Joy Design Studio CuppaJoy Kini Di Johor Bahru │ Berkonsep Scandinavian Contemporary dengan ruang yang kompak, warna cerah dan terang membangkitkan mood kesegaran, keselesaan dan keterujaan seperti berada di rumah mewah anda yang baru. Ditambah pula dengan suasana nyaman dan dingin serta bauan aroma kopi segar memberikan satu feel yang menyenangkan ketika berada di showroom terbaru Joy Design Studio (JOY). JOY telah ditubuhkan sejak 2014 oleh Sheikh Mohamad Azrul S.M. Nasimuddin Kamal dan kini mengembangkan capaiannya ke selatan tanah air dengan membuka cawangan terbaru dan yang ke-3 mereka di Johor Bahru.

JOY merupakan sebuah syarikat Malaysia yang membekal dan menjadi hub reka bentuk perabot Malaysia yang berusaha untuk menyediakan reka bentuk perabot berkualiti terbaik dengan harga yang berpatutan. Ia bukan terhenti setakat itu sahaja, kini JOY turut menawarkan servis konsultan rekabentuk dalaman, melalui JOY DESIGN & BUILDING dan CUPPAJOY sebuah kafe dalam premis, melalui JOY ID & CAFÉ sebagai unit perniagaan baru mereka.

Buat masa ini JOY DESIGN & BUILDING bakal beroperasi di ibu pejabat di Setia Alam, Shah Alam, manakala JOY ID & CAFÉ beroperasi di cawangan terbaru mereka di Johor Bahru.

Cawangan terbaru JOY ini terletak di No 76 Jalan Pertama 1, Pusat Perdagangan Danga Utama, Johor Bahru merupakan lokasi yang strategik dengan trafik yang tinggi dalam pusat bandar yang sibuk. Ia juga bertindak sebagai pintu masuk bagi JOY ke pasaran antarabangsa kerana berdekatan dengan Singapura selain menampung kehadiran pelanggan di sekitar wilayah Selatan tanah air termasuk dari Singapura.

“Kami mencapai satu lagi kejayaan tahun ini. JOY Johor Bahru ialah bilik pameran terbesar kami dan akan menjadi premis pertama memiliki kafe sendiri, dinamakan CUPPAJOY. Kafe ini bakal dilengkapi dengan mesin kopi terkini dan pasukan barista terlatih yang akan menyediakan hidangan kopi panas menyegarkan. Kafe ini dijangka beroperasi tidak lama lagi”, kata Pengarah Joy Design Studion, Sheikh Mohamad Azrul.

“Kakitangan jualan kami bukan sahaja cukup terlatih, tatapi juga memiliki pengetahuan rekabentuk dalaman yang mampu memberikan pelanggan aneka perkhidmatan dan pengalaman”, tambah Sheikh Mohamad Azrul SM Nasimuddin Kamal, yang juga graduan Seni Bina Universiti Glasgow, Scotland dan pernah berkhidmat sebagai arkitek selama 2 tahun sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaannya sendiri.
Showroom Joy Design Studio JB

Konsep dan reka letak keseluruhan showroom di JB ini berbeza dengan cawangan Setia Alam di Shah Alam dan Bangsar di Kuala Lumpur. Selain ruang yang lebih besar, ia diberikan rupa baru yang unik dan fresh. Memberikan satu pengalaman membeli-belah yang menyenangkan bagi pelanggan.

Antara produk mewah mampu milik yang ditawarkan melalui JOY COLLECTION adalah seperti sofa, kerusi berlengan, meja ruang tamu, ruang penyimpan, meja makan, lampu, hiasan dinding, alas lantai dan bermacam lagi…








Kolaborasi JOY Dengan Jenama Tempatan
JOY sebuah syarikat milik anak Malaysia 100 peratus, sememangnya sentiasa menyokong kehadiran jenama tempatan. JOY sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa pengeluar produk jenama tempatan seperti MimpiKita, KREE, Royale Orchid, Whimsigirl dan beberapa jenama lagi. Bukan itu saja, JOY turut membuka peluang kepada mana-mana pengusaha tempatan lain untuk mewujudkan platform bisnes dengan JOY yang mungkin mampu menguntungkan jenama syarikat dan produk mereka.

“Apabila syarikat ini berkembang, produk kami juga berkembang. Kami mempunyai rancangan besar untuk JOY pada masa hadapan. Banyak kolaborasi, banyak kolekso menyeluruh dan sudah tentu meluaskan lokasi pemasaran”, ujar Sheikh Azrul.

Cafe CuppaJoy
Kami telah dijamu dengan makan tengahari dan selepas itu dijemput pula menikmati kopi segar yang dibrew di CuppaJoy. Selain daripada itu terdapat juga dessert disediakan untuk kami sebelum sesi bersama tonggak utama Joy Design Studio.





Selain Johor Bahru, pihak JOY juga sedang merancang untuk membuka cawangan ke-4 mereka di Pulau Pinang menjelang 2018 berdasarkan permintaan tinggi yang semakin meningkat di wilayah Utara. Selain itu, beberapa penambahbaikkan dalam beberapa perkara berhubung teknologi, logistic dan produk.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Joy Design Studio, and boleh melayari laman web JOY www.joyd.my atau laman facebook JOY di www.facebook.com/joydmy atau laman instagram JOY www.instgram.com/joydmy .
wah menarik sekali tempat dan makanan nya