MILO Semarakkan Sukan Kuala Lumpur 2017 Dengan Larian Obor │ Tinggal 14 hari sahaja lagi sebelum tirai Sukan Asia ke-29 (SEA Games) dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dibuka. Segala persiapan berjalan dengan lancar dan MILO®, selaku minuman coklat malt rasmi Sukan Kuala Lumpur 2017 turut memberi sokongan dengan menganjurkan larian obor (Torch Run) di Nestlé (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara. Upacara larian obor (Torch Run) yang ikonik ini merupakan kesinambungan dari pelancaran kempen MILO® baru-baru ini iaitu #BersatuKitaTeguh.

Acara larian obor ini telah ke seluruh Malaysia yang bermula sejak Mei 2017 sebelum ia di upacara Nestlé Malaysia di Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu perhentian sebelum destinasi terakhirnya di majlis perasmian KL2017 pada 19 Ogos 2017 nanti.

Acara larian obor di Nestlé Malaysia adalah pengisytiharan komitmen serta sokongan berterusan MILO® untuk sukan dari akar umbi dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan, kepelbagaian yang diwakili oleh pembawa obor di acara larian ini. Obor tersebut telah dibawa oleh individu yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan syarikat MILO dan sukan di Malaysia, anatarnya termasuk beberapa kakitangan yang paling lama berkhidmat di MILO® dan juga wira Malaysia pada masa lalu, sekarang dan masa depan.
Larian secara berganti-ganti untuk membawa obor adalah sepanjang jarak 500 meter, pembawa obor dan pelari di upacara ini termasuk…
- Mohd Nasir Bin Abd Kadir, Pengendali Promosi dilapangan atau lebih dikenali sebagai Abang MILO®. Dia telah membawa kegembiraan kepada anak-anak di sekolah dengan memberikan minuman MILO® yang sejuk, sedap, lazat dan berkhasiat dari trak MILO® semasa hari sukan sekolah di seluruh negara sepanjang 35 tahun yang lepas.

- Ismail Bin Mohd Dali & Norhisham Bin Mat Salleh, merupakan Operator Pengeluaran kilang MILO® Nestlé Malaysia. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mengawasi pengeluaran MILO® selama 40 tahun dan 24 tahun, memastikan rakyat Malaysia mendapat MILO® dengan kualiti terbaik yang lazat dan berkhasiat. Komitmen dan dedikasi mereka membuat MILO® bertahan hingga ke hari ini.

- Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan, yang telah bersama pasukan MILO® selama 33 tahun. Dia menjadi tokoh utama dalam membantu MILO® memupuk atlet anak muda melalui Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), dan telah melihat mereka menjadi Wira Malaysia yang berjaya sepanjang kerjaya sukan mereka. Ng Ping Loong telah mengikuti dan menyokong atlet Malaysia dalam pelbagai permainan di seluruh dunia.

- Datuk Marina Chin, Chef-De-Mission Kuala Lumpur 2017 diiringi oleh:
- Kumarasen, bekas pelumba basikal Malaysia
- Dato’ Mirnawan Nawawi, bekas pemain hoki Malaysia
- Robin Ho, bekas Exponent Wushu Malaysia
- Joel Van Huizen, Pemain Hoki Malaysia diiringi oleh:
- Diana Bong, peserta Wushu Exponent Negara
- Yasshmita Jadish Kumar, Tunas Harapan Puteri MSSM, dan Joachim Chuah Han Wen, Tunas Harapan Putera MSSM – dua bintang harapan sukan skuasy Malaysia, yang telah menjadi sebahagian daripada MSSM selama 5 tahun yang lalu. Mereka bersama pasukan atlet Malaysia yang akan bersaing dalam Sukan SEA pertama mereka tahun ini.
- Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé Malaysia

“Obor dan api nyalaannya adalah lambang simbolik keinginan kita untuk sukan, dan mengajak seluruh rakyat Malayia untuk bersatu dan bersorak semangat untuk atlet kita yang akan bersaing pada Sukan Kuala Lumpur 2017. Bersama-sama dengan mereka yang telah membantu kejayaan MILO hari ini, kami membawa bersama ebanggaan dan harapan negara, dan meraikan Malaysia yang kaya dengan sejarah, sukan, dan penduduknya, “kata Philomena Tan.

Selepas tamat acara larian obor ini, para media telah dibawa ke stesen MRT Surian, Mutiara Damansara di mana pihak Nestlé Malaysia telah menghiasinya mengikut sukan yang dipertandingkan pada Sukan Kuala Lumpur 2017 nanti. Ia seperti berada di lapangan sukan yang sebenar. Para pengunjung ke stesen ini berpeluang untuk mengabadikan gambar anda sedang beraksi sukan dengan photo wall sukan yang ada di sini.







Upacara larian obor ini pada dasarnya menandakan sumbangan MILO® selama lebih dari 60 tahun dalam memperjuangkan pembangunan sukan akar umbi negara melalui perkongsian dan usaha seperti sukan MSSM. Ia merupakan platform menyediakan belia yang berpotensi dalam acara sukan dengan mengasah bakat, kemahiran dan kebolehan mereka, serta menerapkan nilai kehidupan seperti kerja berpasukan, ketabahan, dan perpaduan.
Dengan semangat itu, MILO® ingin mengajak rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet Malaysia melalui mesej positif dan kata-kata galakan serta semangat di media sosial www.instagram.com/Milo_Malaysia dan twitter.com/MiloMalaysia, dengan hashtag #StrongerTogether dan #StrongerTogether.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milo.com.my
wah jadi ingat dulu waktu SD milo sering kesekolah bagi2 milo gratis pasti seneng bgt
sukses terus milo