Shopping di Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall | Minggu lepas Naz ke Jalan Jalan Japan (JJJ) 1 Shamelin Mall, Kuala Lumpur untuk shopping baju dan seluar. Ramai jugak yang dah ke sana dan dapat baju berjenama pada harga yang menarik. So jom tengok apa yang Naz dapat dengan bajet RM100.

Seawal 10 pagi Naz dah sampai di 1 Shamelin Mall dan pintu roller JJJ pun baru bukak. Kalau nak tahu, JJJ nie sebenarnya kedai barangan terpakai (Pre Loved) dari Jepun yang masih dalam keadaan elok dan boleh dipakai semula. Barang-barang yang dijual terdiri daripada barangan seperti pakaian, beg tangan, kasut, barang permainan, peralatan sukan, perabot dan banyak lagi. Jepun adalah negara kaya di mana rakyatnya berpendapatan tinggi. Mereka suka shopping dan kerana kekurangan ruang simpanan peribadi, ia menyebabkan mereka terpaksa menjual barang-barang mereka yang tidak digunakan lagi. Dengan itu, mereka dapat hasil dari penjualan itu dan barangan itu dapat diguna-semula oleh orang lain. Ini sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Jepun.

Kini konsep kedai Pre Loved semakin mendapat sambutan di Malaysia dan JJJ adalah salah satu yang bercambah untuk memberikan pilihan kepada penduduk di Malaysia.
Naz menghabiskan hampir 3 jam di JJJ 1 Shamelin Mall ini untuk memilih dan mencuba pakaian lelaki sahaja. Kalau cari barangan lain mau lebih lama lagi kan. Ikuti video yang Naz buat ini macam mana Naz bershopping….
Penat juga la memilih dan hasilnya…
Pakaian No. 1 – Sehelai Kemeja Lengan Panjang (RM15) + Sehelai Seluar Panjang (RM5) = RM20

Pakaian No. 2 – Sehelai Kemeja Lengan Panjang (RM15) + Sehelai Seluar Panjang (RM5) = RM20

Pakaian No. 3 – Sehelai Kemeja Lengan Panjang (RM15) + Sehelai Seluar Panjang (RM15) = RM30

Pakaian No. 4 – Sehelai T-Shirt (RM15) + Sehelai Seluar Jeans (RM10) = RM25

Jumlah keseluruhan RM95.00…. Misi Naz Berjaya dengan bajet RM100!
Lepas ini nak tengok barang-barang lain pula… mungkin peralatan sukan, kasut dan alat muzik pula.
Jadi kalau anda ingin cari apa sahaja pada harga bajet, boleh lah ke Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall, Kuala Lumpur seperti maklumat berikut:
Jalan Jalan Japan @ 1 Shamelin Mall, KL
Unit L3-032 Level 3, 1 Shamelin Mall
100 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur
waktu operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam
setiap hari termasuk cuti umum
facebook:
www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
instagram:
www.instagram.com/JalanJalanJapanMY
#jalanjalanjapan #JJJOneCity #JJJ1ShamelinMall #murahgiler #jjjRM100makeover