Demonstrasi Masakan Pacific West “Best Cook Is At Home”

Best Cook Is At Home

Demonstrasi Masakan Pacific West “Best Cook Is At Home”│  Rasanya ramai para ibu dah mencuba produk Pacific West untuk dijamukan kepada keluarga mereka samada goreng terus makan mahupun sebagai penambah dalam hidangan. Baru-baru ini pihak Pacific West telah mengadakan demonstrasi masakan dengan kerjasama Tefal dan Yum Yum Publications sempena kempen “Best Cook Is At Home” atau “Masakan Terbaik Adalah Di Rumah”.

Chef Agnes & Chef Garry Edson

Kempen ini berlangsung dari April hingga Jun 2017. Objektif utama kempen ini adalah untuk mendidik, menggalakkan, melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada pengguna tentang manfaat memasak di rumah dengan resipi mudah dan berkualiti. Dengan Pacific West memasak boleh menjadi mudah dan menjimatkan masa anda.

Produk Pacific West

Pacific West, bermula di Australia pada tahun 1995, telah berkembang untuk menjadi jenama makanan laut pilihan. Rangkaian produk Pacific West dinikmati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh dunia hari ini.

Rangkaian produk Pacific West
Rangkaian produk Pacific West

 

Produk-produknya telah menghiasi acara utama antarabangsa seperti Sukan Olimpik Sydney, Tenis Kejohanan Wimbledon, Manchester United Football Club, dan World Rugby antara yang lain. Produk Pacific West ada di lebih 20 negara di seluruh dunia dan yang terkini di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

Udang Kuro Pacific West baru-baru ini telah dianugerahkan pemenang “Produk Inovatif” oleh Seafood Excellence Global 2017 di Brussels, Belgium. Ia merupakan satu pencapaian yang monumental oleh sebuah syarikat Malaysia dalam arena global yang kompetitif.

Demonstrasi Masakan

Demonstrasi masakan yang diadakan telah menampilkan PW Chef Korporat, Garry Edson dari UK, Chef Selebriti, Agnes Chang (Editor Yum Yum Publication) dan personaliti terkenal Juara Master Chef Malaysia, Dr Ezani serta model kecergasan Malaysia Jordan Yeoh.

Jordan Yeoh mencuba masakan Chef Garry Edson
Jordan Yeoh mencuba masakan Chef Garry Edson

Chef Garry Edson telah menyediakan resepi inspirasi antarabangsa dari Sepanyol ke Mexico yang mudah untuk disediakan. Masakan yang disediakan ialah ‘Taco dengan Cornflake Fish Fillets’, ‘Sun Dried Tomato Hummus & Baba Ghanoush Dip untuk Oatmeal Fish Fillets’ dan ‘Barley Paella dengan Spicy Garlic Calamari Rings’.

un Dried Tomatoes Hummus & Baba Ghanoush Dip for Oatmeal Fish Fillets
Sun Dried Tomatoes Hummus & Baba Ghanoush Dip for Oatmeal Fish Fillets
Resepi Baba Ghanoush
Resepi Baba Ghanoush
Resepi Sun Dried Tomatoes Hummus
Resepi Sun Dried Tomatoes Hummus
Barley Paella with Spicy Garlic Calamari Rings
Barley Paella with Spicy Garlic Calamari Rings
Resepi Barley Paella with Spicy Garlic Calamari Rings
Resepi Barley Paella with Spicy Garlic Calamari Rings
Taco with Cornflake Fish Fillets
Taco with Cornflake Fish Fillets
Resepi Taco with Cornflake Fish Fillets
Resepi Taco with Cornflake Fish Fillets
Chef Agnes menyediakan hidangan asia
Chef Agnes menyediakan hidangan asia

Manakala Chef Selebriti Agnes Chang telah menyediakan resepi oriental iaitu ‘Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets’, ‘Salt & Pepper Squids dengan Sos Yum Yum’ dan ‘Tempura Fish Cocktails dengan Salted Egg Yolk’.

Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets-Agnes
Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets
Resepi Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets
Resepi Kerabu Tempura Black Pepper Fish Fillets
Salt & Pepper Squids with Yum Yum sauce
Salt & Pepper Squids with Yum Yum sauce
Resepi Salt & Pepper Squids with Yum Yum Sauce
Resepi Salt & Pepper Squids with Yum Yum Sauce
Tempura Fish Cocktails with Salted Egg Yolk
Tempura Fish Cocktails with Salted Egg Yolk
Resepi Tempura Fish Cocktails with Salted Egg Yolk
Resepi Tempura Fish Cocktails with Salted Egg Yolk
Chef Ezani turut menyediakan 1 hidangan
Chef Ezani turut menyediakan 1 hidangan
Hanya dalam masa kurang dari 20 minit disediakan
Hanya dalam masa kurang dari 20 minit disediakan

Sungguh senang dan mudah disediakan. Rangkain produk Pacific West telah dibangunkan dengan teliti oleh pasukan Kulinari Chef dan Teknologis Makanan untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup pengguna: –

Mudah – Sungguh mudah disediakan dengan memasaknya terus dari peti sejuk ke fryer / ketuhar dalam beberapa minit,

Inovasi – penciptaan produk baru berterusan yang menawarkan kelainan dalam pilihan dan rasa.

Kualiti – pilihan makanan laut dan bahan-bahan premium yang mematuhi standard keselamatan makanan dan proses antarabangsa dengan BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi.

Peraduan Pacific West

Produk Pacific West boleh didapati di semua kedai-kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi. Dalam tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana paket produk makanan laut nilai tambah Pacific West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit akan berpeluang untuk memenangi produk Tefal impian mereka dan hadiah-hadiah lain bernilai RM40,000.

National_A4facebookbanner
Peraduan PW “Best Cook Is At Home”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pacific West di talian 1800 888 389 atau layari laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan halaman Facebook www.fb.com/PacificWest.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *