Kempen Harga Runtuh Guardian Setiap Minggu | Bermula 8 Febuari, Guardian Malaysia melancarkan kempen harga runtuh setiap minggu dan sepanjamg tahun 2018. Initiatif berani ini untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus!

Pada pelancaran kempen harga runtuh ini, pihak Guardian telah memperkenalkan KOL (Key Opinion Leaders) mereka iaitu DJ era.fm Haniff dan Ray beserta Charis Ow dan Jenn Chia.
Minggu ini pihak Guardian memulakan kempen harga runtuh ini dengan diskaun sehingga 50% untuk semua barangan kosmetik. Dari gincu bibir sehingga ke pembayang mata, para wanita boleh memilih dari 25 jenama kosmetik yang mengambil bahagian.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan. Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini”, tambanya lagi.

Selepas melancarkan promosi koleksi Hello Kitty pada beberapa minggu lepas sehingga 18 April 2018, kempen harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) kepada pelanggan setia mereka. Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.
Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%. Dan anda tunggu sahaja lah beberapa lagi inisiatif promosi yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Guardian bukan sahaja menawarkan produk yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggannya, mereka juga peka dengan keadaan semasa dan membantu secara tak langsung dengan kempen harga runtuh ini. Syabas Guardian Malaysia!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my