Me’nate Steak Hub Ramadhan Special

009 Me'nate Steak Hub - Ramadhan Special

Petang 15 Jun yang lalu, Naz berpeluang menikmati hidangan berasaskan daging melalui satu majlis ‘Ramadhan Preview’ yang dianjurkan oleh restoran steak terkenal ibu negara, Me’nate Steak Hub. Bertempat di cawangan terbaru mereka terletak di Starpac Point, Setapak (berhadapan KL Festival) untuk memperkenalkan juadah berbuka puasa sempena Ramadhan yang bakal menjelma.

032 Me'nate Steak hub Setapak
Me’nate Steak Hub, cawangan Starparc Point, Setapak Kuala Lumpur

Review Ramadhan Special Me’nate Steak Hub

Jam 6.30 petang kelihatan rakan blogger dan media tiba untuk sesi ‘preview’ tersebut. Setibanya di situ kami telah di hidangkan dengan makanan ringan terlebih dahulu sementara menunggu rakan-rakan lain tiba.

011 Muka-muka Blogger Lapar
Sebahagian rakan-rakan blogger yang tiba awal di Me’nate Steak Hub
010 Lite Snack
Hidangan ringan sementara menanti acara makan besar…

Seperti biasa, tanpa membuang masa kami sudah mula mem paparazi kan apa yang ada di Restoran Me’nate Steak Hub ini. Tempat yang luas dan susun atur meja yang baik amat selesa bagi pengunjung. Tandas yang bersih dan kemudahan surau juga disediakan buat pengunjung.

Restoran Me'nate Steak Hub
Me’nate Steak Hub cawangan ini mempunyai dua tingkat ruang makan
Restoran Me'nate Steak Hub Susun Atur Yang Kemas
Ruang yang luas dengan susun atur meja yang kemas
003 Me'nate Steak Hub Meat Section
Ruang dalam yang menempatkan freezer untuk daging-daging yang bermutu tinggi
Me'nate Steak Hub - Toilet
Tandas yang bersih
008 Me'nate Steak Hub - Surau
Mempunyai surau ditingkat atas bagi kemudahan menunaikan solat

Master Butcher Chef juga merupakan pengasas Me’nate Steak Hub, En. Mustaffa Othman, begitu bersemangat menerangkan apa yang ada di restoran beliau. Beliau telah berkongsi bahagian-bahagian daging yang ada pada seekor lembu, yang mana selama ini Naz tak pernah pun tahu nama-nama bahagian tersebut. Begitu juga dengan jenis-jenis daging yang ada dari harga RM100+ hingga ke RM1,000+ sekeping….itu semua bergantung kepada jenis dan kualiti daging tersebut.

Master Butcher Chef
Master Butcher Chef, juga pengasas Me’nate Steak Hub…En. Mustaffa Othman
Bahagian-bahagian daging pada seekor lembu
Bahagian-bahagian daging pada seekor lembu
[ foto kredit : Me’nate facebook ]
004 Me'nate Steak Hub - Angus Ribeye
Ini daging Angus Ribeye…harganya antara RM55 ke RM85
006 Me'nate Steak Hub - ROAST Lamb SHANK
Ini pula Roast Lamb Shank…harganya antara RM40 hingga RM60
007 Me'nate Steak Hub - Lamb Rack
Lamb Rack yang fresh ini berharga antara RM50 hingga RM60
005 Me'nate Steak Hub - Wa'gyu RBE02
Ini adalah Wa’gyu RBE yang berharga antara RM100 hingga RM300 sekeping
004 Me'nate Steak Hub - Wa'gyu Beef
Yang ini merupakan antara daging yang termahal iaitu Wa’gyu Beef yang harganya menjangkau RM1,000 lebih sekeping. [ foto kredit : Ayuarjuna Blogspot ]

Pakej Ramadhan Special

Pada majlis tersebut, telah diperkenalkan 4 jenis pakej (Kumpulan Steak – min 2 orang) dan 2 pakej lagi bagi kumpulan 4 hingga 6 orang. Mari kita lihat apa yang disajikan sempena bulan Ramadan ini:

Me'nate Ramadan Special
Me’nate Ramadan Special…istimewa untuk berbuka puasa
[ foto kredit : Me’nate facebook ]

Set A (RM75/seorang)

026 Set A
– Angus – Beef Ribs – Lamb Ribs / Ranghost – Pasta Olio Aglio – Mix Salad

 

Set B (RM75/seorang)

027 Set B
– Lamb Shank – Lamb Ribs – Lamb Rack / Lion – Lamb Syabu – Pasta Olio Aglio – Mix Salad

 

Set C (RM100/seorang)

028 Set C
Foto sebagai hiasan… – Salmon – Mussel – King Prawn – Scallop / Crab Meat – Pasta Olio Aglio – Mix Salad [ foto kredit : Me’nate Steak Hub ]

Set D (RM150/seorang)

029 Set D
– Wa’gyu Beef – Wa’gyu Beef Ribs – Pasta Olio Aglio – Mix Salad
023 Salad
Mix Salad

Kesemua set ini didatangkan dengan buah kurma, buah-buahan tempatan, nasi briyani / nasi dal / nasi tomato serta air minuman (free flow).

014 Kamera makan dulu
Seperti biasa kamera kenyang dulu…prap, prap, prap

Manakala set hidangan bagi kumpulan 4 hingga 6 orang adalah seperti berikut:

Heavenly Lam (RM300/hidangan)

013 Heavenly Lamb
Heavenly Lamb

 

Heavenly Beef (RM350/hidangan)

024 Heavenly Beef
Heavenly Beef

 

Apa yang Naz boleh kongsi di sini, daging-daging yang disediakan di Me’nate ini adalah daging yang terbaik dan sangat sedap dengan ke’juicy‘an serta lembut untuk dikunyah….tak melekat di celah gigi. Lihat sahaja lah apa yang dihidangkan kepada kami:

015 Master Butcher tunjuk skill
Sungguh laju En. Mustaffa memotong daging kambing ini…maklum la Master Butcher Chef
016 The Meats
Daging yang bermutu tinggi dibakar megikut cara yang anda ingini; – rare, medium rare, medium, medium well, well done
017 More Meats
Ini pula antara bahagian Ribs, dagingnya lekang dari tulang

Pada pengemar daging lembu dan kambing, Naz memang rekomen sungguh untuk mencuba hidangan di Me’nate Steak Hub ini.

021 Wa'gyu Beef
Patut la daging Wa’gyu ni mahal…rasanya yang enak dan lembut, seperti cair di dalam mulut…syahdu!
022 Wa'gyu Beef Rib
Ini merupakan bahagian yang paling Naz suka iaitu Wa’gyu Beef Ribs… délicieux dé merveilleux
031 Chef Butcher & Naz
Selfie cikit dengan En. Mustaffa Othman

Pakej Ramadhan ini ditawarkan sehingga ramadhan terakhir di semua cawangan Me’nate Steak Hub.

Untuk tempahan, sila hubungi 012-9051517 atau 011-12838749.

025 Tulang Belakang Me'nate
Inilah dia nadi pengerak Restoran Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub juga menawarkan kad keahlian (Membership Privilege Card) kepada para pengunjung yang akan menikmati 4 manfaat sebagai ahli iaitu:

030 Membership Me'nate
Membership Privilege Card

Membership Benefits
Antara manfaat-manfaat yang akan dirasai menjadi ahli kad Me’nate [ foto kredit : Me’nate facebook ]
Cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub:

Ampang Jaya Branch

No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,

Taman Shuet Liang,

68000 Ampang Jaya,

Kuala Lumpur

Telefon/Faks: +6 03 4251 3460

 

Wangsa Maju Branch

25 Jalan Delima 12,

Wangsa Link,

Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Telefon: +6 03 4251 3460

 

Setapak Branch

C-01 & C-01-03, Starparc Point,

Jalan Taman Ibukota,

Off Jalan Genting Klang,

53300 Kuala Lumpur

Telefon : +6 03 4131 8121

Faks : +6 03 4131 1611

 

Jangan lupa ikuti Me’nate Steak Hub di media sosial facebook [klik] dan instagram [klik] untuk berita dan tawaran-tawaran terkini mereka. Tak cuba tak tahu, dah cuba lagi mahu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *