Haruman Viva La Vita Penuh Keriangan oleh AVON

AVON Viva La Vita

Haruman Viva La Vita Penuh Keriangan oleh AVON │  Wangian dan haruman memang tidak dapat dipisahkan daripada seorang wanita. Selain memberikan keyakinan ia juga menyerlahkan personality dan feminisma mereka. AVON baru-baru ini telah melancarkan haruman feminin terbarunya, Viva La Vita Eau de Parfum.

Haruman Viva La Vita

Haruman ini berinspirasikan wanita penuh keyakinan yang menghadapi kehidupannya dengan penuh keberanian dan dalam masa yang sama menikmati keindahan dalam setiap detik. “Haruman Viva La Vita EDP mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap yang mengembirakan anda, dan perasaanmu saat menikmati setiap detik indah hidup. Sentuhan bungaan dan buah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masakini’, menurut Kasia Ostrowska, Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia.

Kasia Ostrowska

 

Haruman Viva La Vita

AVON Viva La Vita

Setiap wangian atau haruman mempunyai 3 nota iaitu Dasar (Base), Tengah (Heart) dan Atas (Top). Begitu juga dengan Viva La Vita, ia menampilkan 3 ciri nota ini dalam wangian penuh keriangan ini yang mengunkap kemeriahan jiwa wanita serta menyerlahkannya.

3 Nota Wangian Yang Penting

Nota Atasnya dengan haruman buah-buahan yang menyegarkan. Epal pink lady yang ranggup segar meriangkan dan disusuli dengan bauan mandarin yang membebaskan perasaanmu.

 

Nota Tengahnya pula berasaskan haruman dari bunga-bungaan yang mekar di taman. Pati mimosa yang mewah mengujakan dan magnolia merah jambu memberikan sentuhan lembut yang memukau jiwa yang membaunya.

Nota Tengah (Heart)

Nota Dasarnya dari kayu cendana berkrim yang dilengkapi dengan kekacang vanilla yang manis serta kayuan Kashmir membuatkan kehangatan bauan ini kekal lama pada si pemakai.

Nota Dasar (Base)

 

Wajah Viva La Vita

Nelydia Senrose Wajah Viva La Vita

Pada pelancaran haruman ini, Avon Malaysia turut mengalu-alukan kehadiran wajah baru dalam keluarga besar selebritinya dengan memperkenalkan Nelydia Senrose sebagai wajah Viva La Vita mereka. Pemilihan Nelydia yang ayu dan jelita ini bertepatan dengan sifatnya yang optimis melambangkan aspirasi Viva La Vita.

Kasia, Luke, Nelydia & RomulusPara media dan tetamu yang hadir telah diberi cabaran untuk menghasilkan haruman Viva La Vita yang paling hampir dengan mengunakan 3 nota wangian tersebut. Masing-masing terus membuat eksplorasi dan menguji deria bauan bagi menghasilkan haruman yang sama seperti Viva La Vita.

Cabaran Media

Para Media sedang beraksi menghasilkan haruman

Sungguh segar dan mempersonakan haruman ini dan bakal diperkenalkan ke pasaran Malaysia bermula Oktober 2017 pada harga RM95.00 SM / RM109.30 SS.

Anda boleh dapatkan haruman Viva La Vita ini di www.avon.my atau pada wakil Avon yang terdekat dengan anda.

 

NIKMATI DETIAP DETIK INDAH HIDUPMU DENGAN VIVA LA VITA DARI AVON

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *