PUMA ONE Serlahkan Ketangkasan Pemain

PUMA ONE Football Boot

PUMA ONE Serlahkan Ketangkasan Pemain │  Musim baru perlawanan liga 2017/18 Eropah seperti Premier League, La Liga, Seria A semakin hampir dan PUMA melancarkan kasut bolasepak (boot) PUMA ONE sebelum sepak mula.

Pelancaran boot terbaru PUMA

PUMA ONE telah dibangunkan dengan pemahaman bahawa pemain bola sepak hari ini mencari kasut yang di PAKAI (FIT) dengan selesa, membantu mereka untuk bergerak dengan PANTAS (FAST) dan memberi mereka lebih RASA (FEEL) bola pada kaki. Dari pemain pertahanan yang mempunyai tackle keras kepada pemain penyerang yang pantas, PUMA kini menawarkan boot yang mencerminkan kesempurnaan dalam setiap pemain.

 

Baru-baru ini bertempat di TFC Lot 10, PUMA telah melancarkan boot PUMA ONE ini dan dihadiri oleh pemain tajaan PUMA Malaysia dan juga peminat bolasepak tanahair seperti penyanyi Hanifah ‘Black’, pelakon Ahmad Ezzrin Loy dan juga pelakon Ola Bola Luqman Hafidz (Ali) and Lim Jian Wen (Ong Tiam Cai).

PUMA ONE - Ambassadors

PUMA ONE

PUMA One adalah kasut boot yang terasa unik apabila Naz memakainya kerana ianya betul-betul FIT tapi selesa. Boot ini mempunyai sarung evoKNIT yang memegang pergelangang kaki seperti stokin.

evoKNIT

 

Kulit pada boot adalah daripada kulit lembu dan ianya betul-betul melekap pada kaki dan terasa ringan seolah-olah berkaki ayam.

Bahagian belakang keras diperbuat dari bahan sintetik

Pada bahagian belakang pula menggunakan bahan sintetik dan hanya pada bahagian ini sahaja yang keras. Ia bertindak untuk memberi kestabilan semasa membuat pusingan dan juga pecutan.

Perfect Play

Antoine Griezmann (pemain Terbaik Euro 2016 dan pemenang Kasut Emas), merupakan orang yang memainkan peranan utama dalam penghasilan boot ini. Ia akan menggantikan varian evoSPEED dan evoTOUCH dan akan dipakai oleh Antoine Griezmann, Sergio Agüero, Hector Bellerin dan ramai pemain lagi untuk musim bola sepak yang akan datang.

Sempena pelancaran PUMA ONE ini juga, PUMA telah melancarkan ‘The Perfect ONE Challenge‘ yang akan berlangsung di seluruh negara.

Cabarannya adalah menguji kemahiran peserta merentasi circuit yang direka dengan elemen FIT / FAST / FEEL. Anda perlu menghabiskan circuit tersebut dalam masa yang terpantas. Hadiah PUMA bernilai lebih daripada RM6,000 disediakan untuk dimenangi bagi peserta dengan masa terbaik di papan pendahulu pada akhir lawatan.

Media Challenge - The Perfect One

Naz dah cuba untuk cabaran para media tapi hanya berjaya di tempat ke-4 ketika itu…

Harga untuk sepasang boot PUMA ONE ini adalah dalam lengkongan RM879.00 dan boleh didapati di kedai TFC Lot 10 Shopping Mall, KL .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *