Guardian Malaysia Lancarkan 3 Stor Konsep di Kuching Sarawak

Guardian di Kuching

Guardian Malaysia Lancarkan 3 Stor Konsep di Kuching Sarawak |  Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan farmasi, kesihatan dan kecantikan, telah berkembang secara agresif dalam melebarkan sayapnya di Malaysia Timur dengan pembukaan tiga stor konsep baru di Kuching dalam tempoh satu minggu.

Guardian store AEON Mall Kuching
Guardian store AEON Mall Kuching

Ketiga-tiga stor tersebut memaparkan konsep runcit yang pertama kali diperkenalkan di Sarawak, yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih hebat dalam suasana yang selesa, menyeronokkan serta pengalaman ‘sentuh dan rasa’ yang lebih baik. Di samping itu, stor-stor ini turut menampilkan jenama-jenama kosmetik terkini – sebahagiannya hanya boleh didapati di Guardian.

Guardian store AEON Mall Kuching2

Acara pembukaan stor bermula dengan stor Guardian di The Spring, yang dibuka pada 16 April, diikuti dengan pembukaan stor Guardian di pusat komersil Saradise pada 19 April. Ini kemudiannya diikuti oleh stor Guardian di Aeon Kuching Sentral yang baru dilancarkan pada 20 April.

Guardian Malaysia Saradise
Guardian Malaysia Saradise

Guardian Malaysia Saradise2

Mr Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, berkata: “Kami sangat teruja dengan pembukaan tiga stor besar ini, semuanya dalam tempoh satu minggu, di ibu negeri Sarawak, yang pasti dapat memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat, dari dalam dan luar negara.”

“Kami melihat potensi yang baik untuk perniagaan kerana kami yakin polisi kami dalam menawarkan nilai terbaik untuk wang dalam bentuk harga terendah, semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia di seluruh tanah air,” tambah beliau.

Guardian Store The Spring
Guardian Store The Spring

Beliau berkata ketiga-tiga stor yang berukuran antara 1,500 – 2,600 kaki persegi itu, dihias terang bagi mewujudkan suasana yang menarik dan berbeza untuk pengalaman membeli-belah di stor kesihatan dan kecantikan.

“Stor konsep yang sama telah dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia Barat kurang dari setahun yang lalu, dan kami sangat teruja rakyat di Malaysia Timur kini termasuk dalam rancangan pengembangan perniagaan kami,” tambah Mr Lauridsen

“Kami berharap pelanggan kami di sini gembira dengan rekabentuk baru yang merangkumi pencahayaan yang lebih terang, pintu masuk dan lorong yang lebih luas untuk navigasi yang lebih mudah.”

Selain produk kesihatan dan kecantikan yang biasa, stor-stor di Kuching turut menawarkan barangan kecantikan dan solekan baru termasuk beberapa jenama menarik dari Jepun, Korea dan jenama tempatan.

“Hari ini, kami menawarkan kepada pelanggan di Malaysia Timur, jenama-jenama kosmetik seperti Kiss Me Ferme, D-up, K-Palette, Canmake – semua dari Jepun; Sugarbelle – jenama tempatan oleh pemilik butik popular  Belle Yahya;   Palladio dari Amerika Syarikat,  Rimmel dari UK dan jenama baru AprilSkin dari Korea.

Bersempena dengan pembukaan tiga stor tersebut, pelbagai hadiah promosi turut ditawarkan – seperti “pemberian kupon kepada pelanggan terawal” dimana pelanggan awal akan menerima kupon bernilai RM5 untuk sebarang nilai pembelian (untuk 200 pelanggan pertama). Pelanggan juga boleh mendapatkan payung Guardian pada harga RM1 dengan pembelian minimum RM80. Walau bagaimanapun ia terhad untuk 200 pelanggan pertama, dan/atau sementara stok masih ada.

Kuching bukan satu-satunya bandar di Malaysia Timur yang memiliki Stor Guardian. Dua stor baru turut dibuka bulan lepas di Sibu – satu di Wisma Sanyan dan satu lagi di Star Megamall.

Perkembangan Guardian Malaysia ini menunjukkan komitmen syarikat dalam menyokong ekonomi Negara, dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri tersebut.

Konsep stor tersebut juga dihiasi dengan cermin dimana pelanggan dapat mencuba sendiri produk solekan terkini; bar kecantikan yang mempamerkan pelbagai alat kecantikan terkini dari Korea untuk semua pengguna alat solek termasuk golongan profesional; perkhidmatan ahli farmasi sepenuh masa di Aeon Kuching Sentral untuk pemeriksaan kesihatan asas, rundingan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengurusan berat badan dan kaunseling berhenti merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *