hi-Fi – dikuasakan dengan cip AKM4375 dan gabungan pengalam vivo telah menghasilkan bunyi Hi-Fi yang terbaik.
Spesifikasi vivo X5Pro

[ foto kredit laman sesawang vivo dot my ]
Dengan spesifikasi yang mantap ini, vivo X5Pro diperkenalkan pada harga RM1,599 (RRP)… memang harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jenama besar yang mempunyai spesifikasi yang sama. Sungguh berbaloi untuk dimiliki!

Sebaik sahaja pelancaran selesai, semua VIP dan duta vivo bergambar di atas pentas…

Majlis tak terhenti setakat di situ sahaja, pentas pelancaran telah terbuka dan kami dijemput untuk ke Hall bersebelahan bagi mencuba sendiri set vivo X5Pro…

Naz tak lepaskan peluang untuk membelek dan mencuba set vivo X5Pro….apa yang boleh Naz simpulkan “Terbaek Sungguh”!


Untuk maklumat lanjut tentang vivo X5Pro, anda boleh layari http://www.vivo.my/x5pro-details
Naz sempat juga mengambil gambar hadiah cabutan bertuah vivo X5pro dalam casing khas…


Bagi yang masih tercari-cari telefon pintar apa yang harus di beli, Naz rekomenkan anda untuk beli vivo X5Pro ini… sungguh nipis, padat spesifikasi menarik, dikuasakan applikasi hebat pada harga yang berpatutan.
