Roasters Chicken Run Kumpul Dana RM700,000 Untuk Kebajikan │ Diam tak diam dah masuk 17 Syawal dah…so mesti ada yang dah mula naik balik berat badan kan… So apa kata kita turun padang hujung minggu ini untuk ambil bahagian dalam larian amal Roasters Chicken Run (RCR) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

RCR kini kembali untuk kali yang ke-13, dianjurkan oleh Kenny Rogers Roasters (KRR)! Larian ini merupakan sebahagian daripada usaha KRR untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menyumbang kembali kepada masyarakat. Setakat ini, usaha larian amal ini telah berjaya mengumpul dana lebih daripada RM 700,000 untuk disumbangkan ke pelbagai yayasan amal dan rumah kebajikan.
Anda dah bersedia untuk beraksi Ahad ini….jika belum masih sempat lagi untuk panaskan badan macam Ayam KRR nie….
Larian ini akan berlangsung pada 16 Julai 2017 (Ahad) bermula jam 7.00 pagi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Apa…. Pendaftaran dah TUTUP!!!! Jangan risau, bagi yang tak sempat mendaftar lagi, anda boleh berbuat demikian di kaunter khas akan dibuka untuk 2 hari mulai esok, 12 dan 13 Julai (dari 12 tengahari hingga 7 petang) di kedai Kenny Rogers Roasters, Level 3, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Yuran penyertaan adalah RM 70 untuk orang dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Bagi yang telah mendaftar, anda boleh mengambil pek perlumbaan (race kit) anda pada 12 Julai 2017 (12 pm-7pm) dan 13 Julai 2017 (12 petang – 5 petang) di Kenny Rogers ROASTERS, Berjaya Times Square.

Kali ini ada kelainan sedikit dalam Roasters Chicken Run 2017 di mana anda selain berlari kena buat satu tugasan lain. Bersedia untuk berlari dengan mengimbangi sebiji telur di atas cone hingga ke garisan penamat dan jika telur itu tidak pecah…. anda akan memenangi hadiah menarik di garisan penamat! Apalagi, mulakan latihan anda sebab ada banyak hadiah untuk dimenangi…
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web www.krr.com.my or call 03-2119 9888.
Di Kenny Rogers Roasters, kami mahu anda sentiasa sihat!
Jumpa di Berjaya Times Square Ahad nanti ya….
wah menarik juga …bawa telur ayam sambil berlari
Boleh menguji terus daya keimbangan bahahahahaha