AVON Tampilkan Koleksi Qalea by Rizalman

AVON Tampilkan Koleksi Qalea by Rizalman |  Bagi 2018 AVON Malaysia kembali dengan kolaborasi penuh dengan Dato’ Rizalman Ibrahim untuk koleksi set dekor Raya. Ini merupakan kolaborasi kedua Avon bersama pereka dalaman dan fesyen terkenal ini, dan kini koleksi Qalea mempersembahkan rangkaian mewah langsir, linen, set hidangan dan perhiasan rumah bertemakan Morocco yang pasti meningkatkan citarasa trend perhiasan dan hidangan Raya tahun ini.

Sesi temubual bersama Dato' Rizalman Ibrahim

Menurut Dato’ Rizalman, “Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year.”

Set ruang tamu

Set ruang menunggu

Set Bilik Tidur

Set hidangan

Set langsir

Koleksi ini diinspirasi dari corak jubin klasik serta rona terang dari souk Marrakech, dirangkai dengan corak bungaan geometri serta warna biru cerulean, biru gelap dan merah delima yang unik.

Koleksi Qalea by Rizalman

Koleksi Qalea by Rizalman

Mengambil kira fungsi dan versatiliti, setiap rangkaian mengetengahkan konsep dwi-gunaan yang inovatif. Dari sarung bantal, alas meja dan gebar dwi-permukaan hingga ke langsir siang-dan-malam, semua bakal menjadikan setiap ruang tampak segar sepanjang Raya.

Serlahkan elegan dengan langsir, linen dan hiasan rumah yang direka untuk tampil mewah pada harga mampu milik.

Koleksi Langsir dan Linen

Bangkitkan selera dengan set hidangan porselin berekaan eksklusif, diinspirasikan jubin bohemian dari Morocco. Corak unik pinggan makan, piring hidang serta mangkuk mudah disuai-padankan.

Koleksi Hidangan Makanan

Lena dalam dakapan lembut set cadar dan gebar katil berona eksklusif. Setiap set bujang, kelamin dan raja didatangkan dalam corak unik berbeza agar kesemua bilik tampil tersendiri.

Koleksi Qalea - Bilik Tidur

Lengkapkan sentuhan dunia Moroccomu dengan konsep BARU –tagine kaserol hidangan, pouffe metalik, set minum kaca terbaja dan teko serta dulang besi.

Koleksi Qalea by Rizalman bakal dipasarkan bermula 16 April 2018. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.my.avon.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *