Me’nate Steak Hub Sajikan Istimewa Ramadan 2016

Me'nate Ramadan Menu 2016-promo

Me’nate Steak Hub Sajikan Istimewa Ramadan 2016 | Setahun telah berlalu dan bulan Ramadan akan menjelang kembali. Dan sekali lagi Naz berkesempatan untuk menghadiri Me’nate Steak Hub ‘Ramadan Preview’ buat kali ke-2.

Me'nate Istimewa Ramadan1

Bertempat di cawangan yang terletak di Starpac Point, Setapak (berhadapan Setapal Central) untuk memperkenalkan juadah berbuka puasa sempena Ramadan 1437H yang bakal menjelma.

Menu baru di Me’nate Steak Hub

Tahun ini Me’nate Steak Hub menyajikan 6 menu baru yang berkonsepkan hidangan berkumpulan selain dari menu yang sedia ada. Lima dari menu tersebut dihidangkan bersama-sama Nasi Me’nate yang disediakan mengunakan beras Basmati istimewa, yang diimport khas. Setiap set hidangan yang disajikan sesuai di makan oleh 4 hingga 6 orang, membuatkan sesuai untuk sekeluarga berbuka bersama-sama.

Jadi apa set-set yang ada untuk anda pesan….

Nasi Me’nate & Short Ribs (Heavenly Beef)

Bagi pemgemar daging rusuk lembu, anda harus memesan set ini untuk santapan berbuka anda. Ketulan daging rusuk yang dimasak dengan baik membuatkan daging tersebut lembut dan senang dimakan. Kata Chef Fazli, semua daging diperap dengan ramuan rahsia menjadikan daging tersebut sedap dimakan begitu sahaja tanpa sos. Set ini berharga RM300.

Nasi Me'nate and Short Ribs
Nasi Me’nate & Short Ribs

 

Nasi Me’nate & Wagyu Spare Ribs (Heavenly Beef)

Seperti mana yang kita tahu, daging Wagyu adalah antara daging yang paling sedap dan mahal. Jadi bagi pengemar tegar daging lembu mesti tidak akan lepaskan peluang untuk memesan set ini. Tidak ada kata-kata yang boleh NAZ ungkapan selain “harus cuba”! Set ini berharga RM400 dan sangat berbaloi dengan harganya.

Nasi Me'nate and Wagyu Spare Ribs
Nasi Me’nate & Wagyu Spare Ribs
Chef Fazli at work
‘Final Touch’ dari Chef Fazli sebelum hidangan dibawa keluar dari dapur Me’nate

 

Nasi Me’nate & Lamb Shoulder (Heavenly Lamb)

Set ini menghidangkan daging kambing pada bahagian bahu. NAZ terkejut bila melihat saiz daging yang disajikan. Memang sangat sangat berbaloi bagi pengemar daging kambing merasainya. Sos daun pudina juga disediakan untuk merangsang lagi deria rasa anda. Set ini berharga RM300.

Nasi Me'nate and Lamb Shoulder
Nasi Me’nate & Lamb Shoulder
Sos Pudina
Sos Pudina

 

Nasi Me’nate & Lamb Shank (Heavenly Lamb)

Kalau rasa Lamb Shoulder tu besar sangat, pilihan lain yang boleh di cuba ialah Lamb Shank atau bahagian kaki. Daging yang sungguh lembut memang memudahkan menikmati dengan penuh kenikmatan dan kepuasan. Set ini berharga RM300.

Nasi Me'nate and Lamb Shank
Nasi Me’nate & Lamb Shank

 

Nasi Me’nate & Grill Chicken (Heavenly Chicken)

Bagi pengemar ayam tidak akan rasa ketinggalan kerana terdapat set ayam gril. Set yang menyajikan seekor ayam yang digril “to perfection” sungguh mengiurkan. Memang ada rasa kelainan pada ayam gril di Me’nate Steak Hub ini. Set ini berharga RM99.

Nasi Me'nate and Grill Chicken
Nasi Me’nate & Grill Chicken

 

Group Steak (pilihan dari Daging Lembu, Daging Kambing & Ayam)

Bagi yang mengambil peluang untuk kurangkan berat badan, boleh la mencuba set Group Steak tanpa Nasi Me’nate. Anda boleh membuat pilihan samada daging lembu atau daging kambing bersama dengan ayam gril. Set ini didatangkan dengan mashed potato, salad coleslaw dan spaghetti Aglio E Olio atau Nasi Me’nate. Set ini berharga RM80 per pax untuk minima 4 pax.

Group Steak
Group Steak

Seperti tahun lepas, kesemua set ini didatangkan dengan buah kurma, bubur dan buah-buahan tempatan dengan percuma. Dan seperti biasa, minuman di Me’nate Steak Hub ini adalah percuma (free flow).

Free Flow Drinks at Me'nate
Minuman adalah percuma di Me’nate Steak Hub
NAZ dan Lamb Shank
Hidangan untuk 4 – 6 orang, pasti puas!
Rakan Blogger
Apa la si MahaMahu katakan sampai Shakiddo termenung panjang macam tu….

Jika Ramadan tahun lepas anda tak berkesempatan, maka NAZ rekomen sangat untuk anda ke mana-mana rangkaian di Me’nate Steak Hub untuk menikmati juadah istimewa ini.

Untuk tempahan, sila hubungi Hotline Ramadan mereka di 019-3911047 atau 019-4771047 atau 019-2611047.

Cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub:

 

Setapak Branch (HQ)

C-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibukota,

Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Ampang Jaya Branch

No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang,

68000 Ampang Jaya, Selangor

Bangi Branch

No 25, Jalan Medan Pusat 2d 3b Curve Business Park,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Jangan lupa ikuti Me’nate Steak Hub di media sosial facebook [klik] dan instagram [klik] untuk berita terkini dan tawaran-tawaran mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *