Luahan Kasih Julie’s

Luahan Kasih Julie's Promo

Keberkatan Bersama Anak-Anak Yatim & Kembalikan Nostalgia

Luahan Kasih Julie’s  |  Mengambil keberkatan Ramadan ini, Julie’s meluahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim dan sekali gus mengembalikan nostalgia mengutus kad sebagai pengganti diri kepada insan tersayang. Julie’s mahu menggalakkan hubungan persaudaraan dan berkongsi kasih sayang sesama insan tanpa mengira kaum dan agama.

GIII - Julie's Raya Poskad
Utusan poskad untuk Salam Aidilfitri kian dilupakan, dan kini Julie’s mengembalikan nostalgia ini….

Kempen Titipkan Luahan Kasih Anda

Dengan itu juga Julie’s mengambil keputusan untuk melancarkan kempen Titipkan Luahan Kasih Anda dan menggalakkan orang ramai untuk kembalikan nostalgia menulis kad sebagai pengganti diri dan mengirimkannya kepada insan tersayang. Lebih istimewa, Julie’s sendiri akan menghantarkan kad-kad tersebut kepada alamat yang disertakan. Peti surat disediakan untuk kemudahan orang ramai mengirimkan kad-kad ucapan. Kad pula diberikan secara percuma di pasaraya berdekatan yang mangambil bahagian.

Benny Chia berucap
En. Benny Chia selaku Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits menyampaikan ucapan beliau…
Melancarkan Titipan Luahan Kasih Anda
En. Benny Chia dan Puan Rigel Oye bersama melancarkan kempen Titipkan Luahan Kasih Anda

“Hari ini Julie’s mengambil langkah menghulurkan salam persaudaraan dan ingin mengajak semua untuk berkasih sayang dengan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena Ramadan 2015. Anak-anak yatim dijemput sebagai tetamu utama dan lebih meriah dengan kehadiran pihak media dan blogger. Kempen ini bertujuan untuk mengalakkan semua orang untuk menyentuh hati setiap insan disayangi dengan secara langsung, bukan lagi berbentuk alam maya tetapi dengan menulis kad untuk meluahkan perasaan mereka terhadap keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang khas sempena Hari Raya,” ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits.

Adik-adik titipkan ucapan pada kad
Adik-adik ini bersungguh-sungguh menulis ucapan Salam Aidilfitri buat keluarga dan rakan-rakan
Mengirim poskad
Sesudah siap menulis ucapan, kini hanya perlu memasukkan kedalam peti surat khas ini…
Miriam sungguh kusyuk menulis poskad
Bukan setakat adik-adik aje yang sibuk, nie kakak Miriam pun tengah kusyuk menulis kad ucapan kepada yang tersayang…

Julie’s Raikan Anak-Anak Yatim

Lebih 60 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa’ dan Asrama Darul Falah Perkim diundang untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Julie’s dan media/blogger. Huluran Titipkan Luahan Kasih Anda ini seboleh-bolehnya bukan hanya kepada orang tersayang yang kita kenali seumur hidup tetapi juga kepada mereka yang memerlukan.

Anak-anak Yatim
Adik-adik ini diraikan oleh Julie’s dengan pelbagai aktiviti sempena Iftar Ramadhan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara Kuala Lumpur

Beliau menambah, “Kami mahu memulakan kempen sebegini dengan menggalakkan orang ramai untuk menyertai. Jadi apa salahnya kami sebagai penganjur ingin memulakannya terlebih dahulu dengan huluran kasih kami kepada anak-anak yatim ini.”

Menulis poskad sambil menjamu selera dengan biskut belanda Julie's
Menulis poskad sambil menjamu selera dengan biskut belanda Julie’s

Bagi Julie’s perkongsian kasih sayang perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebagai yang dewasa perlulah kita menjadi contoh dan tidak lokek untuk berkongsi rasa cinta dan mengambil berat mengenai anak-anak ini.

Sumbangan Julie's kepada Asrama Darul Falah Perkim
Sumbangan Julie’s kepada Asrama Darul Falah Perkim
Sumbangan Julie's kepada Rumah Anak Yatim Shifa’
Sumbangan Julie’s kepada Rumah Anak Yatim Shifa’

“Apa lebih istimewa Julie’s bukan sahaja mengambil keberkatan dengan berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim tetapi akan juga berkunjung ke masjid-masjid dan mengedarkan kad-kad yang disediakan kami. Malah akan disediakan peti surat untuk kami membantu mengeposkan kad-kad tersebut,” kata Encik Benny Chia.

G4-Love Letters chocolate Hari Raya 3D_1
Love Letters chocolate Hari Raya
G5-Love Letters Strawberry Hari Raya 3D_1
Love Letters Strawberry Hari Raya

Bertepatan dengan tujuan kami mencipta biskut Julie’s Love Letter’s, silaturrahim mahu dieratkan dengan pihak Julie’s mengedarkan biskut ini kepada ahli masjid yang ada. Untuk pengetahuan umum, biskut Julie’s telahpun berada di pasaran berdekatan.

Foto Berkumpulan
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi berkumpulan…

2 thoughts on “Luahan Kasih Julie’s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *