Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara  Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini.

Botaneco Garden 1
Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Group Health & Beauty Private Label The Dairy Farm Group, Cik Christina Low, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia Sdn Bhd dan En I.S Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif, Persatuan Pencinta Alam Malaysia semasa pelancaran kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. Satu peratus daripada semua jualan produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun dari cawangan Guardian di seluruh negara akan disalurkan kepada usaha penanaman semula hutan Paya Bakau di Kuala Selangor.

Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’.

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

 

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif.

 

Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai.

Produk Botaneco Garden

Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

banner_argan_virgin_olive_oil-1
Organic Argan & Virgin Olive Oil
banner_inca_inchi_aloe_vera-2
Organic Inca Inchi & Aloe Vera
banner_trio_small-1
Rangkaian Trio Oil

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya.

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya.

GDN_02
Cik Michelle Yeap, Pengurus Produk, Group Health & Beauty Private Label The Dairy Farm Group, Cik Christina Low, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia Sdn Bhd dan En I.S Shanmugaraj Subramaniam, Pengarah Eksekutif, Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama produk-produk Botaneco Garden.

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low.

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti.

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest’.”

Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar  semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan.

“Kesedaran tentang pentingnya hutan kayu bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih rendah. Usaha seperti kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ oleh Botaneco Garden dan MNS cuba membawa mesej penting ini kepada orang ramai dan menjadikannya lebih jelas. Para pengguna boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar. Di samping dapat melihat bagaimana sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,” kata Shanmugaraj.

Taman Alam Kuala Selangor merupakan habitat buat 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-monkey), kera berekor panjang serta banyak lagi. Namun begitu, penebangan kayu bakau secara haram telah meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan.

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini.

 

 

Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk dan servis berkualiti Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 31 juta consumer di seluruh negara.

Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa.

Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam  usaha-usaha yang membantu menyedia serta  mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.

Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:
Makanan

  • Supermarkets – Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di Indonesia
  • Hypermarkets – Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
  • Convenience stores – 7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;

Kesihatan dan Kecantikan

  • Mannings di Greater China,Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina

Perhiasan Rumah

  • IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia;

Restoran

  • Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam.

Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *