TGV Cinemas Tayangkan INDEPENDENCE DAY PERCUMA | Masih ingatkah lagi anda pada filem “Independence Day” lakonan Will Smith, Jeff Goldblum, Bill Pullman and Mary McDonnell? Filem ini ditayangkan sekitar tahun 1996 yang mengisahkan bumi telah diserang oleh makhluk asing. Sekumpulan pejuang dari seluruh dunia bergabung bagi menyelamatkan bumi pada tarikh 4 Julai yang bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Jika ingat-ingat lupa, ini ada berita baik yang dibawakan oleh TGV Cinemas!

Tonton Independence Day PERCUMA!
TGV Cinemas, salah satu peserta pameran dan operator pawagam multipleks yang utama di Malaysia telah berkerjasama dengan Twentieth Century Fox mengajak penonton wayang tegar untuk bersama-sama menentang pencerobohan makhluk asing dalam filem sekuel INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE. TGV Cinemas akan menayangkan filem asal Independence Day (1996) secara PERCUMA! di rangkaian TGV Cinemas terpilih di seluruh negara bermula pada 11, 12, 18 dan 19 Jun 2016.

Tak cukup dengan tayangan PERCUMA!, penonton yang hadir berpeluang memenangi tiket-tiket pratonton filem INDEPENDENCE DAY: RESURGENCE, yang mana pemenang bertuah tersebut akan menjadi antara yang terawal menonton filem tersebut pada 21 Jun 2016, 2 hari sebelum tarikh rasmi tayangan, kata Celeste Koay, Ketua Perkhidmatan Pemasaran TGV Cinemas.

Tarikh & Waktu Tayangan Independence Day PERCUMA!
Bagi yang berminat untuk menonton tayangan filem Independence Day (1996) boleh mendapatkan tiket mereka di kaunter khas pawagam terpilih satu jam sebelum tayangan bermula. Disertakan di sini senarai pawagam, tarikh dan masa tayangan tersebut:

Anda juga boleh merujuk ke laman web TGV Cinemas www.tgv.com.my atau Facebook www.facebook.com/tgvcinemas untuk maklumat pawagam terpilih dan waktu tayangan. Selamat Menonton!
About TGV Cinemas Sdn Bhd

TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV Cinemas) is one of Malaysia’s biggest operators and owners of premier multiplexes. Located in major shopping centres in Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Johor, Terengganu and now in Sarawak, TGV Cinemas has 32 multiplexes with 251 screens and some 42, 828 seats in its fold. TGV Cinemas commits to providing the best cinema experience to moviegoers out there. One of the ways to enhance the cinema going experience is through its exclusive partnership with IMAX Corporation. Currently, there are four Maybank-IMAX theatres in Malaysia, namely in TGV Gurney Paragon, TGV Tebrau, TGV 1 Utama and TGV Sunway Pyramid. In addition, TGV Cinemas also introduced innovative concept dining experience like Chill*X and halls like Beanie and INDULGE, which is their luxury cinema in TGV Cinemas 1 Utama.
More information about the company can be found at www.tgv.com.my. You may also connect with TGV Cinemas on Facebook (www.facebook.com/tgvcinemas), Twitter (www.twitter.com/tgvcinemas) or LINE (@TGV Cinemas).