Jualan Murah Hari Raya di Jakel Barulah Raya │ Setiap Ramadan bila memikirkan persiapan baju raya, nama Jakel mesti menjadi sebutan. Bukan apa kerana promosi yang diadakan sungguh besar seperti meletakkan papan iklan di sepanjang lebuhraya dengan menampilkan koleksi baju raya yang dipakai oleh artis-artis terkernal tanahair selain dari tawaran diskaun yang mengancam. Maka tak hairanlah bila trafik di sekitar gedung pakaian Jakel menjadi sesak…

Tahun ini merupakan tahun ke-5, Jakel berkolaborasi dengan rakan artis untuk memperagakan koleksi pakaian baju raya dan baju kurung sempena Hari Raya Aidilfitri. JAKEL Trading Sdn. Bhd. menampilkan sekali lagi selebriti duta raya JAKEL kepada pengunjung di Wisma Jakel Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Ayda Jebat. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Hanis Zalikha , Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak dilupakan Upin dan Ipin .

“Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam calendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan”, menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA.

Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.
Jualan Murah Sempena Hari Raya
Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian ready-made baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk.
Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.
Koleksi Baju Melayu
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.





Koleksi Baju Kurta
Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.

Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.
Koleksi Baju Kurung
JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.

Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.

Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.
Koleksi Schawalara
1) Awal Ashaari
Koleksi pakaian raya di bawah label Awal Ashaari terdapat 2 iaitu baju melayu dan baju kurta. Bagi koleksi baju melayu ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.

Manakala keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampanan pada si pemakai. Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai.
2) Scha Al-Yahya
JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti.

3) Lara Alana
Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanakkanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusof
Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya.
1) Hanis Zalikha
Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan.

2) Hairul Azreen
Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan. Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh menyuaipadankan dengan keluarga.

Mengenai Jakel
Jakel ditubuhkan 32 tahun yang lalu oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar, Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera, Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka. Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit.
Walaupun krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputera juga mampu bersaing dan maju dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain.
Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik daripada pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan. Jakel yang bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan kini telah berkembang menjadi sebuah organisasi yang mempunyai lebih 30 anak syarikat dengan 6000 kakitangan dalam pelbagai bidang termasuk Pembangunan dan Pelaburan Hartanah. Hari ini, Jakel juga telah memiliki 21 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di seluruh negara.
Selepas 32 tahun beroperasi, Jakel telah berjaya membuka sebuah pusat membeli-belah fabrik yang dikenali iaitu Jakel Mall Kuala Lumpur. Justeru pada tahun 2015, Jakel Mall yang cukup sinonim dan terkenal dengan himpunan fabrik berjenama dari seluruh dunia telah berjaya menerima pengiktirafan sebagai “The Largest Textile Mall in The World” oleh Best Brand Foundation.
Jakel Mall yang menjadi mercu tanda prasarana seluas 1.35 juta kaki persegi di Jakel Square ini juga akan membina sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang memenuhi keperluan syariah.