Promosi Bufet Treasures of the Sea Aloft KL

Aloft KLS Treasures of the Sea

Promosi Bufet Treasures of the Sea Aloft KL │  Berita baik buat pengemar makanan laut (seafood)… Nook, salah sebuah restoran makan di Aloft Kuala Lumpur Sentral kini mempomosikan bufet makan malam hujung minggu Treasures of the Sea, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 7 Julai 2017.

Makanan laut segar

Menghidangkan hanya tangkapan terbaik dari laut, pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan laut seperti Udang, Tiram, Kerang, Kerang Buluh, Mussel dan Ikan Kerapu Besar dan lain-lain lagi. Boleh menikmati makanan laut ini yang dihidangkan di atas ais secara mentah, di gril, dibuat sup ataupun dalam hidangan mi.

Treasures of the Sea

Oyster

Anda boleh memulakan dengan merasai makanan laut segar yang diletakkan di atas ais sebagai pembuka selera pada malam itu. Ada pilihan udang harimau segar, Mussel hijau, kerang, Scallop, sotong, Ketam Bunga dan Kerang Buluh dan lain-lain lagi. Anda boleh menikmatinya dengan sedikit perahan lemon dan sos Tabasco, terus tertelan air liur Naz…

Grilled Seafood

Grill seafood 1
Antara makanan laut digril yang Naz cuba…

Yang tak sukakan mentah, anda boleh mencuba makanan laut ini yang di gril mahupun dimasak sebagai satu hidangan. Antaranya Kepala Ikan Kerapu dengan sos Halia Kacang Hitam, Sotong Kering Kam Heong, Udang rebus dengan herba dan Wolfberries, Oyster Rockefeller, Ikan Kerapu dengan sos Tamarind Pedas, Mussel stim dengan Vermicelli, Ketam Bunga goreng dengan lada Sarawak, Udang Goreng Wajan dengan sos mentega dan banyak lagi, disajikan secara bergilir-gilir dengan beberapa pilihan yang disediakan setiap hujung minggu.

Kepala Ikan Kerapu dengan sos Halia Kacang Hitam
Kepala Ikan Kerapu dengan sos Halia Kacang Hitam
Baked Garoupa with Dill sauce
Ikan Kerapu dengan sos Dill
Udang rebus dengan herba dan Wolfberries
Udang rebus dengan herba dan Wolfberries
Sotong Kering Kam Heong
Sotong Kering Stail Kam Heong

Terdapat juga hidangan lain selain dari makanan laut untuk anda nikmati seperti Laksa Sarawak, Ayam Avongolomelo, Daging Cili Teriyaki, Stew Daging Irish, Palak Paneer, dan hidangan pencuci mulut yang sungguh enak dan sedap.

Ayam Rotisserrie
Ayam Rotisserrie
Spinach Polenta
Spinach Polenta
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak
Antara hidangan pencuci mulut
Antara hidangan pencuci mulut
Pencuci mulut yang Naz cuba...
Pencuci mulut yang Naz cuba…

Promosi Treasures of the Sea ini pada harga RM138 net setiap orang dewasa dan RM69 net untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.  Promosi ini boleh didapati pada hari Jumaat dan Sabtu dari 6.30 malam hingga 10.30 petang bermula 7 Julai 2017. Untuk tempahan dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Promosi ini, sila hubungi (60)3-27231188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *