On The Table TTDI Sajikan Bufet Ramadhan Murah | Tinggal kurang lebih 40 hari lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak dan macam biasa banyak restoran-restoran makanan mula membuat promosi Ramadhan mereka. Jadi penduduk Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur amnya dan penduduk yang berdekatan khasnya, On The Table TTDI akan menyajikan bufet Ramadhan murah dengan hidangan masakan Melayu asli yang mantap!

Lokasi On The Table TTDI ni terletak di dalam Plaza TTDI, di alamat B1-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur. Beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, menyajikan bufet nasi campur masakan melayu asli.

Pada hari Sabtu dan Ahad akan dibuka sewaan untuk mengadakan majlis (lokasi + makanan) seperti majlis harijadi, pelancaran produk, majlis reunion dan lain-lain lagi. Lokasi ini boleh menampung seramai 40 orang dalam satu-satu masa. Untuk bajet RM1,000 dah boleh dijalankan majlis untuk 3 jam… very economical tau.
Bufet Ramadhan
Bagi bulan puasa nanti, On The Table TTDI akan beroperasi pada belah petang hingga ke malam. Akan menyajikan bufet Ramadhan sajian masakan Melayu asli yang bakal mengimbau masakan kampung halaman.
Harga yang cukup berpatutan seperti berikut:
- RM39.90 net (Dewasa),
- RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
- RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)…bawah 7 tahun makan percuma.
Harga untuk Early Birds pun ada…
- RM33.90 net* (Dewasa) – jika membuat tempahan sebelum 15 April 2018
- RM35.90 net* (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 16 April – 5 Mei 2018
- RM37.90 net* (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 6 – 10 Mei 2018
nota:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.
Jom Naz nak kongsikan apa yang dinikmati sempena food review yang lepas.
Kita mulakan dengan minuman, terdapat 3 jenis minuman iaitu Air Kordial, Air Sejuk dan Lai Chee Kang. Kalau korang ke sini jangan lepaskan peluang menikmati Lai Chee Kang yang sedap ni…. secukup rasa manisnya dan rasanya. Selain dari itu, disediakan minuman panas seperti Kopi dan Teh Tarik.



Hidangan utama pula ada Sambal Udang Petai, Kari Kambing, Daging Dendeng, Ayam Goreng, Tahu Goreng Campur, Sup Ayam Berempah, Sayur Campur, Nasi Arab, Nasi Putih dan beberapa lagi hidangan.





Ulam-ulam, telur masin, ikan masin, kerabu manga, tahu sumbat, kerabu paku pakis dan boleh dipadankan dengan sambal belacan, sambal tempoyak, kuah air asam dan budu. Yang memang makan dengan kicap jangan risau, ada kicap manis dan kicap masin lagi.


Patin Tempoyak pun ada dan disajikan dalam mangkuk claypot. Ini disajikan berasingan dari bufet untuk mengekalkan kepanasan lauk tersebut. Makan Patin Tempoyak kena la panas-panas baru sedap. Beri tahu sahaja anda inginkan bahagian kepala, badan atau ekor dan mereka akan sajikan. Ini semua termasuk dalam harga yang disebut di atas tadi.

Lagi satu anda boleh minta ialah Char Kuew Teow dia. Anda kena order dan mereka akan buatkan. Tengok aje penuh dengan udang dan kerang….perrgghh meleleh air liur.

Mee Bandung juga ada bagi yang tak berapa nak makan nasi.

Lihat aje mereka-mereka ini, tak menyempat terus tolong menolong bukakan plastik penutup dessert tu…..dah lapar sangat le tew!

Untuk hidangan pemanis mulut atau dessert bak kata orang kampung, ada lebih dari 5 jenis pemanis mulut untuk dirasai. Ia akan berubah bagi memberi peluang anda merasai kepelbagaian pemanis mulut yang ada. Untuk hari itu ada Kuih Sagu, Agar-Agar, Puding, Kuih Bakar, Karipap, Bubur Kacang, Brownies dan Payasam.



Payasam ni adalah pemanis mulut kaum India dan merupakan antara signature dish On The Table TTDI.

Untuk RM39.90 memang sangat-sangat berbaloi dengan hidangan yang bakal anda nikmati pada bulan Ramadhan nanti di On The Table TTDI.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi mereka di talian:
- Jay = 011-26532128
- Taufiq = 019-3852148
Jangan lupa follow mereka di Instagram @onthetable.ttdi ya