Kempen TOP Pass It On Mendapat Sambutan Baik Dari Rakyat Malaysia

TOP Pass It On

Kempen TOP Pass It On Mendapat Sambutan Baik Dari Rakyat Malaysia │  Masihkah ingat lagi pada post TOP Lancarkan Teknologi Micro-Clean Tech pada Mac 2017 lepas? Satu kempen komuniti TOP Pass It On yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mendapat sambutan yang cukup baik dari rakyat Malaysia. Kini telah sampai ke acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dibasuh secara mikro bersih kepada lima wakil persatuan komuniti di Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ.

Kempen TOP Pass It On Dapat Sambutan Baik

Majlis penyerahan ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kempen TOP Pass It On ini amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian ini serta selaras dengan cara bantuan yang diberikan kepada rakyat. Pihak Kementerian amat menghargai kempen ini kerana ia mewujudkan saturan kitaran budi dikalangan mereka yang telah secara sukarela menyumbang kepada mereka yang memerlukan, berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Ia juga merupakan kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian ini untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara.

Sidang Media Kempen TOP Pass It On

Kempen komuniti TOP Pass It On merupakan satu usaha yang terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasingkan dan mencuci secara professional pakaian-pakaian terpakai. TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta membersihkannya secara professional di pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian sebelum diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mereka yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dibasuh secara mikro bersih melalui gerakan gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah. Hasilnya, kempen ini telah berjaya mengumpul sebanyak 5,046 helai pakaian terpakai berkualiti dan telah melangkaui jangkaan asal yang ditetapkan.

TOP Pass It On - 5046

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, kempen TOP Pass It On ini telah melangkaui jangkaan kerana jumlah pakaian yang berjaya dikumpulkan adalah dua kali ganda lebih banyak. Ini menggambarkan kepercayaan dan sokongan orang ramai terhadap jenama TOP serta teknologi-teknologi pencucian yang berinovasi. Maklum balas terhadap kempen komuniti TOP Pass It On ini amat memberangsangkan dan kami berbangga dapat menyempurnakan cabaran ini.

Teknologi cucian Mikro Top dengan teknologi anti sebum yang memberi kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan. Ia belum bersih, sehingga ianya mikro bersih!

 

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd
Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat usahasama 50/50 antara Lam Soon (M) Sdn Bhd dan LION Corporation Japan. Ia sentiasa memperbaiki kualiti kehidupan pengguna Malaysia dengan menawarkan produk isirumah dengan konsep inovasi mampu milik untuk penjagaan pakaian, rumah, kecantikan dan penjagaan mulut. Southern Lion merupakan pengeluar detergen pertama menerima pensijilan ISO 9001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *