Baju Raya Harga Berpatutan di Prima Valet

Raya Bergaya di Prima Valet

Baju Raya Harga Berpatutan di Prima Valet │  Bila menjelang Ramadan mula lah ramai yang sudah membuat kira-kira untuk persiapan Hari Raya nanti, Naz juga tak terkecuali. Nak beli kain dan hantar tempah memang dah tak boleh sebab tailor dah tak terima dah. Kalau terima pun harga yang dikenakan mesti melambung. Dalam sibuk memikirkan permasalahan ini, tiba-tiba terdengar iklan radio tentang promosi Baju Raya di Prima Valet. Apalagi terus la menuju ke Ostia Bangi, betul-betul sebelah Tol Bangi.

Koleksi Jenama di bawah Prima Valet
Antara koleksi Jenama di bawah Prima Valet

Terdapat pelbagai jenama dan keluaran baju raya di Prima Valet. Naik rambang mata bila melihat baju raya yang berwarna warni yang digayakan oleh selebriti-selebriti seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam, Amy Search, Wak Doyok, dan ramai lagi.

Since tahun ini Raya pertama Naz dan keluarga akan beraya di Paloh, Johor, tentulah Baju Melayu Teluk Belanga menjadi pilihan. Yang menarik perhatian Naz ialah Baju Melayu Amy Search X Elrah Exclusive.

Amy Search X Elrah Exclusive

Baju Melayu Amy Search X Elrah Exclusive

Baju Melayu Amy Search X Elrah Exclusive ini boleh dikategorikan potongan slim fit. Naz ni mempunyai bidang badan yang besar dan memilih saiz XL. Naz masih mampu untuk memakai cutting slim fit ini kerana ia mempunyai bukaan tepi berzip memudahkan untuk memakai dan membuka Baju Melayu tersebut.

Baju Melayu pilihan Naz
Baju Melayu pilihan Naz

Teluk Belanga

Pattern di bahagian belakang baju

Zip di tepi baju

Dari segi kain, ia menggunakan fabrik soft cotton yang sangat lembut dan tidak panas bila memakainya. Senang untuk digosok dan tidak mudah berkedut.

Jahitan yang kemas

getah di pinggang seluar dan poket tepi

Naz memilih warna coklat terang dan biru muda dan dipadankan dengan sampin kain yang mempunyai jaluran warna. Memang unik sampin ini dan memperlihatkan ada sentuhan style dahulu kala.

Sampin jalur yang unik

Harga untuk sepasang Baju Melayu siap dengan sampin ini ialah RM299. Tetapi sempena promosi Raya Bergaya di Prima Valet, ada potongan harga yang menarik. Naz hanya membayar RM199 untuk sepasang Baju Melayu dan sampin. Tak payah pening-pening nak cari kain, nak cari tailor dan sebagainya. Pergi sahaja ke Prima Valet dan pilihan mana berkenan di hati.

Amy Search X Elrah Exclusive Prima Valet

Tak sabar nak mengenakan Baju Melayu ni pada Hari Raya nanti.


Kemaskini 26 Jun 2017: Ini antara gambar Naz mengenakan Baju Melayu Amy Search X Elrah Exclusive ketika beraya di Paloh, Johor. Walaupun di bawah terik mentari, Naz masih selesa bergambar di Street Art Paloh ni…

Street Art Paloh

Selesa dan tidak panas

Kemaskini 30 Jun 2017: Ini pula gambar ketika membuat photoshoot Raya dengan family Naz di White Studio oleh CVS Production

Photoshoot1

Elrah Exclusive Prima Valet

Photoshoot2

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *