Koleksi Eksklusif Hello Kitty di Guardian

Koleksi Eksklusif Hello Kitty di Guardian |  Berita baik buat peminat-peminat karakter kucing comel ini di Malaysia… Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty telah bekerjasama sekali lagi dengan melancarkan dua koleksi eksklusif sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia. Jadi kepada peminat-peminat Hello Kitty jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan barangan eksklusif tersebut.

Hello Kitty Character

Terapat 7 barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia. Ia merupakan initiatif pemasaran unik diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular ini.  Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang akan disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri”, menurut Mr. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian.

Soren Lauridsen

Untuk membeli mana-mana  daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja. Harga barangan eksklusif ini pada harga berpatutan iaitu RM25 ke bawah.

Antara koleksi yang ditawarkan…

Hello Kitty Celebrates, terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota, dan penanda buku serta direka untuk mencerminkan mood perayaan. Ia boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Febuari sehingga 7 Mac 2018.

Hello Kitty Celebrates

Hello Kitty Confidence, terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik, dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawakan mesej cinta, ceria dan semarakkan cinta bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ia bakal dijual pada 8 Mac sehingga 18 April.

VIPs and merchandise

Ada lagi, Hello Kitty ada taman temanya sendiri di Puteri Harbour Johor dan bersempena dengan pelancaran koleksi ini, Guardian Malaysia akan menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu karakter kucing comel ini kepada para pelanggannya di selatan tanah air. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, dan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke taman tema ini . Tiket adalah terhad.

Sanrio Hello Kitty Town

Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke Guardian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *