On The Table TTDI Sajikan Bufet Ramadhan Murah

Logo OTTT

On The Table TTDI Sajikan Bufet Ramadhan Murah |  Tinggal kurang lebih 40 hari lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak dan macam biasa banyak restoran-restoran makanan mula membuat promosi Ramadhan mereka. Jadi penduduk Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur amnya dan penduduk yang berdekatan khasnya, On The Table TTDI akan menyajikan bufet Ramadhan murah dengan hidangan masakan Melayu asli yang mantap!

Restoran On The Table TTDI

Lokasi On The Table TTDI ni terletak di dalam Plaza TTDI, di alamat B1-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur. Beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, menyajikan bufet nasi campur masakan melayu asli.

Lokasi On The Table TTDI
B1-01-03, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur

Pada hari Sabtu dan Ahad akan dibuka sewaan untuk mengadakan majlis (lokasi + makanan) seperti majlis harijadi, pelancaran produk, majlis reunion dan lain-lain lagi. Lokasi ini boleh menampung seramai 40 orang dalam satu-satu masa. Untuk bajet RM1,000 dah boleh dijalankan majlis untuk 3 jam… very economical tau.

Bufet Ramadhan

Bagi bulan puasa nanti, On The Table TTDI akan beroperasi pada belah petang hingga ke malam. Akan menyajikan bufet Ramadhan sajian masakan Melayu asli yang bakal mengimbau masakan kampung halaman.

Harga yang cukup berpatutan seperti berikut:

  • RM39.90 net (Dewasa),
  • RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
  • RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)…bawah 7 tahun makan percuma.

Harga untuk Early Birds pun ada…

  • RM33.90 net* (Dewasa) – jika membuat tempahan sebelum 15 April 2018
  • RM35.90 net* (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 16 April – 5 Mei 2018
  • RM37.90 net* (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 6 – 10 Mei 2018

nota:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.

Jom Naz nak kongsikan apa yang dinikmati sempena food review yang lepas.

Kita mulakan dengan minuman, terdapat 3 jenis minuman iaitu Air Kordial, Air Sejuk dan Lai Chee Kang. Kalau korang ke sini jangan lepaskan peluang menikmati Lai Chee Kang yang sedap ni…. secukup rasa manisnya dan rasanya. Selain dari itu, disediakan minuman panas seperti Kopi dan Teh Tarik.

Minuman

Minuman Panas

Lai Chee Kang sedap
Lai Chee Kang sedap

Hidangan utama pula ada Sambal Udang Petai, Kari Kambing, Daging Dendeng, Ayam Goreng, Tahu Goreng Campur, Sup Ayam Berempah, Sayur Campur, Nasi Arab, Nasi Putih dan beberapa lagi hidangan.

Sambal Udang Petai
Sambal Udang Petai… merecik
Kari Kambing
Kari Kambing… pekat likat
Daging Dendeng
Daging Dendeng… pedas enak
Sambal Goreng Tahu
Sambal Goreng Tahu… mengurangkan kepedasan
Lauk lain
Lauk lain yang turut disajikan

Ulam-ulam, telur masin, ikan masin, kerabu manga, tahu sumbat, kerabu paku pakis dan boleh dipadankan dengan sambal belacan, sambal tempoyak, kuah air asam dan budu. Yang memang makan dengan kicap jangan risau, ada kicap manis dan kicap masin lagi.

Ulam-ulam
Ulam-ulam segar, ikan masin, telur masin dan keropok merangsangkan lagi
sambal pencicah
sambal pencicah yang tidalk boleh tak ade…

Patin Tempoyak pun ada dan disajikan dalam mangkuk claypot. Ini disajikan berasingan dari bufet untuk mengekalkan kepanasan lauk tersebut. Makan Patin Tempoyak kena la panas-panas baru sedap. Beri tahu sahaja anda inginkan bahagian kepala, badan atau ekor dan mereka akan sajikan. Ini semua termasuk dalam harga yang disebut di atas tadi.

Patin Tempoyak
Patin sangkar dari Temerloh, Pahang… sememangnya sedap dimasak tempoyak

Lagi satu anda boleh minta ialah Char Kuew Teow dia. Anda kena order dan mereka akan buatkan. Tengok aje penuh dengan udang dan kerang….perrgghh meleleh air liur.

Char Kueh Teow
Char Kueh Teow penuh dengan udang dan kerang…

Mee Bandung juga ada bagi yang tak berapa nak makan nasi.

Mee Bandung Muar
Mee Bandung Muar

Lihat aje mereka-mereka ini, tak menyempat terus tolong menolong bukakan plastik penutup dessert tu…..dah lapar sangat le tew!

blogger dah takzabbaarrr
biarkan gambar berbicara…

Untuk hidangan pemanis mulut atau dessert bak kata orang kampung, ada lebih dari 5 jenis pemanis mulut untuk dirasai. Ia akan berubah bagi memberi peluang anda merasai kepelbagaian pemanis mulut yang ada. Untuk hari itu ada Kuih Sagu, Agar-Agar, Puding, Kuih Bakar, Karipap, Bubur Kacang, Brownies dan Payasam.

Dessert - Kuih Sagu
Kuih sagu dimakan bersama santan dan gula merah
Dessert
Agar-agar, kuih bakar, puding….
Dessert2
Karipap, brownies, bubur kacang hijau, buah-buahan potong…

Payasam ni adalah pemanis mulut kaum India dan merupakan antara signature dish On The Table TTDI.

Dessert - Payasam
Payasam sejenis hidangan pemanis mulut kaum India…

Untuk RM39.90 memang sangat-sangat berbaloi dengan hidangan yang bakal anda nikmati pada bulan Ramadhan nanti di On The Table TTDI.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi mereka di talian:

  • Jay = 011-26532128
  • Taufiq = 019-3852148

Jangan lupa follow mereka di Instagram @onthetable.ttdi ya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *