Wangian IK Oud & Perfume | Assalamualaikum, hari ini Naz nak berkongsi tentang wangian dari IK Oud & Perfume yang Naz dapat semasa pelancaran aplikasi e-Infaq pada Febuari yang lalu. Haruman atau wangian IK Oud & Perfume ini bukan sahaja wangi, tahan lama dan bahkan ia mempunyai 3 frasa bau.

Haruman atau wangian ini salah satu produk keluaran syarikat tempatan, IK Sunnah Lifesytles. Terdapat 2 wangian sahaja iaitu Uthman Ibn Affan (untuk Lelaki) dan Khadijah Ibn Khuwaylid (untuk Wanita).
Didatangkan dalam 1 saiz iaitu 35ml (1.2 OZ) dalam bentuk EDP (Eau De Parfum) yang sangat concentrated. Hanya perlukan beberapa semburan dan boleh tahan antara 5 ke 8 jam bergantung kepada tindak balas dengan badan anda. Harga sebotol ialah RM65 (Semenanjung) dan RM68 (Sabah & Sarawak) dan boleh tahan hampir sebulan penggunaannya.

Pengalaman Memakai Wangian IK Oud & Perfume
Dari pengalaman memakai wangian Uthman Ibn Affan (khas untuk kaum Adam), pada semburan awal ini bauan nya amat kuat lebih kepada Citrus & Woody yang datang dari bahan Kasturi dan Gaharu. Ini bauan frasa pertama yang segar dan memang sesuai untuk memberi kesegaran seawal pagi lagi. Apabila waktu tengahari, wangian ini mula masuk ke frasa kedua dan bertukar ke bauan floral. Ikut kata En Bahri wakil IK Oud & Perfume, ini merupakan wangian bunga Ros dari Bulgaria dan juga Orange Blossom.

Lebih kurang pukul 4.30 petang bauan frasa terakhir menjurus ke bauan fruity. Wangian ini terhasil dari Saffron, Pear dan juga Raspberry. Wangian ini memang serasi dengan Naz dan memang tahan sehingga ke lewat petang.
Manakala wangian Khadijah Ibn Khuwaylid ini adalah wangian untuk wanita. Naz telah belikan untuk isteri untuk dipakai. Ternyata baunya memang semerbak pada semburan pertama. Terdapat Citrus note pada semburan ini yang datang dari bau Kasturi. Ini memberi kesegaran pada diri seawal pagi.

Pada sebelah tengahari, bauan telah bertukar kepada wangian floral apabila badan mula berpeluh. Maklum la isteri Naz kena ke sekolah anak-anak memastikan mereka diurus untuk kelas agama di sebelah petang. Seperti yang kita sedia maklum, keserasian minyak wangi bergantung kepada tindak balas dengan jenis kulit dan dengan peluh sesorang. Dari maklum balas isteri Naz, setakat jam 4 petang bauan floral masih lagi ada tetapi tiada perubahan bauan lain. Apabila isteri Naz pakai wangian Khadijah Ibn Khuwaylid hanya terdapat 2 bauan. Kalau diikutkan dari aturcara wangian ini, akan terdapat bauan fruity yang akan terhasil, bergantung kepada orang yang memakainya.
Berita Baik IK Oud & Perfume
Sempena cuti sekolah ini, pihak IK Sunnah Lifestyles ingin memberikan tawaran istimewa…. Beli 2 botol wangian IK Oud & Perfume dan penghataran pos adalah PERCUMA! Whatsapp “Saya Nak” ke 0162064074 untuk dapatkan tawaran istimewa terhad ini.

Anda boleh ikuti perkembangan IK Oud & Perfume di laman meida sosial mereka:
Facebook: www.facebook.com/iksunnahlifestyles/
Instagram: www.instagram.com/ik_sunnahlifestyle