Joy Design Studio & CuppaJoy Kini Di Johor Bahru

Joy Design Studio CuppaJoy Kini Di Johor Bahru │  Berkonsep Scandinavian Contemporary dengan ruang yang kompak, warna cerah dan terang membangkitkan mood kesegaran, keselesaan dan keterujaan seperti berada di rumah mewah anda yang baru. Ditambah pula dengan suasana nyaman dan dingin serta bauan aroma kopi segar memberikan satu feel yang menyenangkan ketika berada di showroom terbaru Joy Design Studio (JOY). JOY telah ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M. Nasimuddin Kamal dan kini mengembangkan capaiannya ke selatan tanah air dengan membuka cawangan terbaru dan yang ke-3 mereka  di Johor Bahru.

Sheikh Mohamad Azrul bangga dengan cawangan ke-3 JOY
Sheikh Mohamad Azrul bangga dengan cawangan ke-3 JOY

JOY merupakan sebuah syarikat Malaysia yang membekal dan menjadi hub reka bentuk perabot Malaysia yang berusaha untuk menyediakan reka bentuk perabot berkualiti terbaik dengan harga yang berpatutan. Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, kini JOY turut menawarkan servis konsultan rekabentuk dalaman, melalui JOY DESIGN & BUILDING dan CUPPAJOY sebuah kafe dalam premis, melalui JOY ID & CAFÉ sebagai unit perniagaan baru mereka.

Simple dan menarik
Ruang penyambut tetamu Showroom Joy Design Studio di JB

Buat masa ini JOY DESIGN & BUILDING bakal beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam, manakala JOY ID & CAFÉ beroperasi di cawangan terbaru mereka di Johor Bahru.

Barista Machine
CuppaJoy akan menyediakan kopi yang menyegarkan di ruang tingkat 2 showroom ini

Cawangan terbaru JOY ini terletak di No 76 Jalan Pertama 1, Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru merupakan lokasi yang strategik dengan trafik yang tinggi dalam pusat bandar yang sibuk. Ia juga bertindak sebagai pintu masuk bagi JOY ke pasaran antarabangsa kerana berdekatan dengan Singapura selain menampung kehadiran pelanggan di sekitar wilayah Selatan tanah air termasuk dari Singapura.

Lokasi Joy Design Studio JB
lokasi strategik dengan trafik yang tinggi dalam pusat bandar yang sibuk

“Kami mencapai satu lagi kejayaan tahun ini. JOY Johor Bahru ialah bilik pameran terbesar kami dan akan menjadi premis pertama memiliki kafe sendiri, dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapi dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista terlatih yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini dijangka beroperasi tidak lama lagi”, kata Pengarah Joy Design Studion, Sheikh Mohamad Azrul.

Sheikh Mohamad Azrul berucap semasa pelancaran cawangan ke-3 JOY
Sheikh Mohamad Azrul berucap semasa pelancaran cawangan ke-3 JOY

“Kakitangan jualan kami bukan sahaja cukup terlatih, tatapi juga memiliki pengetahuan rekabentuk dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman”, tambah Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal, yang juga graduan Seni Bina Universiti Glasgow, Scotland dan pernah berkhidmat sebagai arkitek selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaannya sendiri.

Showroom Joy Design Studio JB

Terang dan Fresh
Berkonsepkan Scandinavian Contemporary dengan ruang yang kompak, warna cerah dan terang

Konsep dan reka letak keseluruhan showroom di JB ini berbeza dengan cawangan Setia Alam di Shah Alam dan Bangsar di Kuala Lumpur. Selain ruang yang lebih besar, ia diberikan rupa baru yang unik dan fresh. Memberikan satu pengalaman membeli-belah yang menyenangkan bagi pelanggan.

Tingkat 3 showroom JOY
Tingkat 3 ruang showroom JOY

Antara produk mewah mampu milik yang ditawarkan melalui JOY COLLECTION adalah seperti sofa, kerusi berlengan, meja ruang tamu, ruang penyimpan, meja makan, lampu, hiasan dinding, alas lantai dan bermacam lagi…

Norwig 3 Seater & Armchair
Norwig 3 Seater & Armchair
Rosaura 3 Seater & Thea Lounge Chair
Rosaura 3 Seater & Thea Lounge Chair
Snall Sideboard
Snall Sideboard
Teffal 2 Walnut
Teffal 2 Walnut
Laitiya Study Table
Laitiya Study Table
Set bilik tidur
Set bilik tidur
Hiasan bantal dan dinding
Hiasan bantal dan dinding
Alas lantai
Alas lantai

Kolaborasi JOY Dengan Jenama Tempatan

JOY sebuah syarikat milik anak Malaysia 100 peratus, sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan beberapa jenama lagi. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

Memaksimumkan penggunaan ruang yang ada
Memaksimumkan penggunaan ruang yang ada

“Apabila syarikat ini berkembang, produk kami juga berkembang. Kami mempunyai rancangan besar untuk JOY pada masa hadapan. Banyak kolaborasi, banyak kolekso menyeluruh dan sudah tentu meluaskan lokasi pemasaran”, ujar Sheikh Azrul.

Dekorasi lampu
Dekorasi lampu yang begitu urban

Cafe CuppaJoy

Kami telah dijamu dengan makan tengahari dan selepas itu dijemput pula menikmati kopi segar yang dibrew di CuppaJoy. Selain daripada itu terdapat juga dessert disediakan untuk kami sebelum sesi bersama tonggak utama Joy Design Studio.

Pots Coffee
Pot’s Coffee
Americano & Latte
Americano & Latte
Fruits Tart
Fruits Tart
Caramel Puding
Caramel Puding
Carrot Cake
Carrot Cake

Selain Johor Bahru, pihak JOY juga sedang merancang untuk membuka cawangan ke-4 mereka di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat di wilayah Utara. Selain itu, beberapa penambahbaikkan dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistic dan produk.

Bloggers bersama Boss Joy
Sebelum berpisah, perkara mesti dilakukan ialah merakamkan foto kenangan bersama team JOY… ini gambar #rombonganciklilyputihkejb yang kira dah 3/4 sebab semua dah kekenyangan…

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Joy Design Studio, and boleh melayari laman web JOY www.joyd.my atau laman facebook JOY di www.facebook.com/joydmy atau laman instagram JOY www.instgram.com/joydmy .

One thought on “Joy Design Studio & CuppaJoy Kini Di Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *