Lama dah tak update blog, maklum la busy dengan kerja. Pada Selasa lepas, NAZ berada di Seberang Perai pun atas urusan kerja. Seperti biasa, waktu sebegini ambil peluang untuk “jalan jalan cari makan”…. Baru men’google’ tempat yang nak dituju tiba-tiba member ajak ke kedai sepupu dia yang baru bukak….. kedai seafood seperti konsep Shell Out dan Ocean Houz di Lembah Klang. So kita pun bersetuju untuk terjah ke SHELL ‘N’ (shell-in) di Bayan Lepas.

Lokasi SHELL ‘N’
SHELL ‘N’ ini baru beroperasi sejak 4 bulan lepas di tapak Lorong Relau 1, Bayan Lepas. Bermula hanya dengan 3 meja sahaja sehingga la kini dah bermeja-meja katanya. Beroperasi dari pukul 7.30 petang sehingga 1.00 pagi setiap hari kecuali hari Khamis.


Apa yang menarik di SHELL ‘N’
Since kedai SHELL ‘N’ baru beroperasi 4 bulan maka menu nya masih limited. Buat masa ni hanya ada 1 set seafood dan 1 side order. Mengikut Mariam (rakan perniagaan) memang ada plan untuk tambah menu lagi dalam masa terdekat ini. Jadi tunggu kemunculan menu baru lepas Hari Raya Aidilfitri nanti.



Set seafood SHELL ‘N’ ini sesuai untuk di makan 3 orang dan harganya RM60. Dalam set ini ada satu setengah ekor ketam, udang, lala dan kepah serta dihiasi dengan sayuran brokoli, lobak merah dan jagung. Semua ini dimasak dengan special sos yang diperbuat dari cabai (cili merah). Anda boleh memilih samada nak rasa pedas yang normal atau pun tahap pedas yang gaban. Dan jangan risau, cabai nya dimasak dengan baik dan lama. Semangkuk nasi juga disertakan dalam set ini.

Menurut Eddie (rakan perniagaan), bahan mentah seafood yang disajikan adalah fresh yang dibeli setiap hari di pasar dan bukannya bahan sejuk beku. Jadi Eddie memang confident pengemar seafood tegar akan menikmati juadah ini dengan hati yang gumbira ra ra.

Selain dari itu, menu sampingan yang baru ialah siput Belitung atau siput sedut (nyot-nyot). Juga dimasak dengan special sos dan harganya ialah RM15 semangkuk.



Apa yang NAZ boleh katakan, menyengat tapi sedap. NAZ ada juga bagi cadangan untuk menu-menu yang boleh ditambah di masa akan datang. Jadi kalau ke Pulau Pinang jangan lupa singgah menikmati SHELL ‘N’ di Bayan Lepas. Kalau boleh call 013-2860288 dulu sebelum datang, bukan apa takut que panjang…. Jadi boleh siap book dulu sebelum datang. Jom “Like” facebook mereka www.facebook.com/SHELL-N

Semoga SHELL ‘N’ terus maju dan tahniah kepada Eddie dan Mariam.