Resepi Best Choc Brownie Pokka | Pada blog yang lepas, Naz telah perkenalkan anda kepada POKKA yang bukan sekadar minuman kopi premium sahaja bahkan telah mengeluarkan lebih daripada 60 jenis minuman sedia diminum (ready-to-drink) dalam pelbagai pembungkusan untuk edaran pasaran tempatan. Kali ini Naz akan kongsikan resepi dessert yang simple tanpa perlu menggunakan ketuhar, dan yang lebih penting menggunakan Pokka Milk Cookies & Cream sebagai salah satu bahannya.

Naz suka kek coklat lava tetapi dah modify sedikit untuk memberi kelainan dalam penyediaan dessert ini dan Naz namakan dia Best Choc Brownie Pokka. Mari kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan Best Choc Brownie Pokka:
- 250 gram mentega
- 3 sudu besar serbuk koko
- 500 gram Pokka Milk Cookies & Cream
- ½ sudu kecil garam
- 500 gram biskut krim oreo
Langkah-langkah penyediaan Best Choc Brownie Pokka:
1. Pisahkan kepingan biskut oreo dengan krim dan kita ambil biskutnya sahaja. Kemudian boleh dipatahkan dua atau biarkan bentuk bulat asal.

2. Panaskan mentega dengan api yang sederhana sehingga kesemua mentega itu cair.

3. Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

4. Tuangkan Pokka Milk Cookies & Cream ke dalam bancuhan tadi dan kacau sehingga bancuhan itu menjadi menggelegak dan likat.

5. Aturkan lapisan bawah dulang dengan biskut oreo yang telah dipatahkan tadi. Anda juga boleh guna biskut marie jika tidak mahu rasa terlalu manis.

6. Biarkan bancuhan tadi sejuk sedikit sebelum dituangkan lapis demi lapis dengan biskut oreo tadi.

7. Tekan-tekan sedikit sehingga padatkan adunan tadi atau juga boleh menghentak-hentak manja dulang tersebut dan ratakan bahagian atas.

8. Apabila sudah rata, anda boleh masukkan ke dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam bagi mengeraskan dessert tersebut sebelum dihidangkan.
9. Apabila adunan tadi sudah keras, anda sudah boleh memotong Best Choc Brownie Pokka ini dan dihiasi dengan whipped cream ataupun dengan aiskrim vanila atau perisa lain yang anda gemari.

Mudahkan! Hidangan Best Choc Brownie Pokka ini memang sedap dan lazat. Yang penting Pokka Milk ini menggunakan susu rendah lemak yang banyak protein. Susu rendah lemak ini selain baik untuk diambil bagi menurunkan berat badan, ia juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit strok.
Hidangan ini sungguh mudah untuk disediakan dan sesuai dijadikan sajian pencuci mulut untuk hidangan Hari Raya nanti.
Selain menggunakan Pokka Milk Cookies & Cream untuk hidangan pencuci mulut, isteri Naz dah bereksperimentasi Pokka Milk ini dicampur dalam kuah Spaghetti Carbonara menggantikan cooking cream. Rasanya sungguh sedap sehinggakan Naz langsung tak dapat rasa disebabkan anak-anak telah sapu licin kuah tersebut! Ia menjimatkan kerana harga sekotak Pokka Milk Cookies & Cream 1000ml lebih murah dibandingkan dengan harga cooking cream 200ml. Resepi tu akan Naz kongsikan nanti.
Sampai di sini resepi kali ini dan selamat mencuba!
P/S: Ada juga blogger lain yang turut berkongsi resepi dengan menggunakan produk POKKA, kalau FREE sila terjah resipi mereka….
MahaMahu: Ayam Tumis Pokka Susu Cookies & Krim
AyuArjuna: Kek Kukus Pokka Cookies Oreo
CikLilyPutih: Agar-Agar Pokka Coffee Premium
Iera: Agar-Agar Puding Pokka Cookies
Beloved888: Grill Salmon with Pokka Honey Lemon Juice
Rawlins: Pokka Sejuk Menusuk Jiwa
#pokka #pokkajasminegreentea #pokkahoneylemon #pokkacappucino #pokkamilkcoffee #pokkamilkhoneydew #pokkacookiesandcream #20pokka
Jom cuba juga resipi Mahamahu mesti korang suka >>> http://www.mahamahu.com/2017/02/resipi-ayam-ini-daripada-produk-pokka.html?m=1
Mesti la suka sebab Chef Blogger punya resepi tu…..