ANUARFAIZAL Pameran Seni dan Persembahan Fesyen | Tanpa pengajian fesyen yang formal, ANUARFAIZAL (AF) pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah Alam, dan dilahirkan di Amerika Syarikat telah mendapat panggilan sebenar yang merubah haluan kerjaya nya pada tahun 2014, untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam reka bentuk fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-busana untuk wanita.
kredit video: Sam Kassim
Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa beliau terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.

Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat AF untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk pasaran Antarabangsa. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, beliau sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.
Koleksi #AFBYANUARFAIZAL untuk EID2017
#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei 2017.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.


Koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial
KEMBARA ANUARFAIZAL
Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016 di Jakarta, istimewa 2017, ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat di Kemboja.
Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami.

ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.
Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari.

ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.
Kurta dia okaylah tapi baju Melayu..err.. yang original sentiasa dihatiku
itulah dinamakan fesyen….sekarang nie kan kena sado-sado kan hehehehehe