Jualan Murah 65eDay ezbuy yang kedua Global Super Sales │ ezbuy adalah platform jualan dalam talian pertama Malaysia yang juga merupakan platform jualan terbesar global berdasarkan jumlah mengedarkan produk-produk dari Malaysia, China, Amerika Syarikat (AS), Korea serta Taiwan. Ezbuy memiliki operasi-operasi yang telah lama bertapak di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand serta telah memberi khidmat kepada lebih sejuta pembeli di Malaysia sehingga kini.

Meneruskan kesinambungan jualan super yang lepas, ezbuy sekali lagi akan menganjurkan jualan mega yang dinanti-nantikan oleh para pembeli dalam talian – 65eDay iaitu acara Jualan Super Global 6 hari yang akan bermula pada 31 Mei ini.Platform belian yang sebelum ini dikenali sebagai 65daigou atau 65 shopper personal concierge dijenamakan semula menjadi ezbuy ketika kami memulakan operasi di Malaysia pada 2015. Ezbuy memberikan para pembeli pengalaman belian tanpa gangguan ketika membeli belah di kedai-kedai dalam talian luar negara yang tidak menjual secara langsung ke Malaysia.
Ini adalah antara sebab kenapa laman web kami menerima lebih sejuta lawatan setiap bulan.
Menurut pengasas bersama ezbuy, Wendy Liu, jualan super 65eDay berkenaan merupakan acara yang diadakan sebagai tanda penghargaan serta untuk member ganjaran kepada para pelanggan.
“Pada Jualan Super Global 65eday Ke-2 ini, para pembeli akan berpeluang untuk membeli barangan dengan potongan harga sehingga 90% yang ditawarkan oleh peniaga dari Malaysia, China, AS, Korea dan Taiwan. Kami mempunyai pelbagai produk untuk dijual pada harga diskaun, yang mana yang paling popular adalah barangan fesyen dan keperluan gaya hidup seperti Sony, Tefal, Canon, Casio, Daniel Wellington, Omron, Western Digital, Samsung, Viewsonic, Kellogs, Lifebuoy, Johnson Baby, Kinohmitsu, Brands, Scholl, Avent dan banyak lagi. Kami mempunyai senarai lebih 20 juta produk seperti fesyen istimewa; keperluan gaya hidup dan barangan laris terpilih, jadi anda lebih yakin bahawa apa yang anda cari boleh didapati di sini pada harga yang amat istimewa.
“Kami juga mahu menjemput para pelanggan untuk mendaftar keahlian Prime yang membolehkan anda menikmati kadar rata bayaran penghantaran antarabangsa RM8.80 tanpa mengira saiz dan berat bungkusan serta kuantiti barangan yang dibeli ketika daftar keluar belian. Keahlian Prime juga membolehkan anda untuk menambah sebanyak 46 senarai impian setahun – 6 semasa mendaftar dan berikutnya 3 setiap bulan,” jelas Wendy.

Ezbuy juga memperkenalkan khidmat Friends Deal yang baharu yang membolehkan para pembeli memulakan tawaran; berkongsinya dengan keluarga dan rakan serta membeli belah bersama mereka untuk menikmati belian barangan pada harga borong. Terdapat 300 barangan untuk dibeli melalui Friends Deal dan tawaran ini akan diadakan setiap hari serta dikemaskinikan sepanjang hari sepanjang Jualan Super Global 65eday Ke-2 ini.

Seiring dengan acara Jualan Mega Tahunan ini, ezbuy akan menawarkan vocer tunai bernilai RM15[1] untuk setiap pelanggan yang mendaftar melalui applikasi ezbuy baharu sepanjang acara jualan 6 hari ini. Muat turun applikasi ezbuy dan imbas kod QR untuk mula membeli belah!

For more information, please visit www.ezbuy.my.
[1]Voucher is valid till June 5, 2017