TR Fire Grill KL Sajikan Fusion Kreatif | Satu lagi American Bistro yang menjanjikan kelainan pada hidangan mereka kini bertapak di Malaysia iaitu TR Fire Grill Kuala Lumpur. Ia berasal dari Florida, Amerika Syarikat dan membawakan kelainan pada persembahan hidangan tanpa membataskan keunikan rasa fusion kreatif dalam masakan. Para pengemar makanan akan terpesona dengan citarasa di TR Fire Grill.

Terletak di tingkat 6 Pavilion Kuala Lumpur dengan keluasan 5,242 kaki persegi, dan boleh memuatkan sehingga 180 pelanggan dalam satu masa. Terdapat beberapa jenis ruang makan, 2 TV besar untuk hiburan, bilik merokok dan sebuah bar bagi penyajian minuman beralkohol. Tetapi jangan risau, segala cawan yang beralkohol tidak dicampur dan dibersihkan berasingan bagi menjaga sensitiviti pelanggan Islam mereka.






TR Fire Grill Kuala Lumpur ini dipunyai dan dikendalikan oleh Pier Seafood Sdn Bhd, sebuah syarikat milikan penuh Revenue Valley Sdn Bhd. Kalau anda nak tahu Revenue Valley Sdn Bhd ini adalah operator restoran Tony Roma’s di Malaysia ini. Kira adik beradik la TR Fire Grill dengan Tony Roma’s.
Ok kembali kepada topik yang paling ditunggu-tunggu, hidangan mereka. TR Fire Grill menyajikan menu yang sangat kreatif dari brunch hingga ke makan malam, dengan sentuhan menarik dari Chef mereka yang mengabungkan stail fusion dan kesenian dalam masakan mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka mencampurkan 2-3 elemen yang pada Naz agak tak kena tapi apabila dirasa ia sesuatu yang menyelerakan. Ok jom kita tengok apa yang Naz telah rasa…
Dimulakan dengan minuman yang menyegarkan iaitu Cucumber Strawberry Freeze. Ia gabungan timun segar, lemon segar dan jus limau nipis yang dikisar bersama ais batu menjadikan ala-ala slurpee dan ditambah dengan strawberi puree sejuk. Apabila diteguk, rasa kesedapan dan kesegaran yang menghilangkan dahaga.

Apabila melihat pilihan lain, terpandang kepada minuman Ginger-Curry Milkshake. Agak terkejut bagaiman gabungan rasa minuman tersebut. Baru bertanya tiba-tiba datang segelas untuk dicuba. Gabungan halia, perisa kari, krim putar dan gula-gula halia yang meletuskan citarasa yang menarik. Naz payah nak gambarkan rasanya tapi minuman ini harus dicuba jika anda ke TR Fire Grill ini.


Sebagai permulaan, kami disajikan dengan Oven Baked Pizza Dip dan Smoked Meatballs. Yang menarik tentang Oven Baked Pizza Dip ini ialah gabungan keju Buffalo Mozzarella, Ricotta dan Parmesan ditambah dengan beef pepperoni membuka selera terus apabila dicicah dengan roti Ginger Focaccia yang lembut. Pengemar keju pasti tidak akan kecewa dengan pembuka selera ini.

Smoked Meatballs pula dibuat dari ketulan daging short rib dan brisket. Dimasak dengan kuah daging dicampur dengan leeks dan bawang berserta keju parmesan. Yang menariknya, TR Fire Grill ini hanya menggunakan kayu Hickory yang diimport dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan rasa asapan (smoked) yang asli dan sedap. Kalau pengemar daging bakar, anda pasti tau kesedapan yang diberikan oleh kayu Hickory ini.


Hidangan utama pertama yang disajikan merupakan Ribeye. Persembahan yang simple dengan kentang lenyek (karbo), daging yang dibaluti dengan 8 rempah (protein) dan bendi panggang (serat dan mineral). Bukan sahaja sedap tetapi seimbangan dengan kandungan diet pemakanan. Untuk pengetahuan anda, TR Fire Grill menawarkan 100% stik dari daging lembu semulajadi tanpa antibiotik, hormon atau GMOs.

Hidangan kedua ini memang menarik, campuran daging ayam dengan Waffle, iaitu Chicken & Waffles. Hidangan ini menu Brunch, yang mengabungkan daging dada ayam yang dibaluti dengan keju cheddar dan digoreng garing dan diapit dengan waffle, selepas itu disirami dengan agave syrup (sejenis manisan dari pokok kaktus). Rasa dia tidak mengecawakan dan memang sedap. Naz sangat rekomen untuk anda cuba!


Bagi yang menjaga diet pemakanan mereka, Naz rekomen untuk anda cuba Salmon & Zoodles. Zoodles adalah pasta diperbuat dari Zucchini dan dimasak bersama asparagus, sweet red peppers, green apple, keju feta dan Pistachio Romesco sos. Salmon bakar diletakkan diatas zoodles tadi. Hidangan kreatif sihat.

Hidangan utama terakhir ialah Oven Roasted ½ Chicken. Ayam yang diperap dengan lemon dan rempah khas, dan dipanggang. Dihidangkan bersama nasi basmathi labu dan brokoli. Ayam yang lembut, juicy dan hidangan ini sungguh mengenyangkan.

Sebagai penutup, kami dihidangkan dengan Chocolate Mayhem. Ia merupakan kombinasi kek coklat dengan sos caramel kelapa, coklat mousse, coklat Snickers, biji kopi espresso bersama asikrim kopi dan coklat. Sungguh rich dan memang best bila dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Antara hidangan lain yang anda boleh nikmati di TR Fire Grill…






Selain dari itu, pada hari biasa kecuali cuti umum dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, TR Fire Grill menawarkan hidangan makan tengah hari yang hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Set makan tengah hari seperti Soup of the Day pada RM5.00, Harvest Salad pada RM12.00, Oven Roasted 1/4 Chicken, Flatbread & Salad Combo, Smoked Chicken Mac & Cheese pada RM16.00 setiap satu, Crispy Chicken Sandwich di RM22.00 dan Smokled Meatloaf Sandwich pada RM25.00.
Naz sangat rekomenkan anda untuk datang bersama keluarga atau rakan taulan dan mencuba kelainan dalam hidangan mereka. Tak cuba tak tahu kan…
Jom follow TR Fire Grill Kuala Lumpur di laman web dan media sosial untuk promosi terbaru mereka:
Laman Web:
www.trfiregrill.com.my
Instagram:
www.instagram.com/TRFireGrillMalaysia
Facebook:
www.facebook.com/TRFireGrillMalaysia